Showing posts with label aisya sofea. Show all posts
Showing posts with label aisya sofea. Show all posts

Monday, January 26, 2015

Review novel : Dialah Cinta Hatiku


Novel yang di beli beberapa bulan lalu, giliran untuk baca baru sampai. Novel di beli tanpa baca sinopsis tetapi di beli kerana penulisnya. Penulis yang boleh di katakan 100% karya tidak menyesal beli. Ternyata tepat sangkaan saya, bila mana saya rasa puas selepas tamat selakan ke helaian terakhir dan mulai rindu watak utamanya. 4.9/5 bintang.

Sinopsis
Ju berkawan lama dengan Rizan, semasa belajar dan antara kawan lelaki yang rapat dengannya. Sehingga 6 tahun usia hubungan mereka dan di desak untuk bertunang oleh keluarga. Ju tahu dia tidak cintakan Rizan tetapi setuju untuk bertunang kerana baginya mungkin cinta akan datang kemudian. Rizan, si anak emak memang dari dahulu cintakan Ju. Baginya Ju ingin dijadikan isteri. Megat, abang tiri Rizan yang sombong dan kekurangan kasih sayang pulang dari Paris selepas 6 tahun dan membuka cafe di Malaysia. Pertemua pertama Ju dan Megat adalah pada 6 tahun lalu. Megat jatuh cinta pandang pertama pada Ju tetapi memikirkan Ju teman wanita Rizan dia nekad berkahwin di Paris etapi bercerai 2 tahun sebelum pulang ke Malaysia. Apabila pulang dan melihat Ju dan Rizan belum berkahwin, dia nekad meluahkan perasaan. Megat tidak bertepuk sebela tangan apabila Ju juga mencintainya. Bagaimana mereka berdua ingin berdepan dengan keluarga mereka? Dapatkah Rizan menerima hakikat kekasihnya mecintai abangnya?

Peminat Aisya Sofea mesti dapatkan novel ini, novel ke 13 AS.

Monday, March 3, 2014

Review Novel : Dekatnya Cinta

Novel ini datang dalam 2 versi. Hardcover dan soft cover. Saya pilih yang soft cover je sebab yang penting isi nya kan bukan kulit :) Novel Aisya Sofea biasanya tidak pernah mengecewakan. Tambahan pula kali ni kisah sambungan Adam Hawa. Saya memang dah baca novel Adam Hawa dan menonton versi drama bersiri di Astro. Mesti nak tahu apa yang jadi pada mereka. Selepas membaca saya rasa teruja untuk mengetahui penamatnya.

Sinopsis

Ain Hawani menyambung pelajarannya dengan keizinan suaminya Adam Mukhriz dengan syarat tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu. Malangnya Ain tidak dapat mengatur hidupnya sebagai pensyarah, isteri, ibu dan juga pelajar sehingga urusan rumahtangga tergugat. Tambahan pula, setiausaha Adam di pejabat sentiasa menjaga makan minum Adam dan Arissa ketika Ain ke kelas. Ain terus leka dengan dunia kuliahnya. Ke kelas gantian, projek, thesis, perbincangan kumpulan dan menyebabkan mereka kerap bertengkar. Hinggalah Adam melafazkan cerai berikutan salah paham apabila ternampak pensyarahnya 'memberi' bunga kepada Ain. Bermulalah kehidupan mereka selepas penceraian dengan Arissa sebagai penghubung.

Rating saya bagi 4.5/5. Memang berbaloi menyimpan dan membaca. Peminat novel tegar harus membacanya, tambahan pula penulisnya memang dah ada 'nama'.

Tuesday, August 23, 2011

novel~

salam semua.. selamat petang..
aktiviti saya tatkala kebosanan melampau
semestinya online, tengok tv.
sampaikan saya dah tgok drama yang sama di astro ni.
dah bleh hafal dialog2 pelakon..

selain dari aktiviti tu sy membaca novel..
stok2 novel saya mmg benyak. tapi semua kat atas rumah.
nak kena suruh adik amik.
tu pun kalau dia ingat.
kalau x, wasssalam la..
so saya pun belek2 forum cari novel apa yang menarik.
yang memang suggest by other readers tuk baca..
so, selepas abis godek2 forum
saya pun wat keputusan tuk beli novel ni..



nak suruh siapa beli? husband saya?
x mungkin dia nak masuk POPULAR pastu nak belek2 cari2 novel ni kat rak buku.
silap2 dia bg senarai buku saya nak kat cashier je suruh cari.
adik2 saya? lelaki sama la gak perangai.
yang perempuan kena ada org bawa dia pegi br dia leh cari.
sapa lak nak bawak dia?
ayah saya yang busy semedang? mak yang xtau drive?

last2 saya order online saja pada kak fadzilah owner blog online ni.
saya memang pernah order novel kat akak ni.
tp dulu la zaman belum kahwin.
yg busy semedang. nk g popular pun xde masa.
sejak kahwin sy beli sendiri je, lagipun xde masa sgt nk membaca.
lepas contact kak fadzilah, transfer duit ke akaun dia (nasib ada m2u)
sehari lepas tu dah dpt buku.
thanks akak sbb kasi pos laju.
saya order pos biasa je.
sbb pos laju mahal  TT_TT

buku tu sampai xde lak snap pic. teruja nak membaca je.
1 buku da selamat abis baca. serius best buku tu..
next entry lak sy crita sinopsis crita tu (even da bersepah orang lain cerita)
adios~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...