Showing posts with label Review filem. Show all posts
Showing posts with label Review filem. Show all posts

Thursday, February 23, 2023

Review Filem : Mili


First filem tengok tahun 2023. Kawan yang suggestkan. Simple je kisahnya tapi rasa tak nak lepas every moment.

Sinopsis

Mili, adalah seorang jururawat yang juga bekerja part time di restoran makanan segera. Dia tinggal dengan ayahnya. Setiap hari rutin hariannya tetap. Dia disenangi semua orang disekelilingnya, Satu hari dia ditahan polis bersama teman lelakinya. Mereka di tahan di balai polis kerana teman lelakinya di bawah pengaruh alkohol. Semasa dia di jemput ayahnya di balai polis, ayahnya marah akan tindakannya yang berkawan dengan lelaki yang 'tidak elok'. Sejak itu, ayahnya tidak bercakap dengannya. Dia juga mengelakkan diri dari teman lelakinya sehinggalah hari teman lelakinya bertolak ke bandar untuk bekerja. Semasa shift closing di restoran, Mili membantu kawan sekerjanya menyimpan stok makanan dalam frozen compartment. Malangnya, majikannya mengunci pintu frozen compartment dan restoran. Bagaimana Mili bertahan dalah suasana sejuk yang suhunya makin menurun jam demi jam. Apa yang ayahnya lakukan dalam mengesan Mili yang kononnya merajuk bak kata inspektor polis.

Saya suka filem ni. Jalan cerita yang ringkas tapi penuh sifat kekeluargaan dan persahabatan.

Thursday, April 14, 2022

Review Filem : The Princess Switch 3 Romancing The Star

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Filem ini saya tonton selepas marathon filem yang sama sebelum-sebelum ni. Rasa nak santai-santai boleh la tonton. Tak yah sesak kepala nak fikir. Boleh gelak-gelak.

SINOPSIS

Apabila harta warisan kerajaan dicuri, Permaisuri Margaret dan Puteri Stacy meminta bantuan sepupu Margaret, Fiona untuk mendapatkannya semula. Fiona yang sedang menjalani hukuman akibat kesalahannya dalam filem lepas sanggup menolong dengan syarat kawan-kawan baiknya juga ikut turut serta. Fiona meminta bantuan bekas kekasihnya yang mahir dalam 'hacking'. Dapatkah mereka menyelamatkan barang bernilai tersebut tanpa kantoi?


Recommend

Thursday, March 31, 2022

Review filem : The Christmas Chronicles


 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya kalau boring, memang suka cari filem yang boleh buat saya tersenyum. Dari kecil saya suka filem yang fantasi dan magik. Jom tengok ulasan saya tentang filem ini.


Sinopsis

Selepas kematian ayah mereka, Teddy tidak lagi mempercayai Krismas. Dia berhenti menulis surat kepada Santa Claus. Tetapi tidak kepada adiknya Kate. Kate percaya pada keajaiban hari Krismas. Satu malam, Kate ajak abangnya Teddy merakam video semasa Santa datang memberikan hadiah kepada kanak-kanak. Tanpa sengaja, mereka berdua terjatuh kedalam kereta rusa Santa. Santa yang terkejut dengan kehadiran mereka, kemudian hilang kawalan dan kereta rusa tersebut jatuh, rosak dan Rusanya lari. Aktiviri mengagihkan hadiah pada Malam Krismas akan gagal jika kenderaan Santa ridak dibaiki. Kerana rasa bersalah, 2 beradik membantu Santa.


Best. Lepas tonton ni terus saya cari yang nombor 2.




Thursday, July 15, 2021

Review Filem : PK

 



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hujung minggu lalu, tengah bosan, drama korea dah habis tengok, novel dah khatam sebuah.Saja la buka Facebook nak tengok movie apa boleh tengok. Terasa nak tonton Hindi. Scroll bahagian Fantasy jumpa Filem ni. Tak la best sangat macam 3 idiot tapi masih boleh di tonton.


Sinopsis

Cerita berkisar tentang seorang asing yang telah datang ke bumi tetapi telah kehilangan pakaiannya bersama satu-satunya peranti yang boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan kapal angkasanya. PK mengalami kesukaran menyesuaikan diri di bumi. Filem ini menyentuh pelbagai adat istiadat sosial dan agama. 


Tak sesuai untuk ditonton dengan kanak-kanak. Banyak sentuh pasal agama.

Monday, June 21, 2021

Review filem : iBoy


Recommend dari Netflix group. Katanya sesuai untuk tontonan keluarga. Tapi, boleh la. Jangan expect lebih2. 


Sinopsis 

Kisah seorang remaja secara tak sengaja jadi saksi kejadian rogol oleh geng mafia. Masa nak lari dari geng mafia sambil sedang menelefon polis dia dah terkena tembakan. Tembakan kena sipi kat tengkorak belah telinga dia menyebabkan dia koma. Dia dihantar ke hospital dan diperlukan menjalani pembedahan.


Masa dah baik selepas pembedahan, doktor terangkan ada serpihan dari dalam telefon yang melekat terus kat otak dia. Nak buang merisikokan tapi kalau nak biarkan pun tak berbahaya. 


Lepas dah discaj dia discover yang dia ada superpower yang boleh manipulate frequency dan peralatan elektrik. Dia gunakan kelebihan ini untuk revenge dan lawan balik geng mafia yang tembak dia dulu.

Thursday, February 11, 2021

Review filem : The Princess Switch Switched Again

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
Lepas habis tontom The Princess Switch, terus tonton sambungannya. Saya selalu camtu. Masih ingat watak, jalan cerita. Kali ni lebih advance bila ada 3 wajah serupa. Hebat Vanessa Hadgens. Ceritanya masih santai dan kesinambungan cinta dari yang lepas. 

Sinopsis 

Selepas 2 tahun Stacy dan Edward berkahwin. Mereka bahagia walupun masing-masing sibuk. Manakala Margaret dan Kevin berpisah selepas kematian Raja iaitu ayah Margaret. Selepas 6 bulan, Stacy dan Olivia, iaitu anak Kevin ingin menyambung semula hubungan mereka. Pelbagai rancangan mereka lakukan termasuklah Margaret menukar tempat dengan Stacy. Tapi kemunculan Fiona, sepupu Margaret yang tamakkan harta merosakkan rancangan mereka. Fiona menculik Stacy yang disangkakan Margaret untuk memindahkan sejumlah wang kedalam akaunnya selepas ditabalkan menjadi permaisuri. Dapatkah Stacy menyelamatkan dirinya

Filem santai je. Nak happy, hilangkan stress boleh la layan.


Monday, January 25, 2021

Review filem : Wonder Woman 1984


Tengah rajin, boleh la buat entry filem. Banyak je movie tengok tapi malas nak taip. 


Sinopsis 


Berkisar tahun 1984, Diana bekerja di muzium bahagian artifak dengan teman sekerja baru Rebecca. Diorang kena kaji batu. Batu yang menunaikan impian sesiapa yang hajatkan sesuatu. Rebecca teringin nak jadi Kuat, cantik dan seksi seperti Diana. Hajatnya termakbul tetapi sisi baiknya ditarik. Begitu juga Diana yang berhajat Steve kembali. Steve muncul dalam wajah lelaki lain. Kesannya kekuatan menurun.

Maxwell Lord pula mengambil batu tersebut dan menjadikannya sebagai bisnes. Bila Diana sedar kesan batu tersebut, sanggupkah dia kehilangan semula Steve?


Bagi saya WW yang ni lebih best dari yang pertama. Tapi endingnya, tak tahu lak apa jadi dengan Barbara mati ke hidup. Pastu kemunculan watak baru, Asterar ke apa namanya. 

Friday, January 22, 2021

Reviews filem : Wonder Woman (2017)


 Sinopsis


Filem lama tapi baru tengok sebab nak tengok yang baru release. 


Kisah asal usul Wonder Woman. Since kecil dipelihara oleh apa ntah nama mak dia kat Pulau yang semua perempuan. Dia dilatih untuk berlawan. Dia percaya dia diciptakan dari tanah liat dan dihidupkan oleh Dewa Zeus. Di sogokkan dengan cerita Dewa Perang, Ares menyebabkan perang. Bila dia selamatkan Pilot, Steve yang juga perisik dan tahu dunia luar ada perang, dia nak pergi untuk selamatkan.


Ending macam tak best, ntah apa jadi kat Amazon tak pula cerita. Pastu Ares macam tu je? Langsung tak superpower kuasanya. Hero mati camtu je ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...