Showing posts with label Poreng. Show all posts
Showing posts with label Poreng. Show all posts

Tuesday, August 9, 2022

Review Novel : Tinggal Satu Bintang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Novel pertama Acik Lana yang dibaca tahun 2022. Rasanya semua karya AL saya dah baca dan ada koleksi kecuali PYPAC tapi saya dah beli versi Ebook. AL antara favorite saya. Nampak je AL post novel baru, laju² transfer duit beli. Kalau nak jimat tunggu beberapa bulan dan beli di Shopee. Jimat banyak. Tapi saya gelojoh 🤭

Sinopsis

Tengku Bakti memiliki pakej lengkap dalam hidupnya. Segak, kaya raya dan berjaya. Namun kelebihan tersebut menjadikan dia manusia yang megah dan sombong. Maka hiburan dunia telah menjadi 'makanan' harian untuknya. Berpoya-poya dan berpesta tanpa pernah memikirkan dosa pahala. Dia enjoy begini! 

Namun satu peristiwa ngeri yang berlaku membuatkan Tengku Bakti tersentak. Hidupnya mula tunggang langgang, berpusing seratus lapan puluh darjah. Ternyata dia bukan lagi lelaki sempurna yang dulu! Dihimpit kesengsaraan akibat dendam dari hati yang pernah dia hancurkan, Tengku Bakti separuh mati menanggung pembalasan. 

"Memang kau orangnya. Kau yang muncul dalam mimpi aku setiap malam. Dasar perempuan sihir. Kau memang nak buat aku mati! - Tengku Bakti 

Terheret kedalam dunia misteri Tengku Bakti, Seri tersekat dengan permainan takdir yang amat mengelirukan. Kenapa dia? Sedangkan mereka sangat berbeza dari segala segi. Namun tatkala jurang besar itu bercantum sehingga sering menemukan mereka berdua, masing-masing tertanya apa hikmahnya? Bagaimana Seri boleh 'termasuk ke dalam dunia penuh mengerikan yang didiami Tengku Bakti? Untuk apa? Demi siapa? 

"Saya dah cuba sedaya upaya untuk halang makhluk tu dari terus makan Tengku. Tapí ini yang saya dapat? Dituduh sebagai tuan makhluk tu pulak?" - Seri 

Pertemuan, pertolongan, perlindungan, dan perhatian menjadi rencah dalam hubungan Tengku Bakti bersama Seri. Mampukah sengsara angkara iblis dan syaitan ditamatkan bersama? Dan sejauh mana pengorbanan Seri yang polos dihargai oleh lelaki buaya darat seperti Tengku Bakti?


Kali ni lain sikit rencah novel AL. Ada unsur mistik dan realiti. Saya suka. Tak la cliche kan even trademark AL masih ada, hero heroin yang handsome, cantik dan kaya. Cum akli ni dia seimbangkan dengan sisi buruk mereka. Ok la. Tak cliche sangat cam novel² lepas. Saya bagi 4.8/5 

Cuma tertanya-tanya apa jadi pada perempuan sihir 120 tahun tu ye?

Monday, January 29, 2018

Review novel : Kief



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tahun 2018 saya berazam untuk membaca 1 novel 1 bulan. Dan Januari saya berjaya baca 2 novel. Novel ke2 tahun 2018 adalah Kief karya Dhiya Zafira, penulis thriller. Kisahnya ada terselit adengan romantis hero dan heroin. Pelbagai rasa boleh di rasai ketika membaca novelnya.

Sinopsis
Kief, ahli bomba, kematian isteri, duda anak seorang, Emma. Dia membesarkan Emma tanpa isteri selama 13 tahun. Dia juga mengambil alih menjaga Arin, bekas adik ipar yang koma selama 5 tahun selepas kakak kandungnya berpindah ke Australia mengikut suaminya. Keajaiban berlaku bila Arin membuka mata dan meneruskan kehidupan seperti mereka yang normal. Ibu Kief bercadang supaya Kief dan Arin bernikah. Kief cuba membuka hatinya menerima Arin dan mereka di nikahkan. Mereka bahagia bila masing² cuba menerima pasangan masing². Kemunculan Rais yang menyatakan Emma adalah anaknya menyebabkan Kief berang. Lebik buruk lagi bila asrama Emma terbakar. Kief menjadi lebih berhati² bila Emma di luar. Arin mendesak Kief melakukan ujian DNA untuk kebaikan Emma di masa akan datang tetapi keputusannya mengambil masa yang lama dan mereka ditimpa musibah lagi angkara Muaz. Siapa Muaz?

Karya terbitan Poreng Kertas wajib d miliki sebagai koleksi peribadi. Dapatkannya untuk ketahui kisah selanjutnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...