Monday, February 22, 2021

Reviews drama : The Bureau Of Magical Things


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Sejak melanggan Netflix, rambang mata jadinya tengok banyak sangat drama menarik nak tonton. Masa je tak de. Weekend je la yang boleh tengok. Tu pun nak baca novel lagi. Drama ni bukan sapa2 recommend pun tapi terjebak pasal kisah magic. Tajuk pun ada magic. Saya memang dari dulu suka kisah magic ni. Best juga drama ni. Walaupun berbelas episod, tak jemu, rasa tak sabar nak ke episod seterusnya. Watak-watak masing-masing kuat. Tak de overshadow pun. 


Sinopsis

Mengisahkan Kyra dapat kuasa magic sebab tersentuh buku yang sedang terapung. Dia jadi Tri-ling, manusia + bunian + pari-pari. Kyra kena bahagikan masa menjalani kehidupan manusia dan magic. Semasa dalam kelas magic, macam-macam perkara terjadi dan dia antara yang mebantu menyelesaikannya. Kehadiran Kyra tak disenangi kaum bunian + pari-pari. Apatah lagi dia ada kuasa Orb yang ofang lain takde. Pelbagai cara kementerian Magic gunakan untuk singkirkan Kyra dari dunia mereka. 


Kalau tak langgan Netflix boleh je tonton drama ni. Ada je yang share link di Facebook. 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...