Thursday, February 23, 2023

Review Filem : Mili


First filem tengok tahun 2023. Kawan yang suggestkan. Simple je kisahnya tapi rasa tak nak lepas every moment.

Sinopsis

Mili, adalah seorang jururawat yang juga bekerja part time di restoran makanan segera. Dia tinggal dengan ayahnya. Setiap hari rutin hariannya tetap. Dia disenangi semua orang disekelilingnya, Satu hari dia ditahan polis bersama teman lelakinya. Mereka di tahan di balai polis kerana teman lelakinya di bawah pengaruh alkohol. Semasa dia di jemput ayahnya di balai polis, ayahnya marah akan tindakannya yang berkawan dengan lelaki yang 'tidak elok'. Sejak itu, ayahnya tidak bercakap dengannya. Dia juga mengelakkan diri dari teman lelakinya sehinggalah hari teman lelakinya bertolak ke bandar untuk bekerja. Semasa shift closing di restoran, Mili membantu kawan sekerjanya menyimpan stok makanan dalam frozen compartment. Malangnya, majikannya mengunci pintu frozen compartment dan restoran. Bagaimana Mili bertahan dalah suasana sejuk yang suhunya makin menurun jam demi jam. Apa yang ayahnya lakukan dalam mengesan Mili yang kononnya merajuk bak kata inspektor polis.

Saya suka filem ni. Jalan cerita yang ringkas tapi penuh sifat kekeluargaan dan persahabatan.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...