Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Drama ketiga yang saya tonton di tahun 2022. Sya mengambil masa 3 minggu untuk hbiskan 3 seasons dengan jumlah 39 episod (kalau tak silap). Setiap episod 45 minit. Tak jemu dan rasa tak sabar nak tahu apa yang jadi seterusnya. Looking forward fo season 4 sebab ending season 3 hanging.
SinopsisKisah mengenai sebuah pesawat yang berlepas Dari Jamaica pada tarikh 7 April 2013. Apabila mendarat Di New York semua penumpang kena menghadap polis untuk disoal siasat. Bila mereka tanya apa masalah, pihak polis memaklumkan yang kapal terbang mereka dah 5 tahun hilang. Sebab tarikh yg mereka mendarat Tu adalah 4 November 2018.Selepas mendarat, setiap penumpang ada kebolehan. Cal, kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun boleh melukis masa depan. Ayahnya Ben Stone dan makciknya Michaela lak ada instinct dan vision. Apabila mereka follow vision, mereka dapat selesaikan kes jenayah dan selamatkan nyawa orang lain. Dalam masa yang sama, kerajaan juga sedang memerhatikan mereka. Ada pihak menganggap mereka berbahaya, dan ada yang mengatakan mereka keajaiban.
Ending season 3 tergantung. Adik Cal diculik, Cal hilang, mak Cal ditikam. Saya baca di Facebook, akan ada season 4, tengah shooting. Katanya last season. Tunggu je la
No comments:
Post a Comment
Thanks :)