Showing posts with label filem hindi. Show all posts
Showing posts with label filem hindi. Show all posts

Thursday, February 23, 2023

Review Filem : Mili


First filem tengok tahun 2023. Kawan yang suggestkan. Simple je kisahnya tapi rasa tak nak lepas every moment.

Sinopsis

Mili, adalah seorang jururawat yang juga bekerja part time di restoran makanan segera. Dia tinggal dengan ayahnya. Setiap hari rutin hariannya tetap. Dia disenangi semua orang disekelilingnya, Satu hari dia ditahan polis bersama teman lelakinya. Mereka di tahan di balai polis kerana teman lelakinya di bawah pengaruh alkohol. Semasa dia di jemput ayahnya di balai polis, ayahnya marah akan tindakannya yang berkawan dengan lelaki yang 'tidak elok'. Sejak itu, ayahnya tidak bercakap dengannya. Dia juga mengelakkan diri dari teman lelakinya sehinggalah hari teman lelakinya bertolak ke bandar untuk bekerja. Semasa shift closing di restoran, Mili membantu kawan sekerjanya menyimpan stok makanan dalam frozen compartment. Malangnya, majikannya mengunci pintu frozen compartment dan restoran. Bagaimana Mili bertahan dalah suasana sejuk yang suhunya makin menurun jam demi jam. Apa yang ayahnya lakukan dalam mengesan Mili yang kononnya merajuk bak kata inspektor polis.

Saya suka filem ni. Jalan cerita yang ringkas tapi penuh sifat kekeluargaan dan persahabatan.

Monday, December 13, 2021

Review Filem : The Girl On The Train



Filem ini adaptasi dari novel. Ada juga filem versi Hollywood. Yang saya tengok ni Filem Bollywood.

Sinopsis

Mira Kapoor adalah seorang peguam yang berjaya. Ada suami yang sentiasa berada disisinya. Tetapi dalam sekelip mata semuanya berubah apabila mereka kemalangan dan kandungannya gugur. Disebabkan tekanan hidup, Mira ketagih kepada alkohol. Itu menyebabkan nya kehilangan pekerjaan dan suaminya menceraikannya. Satu perkara yang akan membuat Mira tenang adalah dengan melihat seorang wanita iaitu Nusrat di balkoni setiap hari semasa dia menaiki keretapi. Mira akan berkhayal tentang dirinya yang dulu, mempunyai suami penyayang dan hidup bahagia. Pada suatu hari Mira ternampak Nusrat dengan lelaki lain dan mengesyaki yang Nusrat mempunyai hubungan dengan lelaki tersebut. Mira menjadi tertekan dan marah kepada Nusrat dan berniat untuk menyerang Nusrat. Beberapa hari selepas itu dikhabarkan yang Nusrat hilang dan siasatan polis mendapati Mira mempunyai kaitan dengan kehilangan Nusrat.

Siapa bunuh Nusrat? 

Thursday, October 14, 2021

Review Filem : Badla

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kawan saya recommend movie ni. Katanya best. Lepas saya tengok, saya percayq, memang best.

Sinopsis

Naina dihadapkan hukuman kerana membunuh teman lelakinya. Dia meminta peguam peribadinya untuk membebaskannya. Peguam nya meminta bantuan Badla. Badla ialah seorang peguam yang hendak bersara dan dia tidak pernah kalah semasa perbicaraannya. Semasa perjumpaan Naina dan Badla, Badla meminta Naina bercerita apa sebenarnya yang terjadi semasa hari kejadian. Badla mewujudkan senario tang tidak ernah terjadi bagi membuktikan Naina tidak bersalah.

Saya bagi 5/5 untuk movie ni. Memang best. Plot twist banyak. Yang penting fokus masa menonton supaya tak terlepas moment.

Thursday, July 15, 2021

Review Filem : PK

 



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hujung minggu lalu, tengah bosan, drama korea dah habis tengok, novel dah khatam sebuah.Saja la buka Facebook nak tengok movie apa boleh tengok. Terasa nak tonton Hindi. Scroll bahagian Fantasy jumpa Filem ni. Tak la best sangat macam 3 idiot tapi masih boleh di tonton.


Sinopsis

Cerita berkisar tentang seorang asing yang telah datang ke bumi tetapi telah kehilangan pakaiannya bersama satu-satunya peranti yang boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan kapal angkasanya. PK mengalami kesukaran menyesuaikan diri di bumi. Filem ini menyentuh pelbagai adat istiadat sosial dan agama. 


Tak sesuai untuk ditonton dengan kanak-kanak. Banyak sentuh pasal agama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...