Showing posts with label fauziah ashari. Show all posts
Showing posts with label fauziah ashari. Show all posts

Monday, December 10, 2012

Review Novel : Duri


Karya FA menarik, tidak mengecawakan dan membosankan.
4 Bintang saya bagi. Novel pun nipis je. Kejap je dapat habiskan.

Sinopsis

Sufi berkahwin dengan Muzaffar untuk menutup malu keluarganya. Adiknya, Nuri ke luar negara seminggu sebelum majlis perkahwinannya. Sufi sudi berkahwin dengan Muzaffar dengan niat untuk membalas dendam ke atas keluarga suaminya di mana ibu mentuanya menghina ibu nya semasa Sufi bercinta dengan adik Muzaffar, Hazim. Sufi tidak di layan sebagai isteri dan menantu di rumah mentua nya kecuali layanan baik oleh ayah mertuanya sahaja. Muzaffar yang masih mencintai Nuri meminta bantuan Sufi untuk menjejaki Nuri di luar negara. Sufi sedia membantu tetapi dengan syarat, dia di benarkan bekerja di syarikat keluarga mentuanya. Dengan kebolehan Sufi dan kepercayaan ayah mentuanya, semua syer ayrikat milik ayah mentua nya menjadi milik Sufi dan ini menambahkan amarah ibu mentuanya yang mengesyaki suaminya mempunyai hubungan dengan Sufi. Keluarga Muzaffar mula ditimpa masalah apabila ayahnya keluar dari rumah dan menceraikan ibunya. Ibunya pula di timpa kecederaan. Hazim pulang ke Malaysia dan cuba menggoda Sufi manakala Sufi meneruskan rancangan untuk menyakitkan hati ibu mentuanya. Kepulangan Nuri telah merubah segalanya. Di saat hubungan Sufi dan Muzaffar mulai jernih, kebenaran kisah Hazim di perantauan, ayah Muzaffar berkahwin lain, nenek Sufi dilanggar. Adakah Sufi di ceraikan mengikut perjanjian mereka suami isteri apabila Nuri pulang?

Sila beli untuk mengetahui kesudahannya.





Friday, March 2, 2012

Review novel : Kan Kukejar Cinta Kamu

Salam..
Jom review novel.. Selamat sudah menghabiskan novel ni semalam.
Saya order novel ni directly dari penulisnya sebab belum jumpa novel ni di kedai-kedai buku.
Dah la ramai yang review cakap novel ni sangat best.
Terus tak sabar tunggu novel ni sampai kat kedai buku Penang.
Maka orderla saya di FB Fauziah Ashari (FA)
Yang bestnya siap dapat autograph.. \{^_^}/
FA juga penulis novel Ombak Rindu



Saya sangat suka novel ni. Hero dan heroin nya bukan la 100% perfect seperti dalam novel - novel lain.
Masing-masing ada kelebihan keburukan. Novel ni sangat sesuai untuk yang baru kahwin.
Banyak asam garam rumah tangga. Adengan dalam bilik tidur pun ada.. Hahahaa..
Tapi tak de la censored, cerita directly. Mana yang dah kahwin paham la.. +_+
Saya bagi 4 bintang dari 5 (4/5)

Sinopsis
Alma dan Rayyan berkahwin 3 bulan sebelum pulang ke Malaysia.
Kedua-dua keluarga mereka bermusuh. Tapi demi cinta diorg redah dan sanggup hadapi dugaan bersama.
Sehari selepas kepulangan mereka ke Malaysia, Rayyan kemalangan dan hilang ingatan.
Berbagai cara Alma lakukan untuk mendapatkan Rayyan semula.
Tambah lak dengan nenek Rayyan yang mengetahui perkahwinan mereka.
Sehinggalah keluarga Rayyan merampas syer syarikat keluarga Alma sebanyak 60%
Alma dibuang keluarga apabila mereka mengetahui yang dia sudah berkahwin dengan musuh keluarga.
Alma putus asa dan membawa diri ke JB. Tinggal bersama Kalsom dan jadikan keluarga Kalsom sebagai keluarga angkatnya.
Kemudian nekad untuk bercerai dengan Rayyan setelah mengetahui yang Rayyan akan berkahwin dengan Dilaila.
Rayyan bersetuju untuk bercerai dengan perjanjian. Mereka harus tinggal bersama selama 2 tahun atau syer 20% milik Alma menjadi milik Rayyan, dan beberapa syarat lain.
Berbagai dugaan berlaku pada mereka semasa tinggal serumah.
Bergaduh, bemesra. Dan Rayyan menjadi bertambah keliru apabila perkara negatif tentang Alma di ceritakan.
Sehinggalah rahsia sebenar permusuhan keluarga mereka terbongkar.
Dan yang jahat mendapat balasan dan insaf.
Yan jujur dan benar mendapat bahagian mereka.
Yang penting happy ending. huhuhu

Ok.. itu sahaja..
Jumpa lagi di next entry :)

Saturday, February 4, 2012

Sudah sampai

Salam.
Short entry. I hope

Setelah berhari-hari menunggu akhirnya dapat juga.
Tak sempat pun nak watermark malas sebenarnya
Novel terbaru dari one of my favourite author.
Banyak review katanya best.
Siap dapat her autograph.
Sangat best {^_^}
Tapi belum boleh start membaca.
Ada lagi 7 buah novel lain on waiting list di rak buku rumah saya.
Fauziah Ashari adalah penulis novel Ombak Rindu.
Setakat ni semua novel hasil tulisannya ada dalam simpanan saya.
Jom, nak sambung membaca.
Wassalam.

P/S - Ketika entry ni ditaip, baru sudah menonton Raja Lawak 6. Jom undi CUIT. Sebab pe CUIT?
Nanti lah saya story kalau berkesempatan  [>_<]\/

Tuesday, January 10, 2012

review ombak rindu

Salam..
Saya tahu filem ni dah basi. Dah merata orang bercerita dan review tentangnya.
Tapi saya nak review jugak. ngeeee

2 minggu lepas sy download filem ombak rindu.
Tapi tersimpan je dalam laptop.
Semalam baru free nk menonton.
Macam la sebelum ni busy sangat.

Zaman sekolah dulu saya memang hafal plot-plot dalam novel ni.
Memang novel terbaik saya pernah baca la.
Then dah kerja saya beli novel ni.
Bila ada sambungan novel ombak rindu (OR) pun saya beli.
Pastu ramai la yang meminjam novel ni sampai lunyai jadinya.



Bila menonton filem ni saya rasa jalan ceritanya agak laju.
Pada yang dah baca novel mungkin paham.
Pada yg tak tahu jalan cerita asal mungkin blur.
Ye lah, novel agak tebal.
Takkan nak masukkan semua plot dalam novel kedalam filem.
Baik buat drama bersiri je.

Dah lama saya tak membaca novel OR.
Dari yang saya tonton filem dan membaca novel
Macam berbeza je sikit keduanya.
Pengarah mungkin ubah jalan cerita sesuaikan dgn filem.
Bagi saya ok je.
Pendapat dan kemusykilan saya...

  • Saya tak pasti wujud atau tak watak Mail dalam novel.
  • Rasanya Izzah tidak mengajar mengaji dalam novel.
  • Mak cik Izzah dalam novel jahat kot.
  • Adengan tukar jam tangan ada ke?
  • Dalam filem suara Maya Karin mengaji sedap ^_^
  • Kenapa kadang-kadang tudung yg Maya Karin pakai macam mak cik2 ^_^
  • Rumah mereka di Cameron Highland sgt cantik.
  • Watak Dato' Sufiah sgt menjadi.
  • Kenapa baju Harris cepat kering masa dia masuk disko cari Izzah? (disco ke). Bukan diorg basah kuyup kna hujan lebat ke?
  • Kenapa dialog dan gerakan bibir tak sama?

 cantiknya rumah ni siap gazebo lg

View cantik
Mungkin memang wujud adengan tu dalam novel tapi saya dah terlupa.
Maafkan saya.. T_T
Owh, itu sahaja komen saya. ^_^

Kredit all foto from CARI FORUM

Monday, October 10, 2011

novel : setia menanti

salam semua..
setelah berehat dr menail beberapa hari ni kembali nak review cerita novel yang dibaca sepanjang mc dan berehat di rumah ni. ^___^
kali ni nak review novel yang bertajuk SETIA MENANTI karya Fauziah Ashaari
penulis novel yang agak popular.
best seller semestinya OMBAK RINDU yang telah difilemkan..


rate saya untuk buku ni 4/5
memang berbaloi dibeli.
edisi susah letak

REVIEW SAYA

kisah pasal Adrina, jatuh cinta pandang pertama pada Ajmal.
kira jatuh cinta zaman sekolah la.
tapi Ajmal reject. dia pun jauhkan diri dr Ajmal
Ajmal lak kat U bercinta ngan Fatiha.
pasal masalah2 peribadi Fatiha tinggalkan Ajmal tanpa penjelasan.
bila masing2 dah bekerja mak Ajmal kahwin dengan ayah Adrina.
jadi adik beradik tiri.
bila dah tgal serumah slalu jumpa diorg pon fall in love.

dah bertunang tetiba muncul lak Fatiha sepejabat ngan Ajmal.
Ajmal kahwin dengan Fatiha selepas Fatiha jadi mangsa rogol dan Ajmal nak selamatkan maruah Fatiha.
Adrina yang tau hal tu mengelakkan diri dari Ajmal dan berkenalan ngan Zul.
Ajmal & Adrina dah bincang nak putuskan pertunangan
diorg balik kampung mak Adrina untuk maklumkan hal tu.

malangnya diorg kena tangkap khalwat ngan org kampung dan dikahwinkan.
hubungan Ajmal & Fatiha bertambah baik selepas kelahiran Faisal.
manakala hubungan Ajmal & Adrina plak tak ok sbb Adrina marahkan Ajmal yang menduakan dia.
Fatiha lak kna barah otak. selepas dia meninggal Ajmal & Fatiha bahagia menjaga Faisal.

habisss....

actually ada lagi part2 yg best tapi biasa la tak larat taip.. ^__^
sila beli ok kalau berminat membaca novel.
karya FAUZIAH ASHAARI memang tak mengecewakan. :)


p/s - selamat ulang tahun pertama kepada my lovely cousin.. dan selamat menerima org baru tahun hadapan

cousin yang paling rapat & also pengapit saya ^__^


Tuesday, October 4, 2011

beli novel lagi

salam..
setelah habis membaca novel2 yang dibeli tempoh hari
saya kembali membeli novel baru lak.
kebetulan adik sy ajak ke jusco.
mcm tau je kakak dia ni dah abis stok bacaan.
sy mmg ada wat senarai novel yg nak dibeli. tp 2 buah je.
bila sampai popular langsung xde buku yang disenarai tu.

so, sy sambar la mana2 buku yg rasa best bila bc blurrpp..
so ini buku yang di beli..



ms nak bayar tau total smua berapa?
rm 93
uish.. mahalnye..
dah pakai kad popular pon cmtu erk harganya?
rupanya 3 buku teratas je ada  dikaun. tu pun 10% je
biasa 20%..
buku bawah xde dikaun langsung.
dah le mahal. :(
pastu dpt boucar rm5..
leh guna untuk next belian ^__^
sekarang ngah baca buku ni.

baru bab 2..
bila google cari gambar diatas baru tau yang buku ni dah wujud dulu.
penulis yang sama. bezanya kulit dan publisher je.
sy pun tak ingat samaada dah baca ke belum novel bawah ni.
sbb mmg familiar bila tgok gbr bawah.
tapi bila baca sinopsis tak sama lak ngan yg atas.
bila dah abis bc baru leh komen sama ke tak.


 p/s - rini jumpa doktor. moga dah leh guna kaki untuk berjalan ^___^

Tuesday, August 23, 2011

novel~

salam semua.. selamat petang..
aktiviti saya tatkala kebosanan melampau
semestinya online, tengok tv.
sampaikan saya dah tgok drama yang sama di astro ni.
dah bleh hafal dialog2 pelakon..

selain dari aktiviti tu sy membaca novel..
stok2 novel saya mmg benyak. tapi semua kat atas rumah.
nak kena suruh adik amik.
tu pun kalau dia ingat.
kalau x, wasssalam la..
so saya pun belek2 forum cari novel apa yang menarik.
yang memang suggest by other readers tuk baca..
so, selepas abis godek2 forum
saya pun wat keputusan tuk beli novel ni..



nak suruh siapa beli? husband saya?
x mungkin dia nak masuk POPULAR pastu nak belek2 cari2 novel ni kat rak buku.
silap2 dia bg senarai buku saya nak kat cashier je suruh cari.
adik2 saya? lelaki sama la gak perangai.
yang perempuan kena ada org bawa dia pegi br dia leh cari.
sapa lak nak bawak dia?
ayah saya yang busy semedang? mak yang xtau drive?

last2 saya order online saja pada kak fadzilah owner blog online ni.
saya memang pernah order novel kat akak ni.
tp dulu la zaman belum kahwin.
yg busy semedang. nk g popular pun xde masa.
sejak kahwin sy beli sendiri je, lagipun xde masa sgt nk membaca.
lepas contact kak fadzilah, transfer duit ke akaun dia (nasib ada m2u)
sehari lepas tu dah dpt buku.
thanks akak sbb kasi pos laju.
saya order pos biasa je.
sbb pos laju mahal  TT_TT

buku tu sampai xde lak snap pic. teruja nak membaca je.
1 buku da selamat abis baca. serius best buku tu..
next entry lak sy crita sinopsis crita tu (even da bersepah orang lain cerita)
adios~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...