Monday, September 13, 2021

Review Filem : Afterlife of the party

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Filem ni bukan lah dicadangkan oleh sesiapa. Tengah nak lipat bju kat ruang tamu. Search la.movie apa nak tonton. Ruang tamu tak de smart tv. Ada Android box je. Tu pun dah lama tak leh update dengan install apps. Saja la buka Aptoide TV, download netflix. Boleh lak log in. Biasanya sekali log in je la. Nanti buka hari lain tak leh tonton dah. Dari page Netflix tak leh scroll down. Saya klik je movie yang paling atas. Tonton je la movie ni sampai habis sambil lipat baju.

Sinopsis

Cassie dan Lisa Bff dari kecil dan sekarang dah bekerja dan tinggal serumah. Mereka amat meminati penyanyi Koop! Cassie seorang Party Planner dan Lisa adalah trainee Paleontologist dan bekerja di museum of natural history. 
Pada suatu malam Cassie ajak Lisa keluar party sempena minggu Birthday-nya walaupun Lisa berat hati tetapi tetap join. Lisa kecil hati apabila Cassie nak party dengan kawan2 yang fake. Mereka bergaduh, dan Lisa pulang sendirian. Selepas pulang lewat dari Party dalam keadaan mabuk, Kemudian apabila bangun dari tidur esoknya dia terhantuk kepala di mangkuk tandas dan mati. 
Cassie kemudian bangun di dalam bilik dan bertemu dengan Val, guardian angel nya. Cassie dapat tahu dia dah meninggal setahun lalu dan dia tidak berada di syurga atau neraka. Cassie berada di antara di mana dia mendapat peluang kedua untuk membetulkan keadaan dengan orang2 yang terpilih semasa hidupnya iaitu Lisa, Ibunya Sofia dan bapanya Howard. Dia perlu menyelesaikan semua unfinished businessnya dalam masa 5 hari sebelum tarikh hari-jadinya tiba. Setiap nama dalam senarai akan hilang apabila Cassie telah mendapat closure.

Ok la movie ni nak tonton waktu free. Tapi last tu sedih sikit. 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...