Showing posts with label aktiviti hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label aktiviti hujung minggu. Show all posts

Monday, September 23, 2019

Jalan-Jalan Kelantan, Terengganu dan Cameron Highlands2019

Mee celup Morak

24/8/2019 - Sabtu

Kelantan + Terengganu

Minyak : RM80 + RM78
Hotel : RM119

Kami bertolak lepas Subuh , 7.45 pagi. Anas Auni masih tidur. Dalam perjalanan, beberapa kali kami stop untuk breakfast, ke tandas, mandikan Anas Auni. Kami selamat tiba di Kelantan jam 1 petang. Destinasi pertama kami adalah Pengkalan Kubor. Beli mainan dekat Anas Auni, coklat murah di sini, sama murah macam Langkawi dan selebihnya bergambar. Cuaca panas terik, saya beli aiskrim baba. Sedap. Kena try kalau pergi Pengkalan Kubor.

Street Art di Pengkalan Kubor

Lepas Pengkalan Kubor, saya ajak husband cuba mee celup Morak. Lepas makan terus ke Kolej untuk ambil barang-barang saya. Lepas selesai, kami stop solat dan terus ke Kuala Terengganu. Sampai di Terengganu, kami terus cari Hotel untuk bermalam. Kami stay di J Suites dengan harga RM119 semalam untuk King Bed. Deposit RM100.

Kami pernah stay kat sini sebelum ni. Masa lepas mandi perasan yang Air cond leaking, so kami request extra towel. Nak tukar bilik tak larat dah. Sekali tu je air cond leaking, pastu ok je.

25/8/2019 Ahad
Terengganu

Check out hotel dan terus drive ke Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas. Cerita saya di Pulau Kapas saya buat di entri lain. Kalau nak baca ini ENTRI nya.

26/8/2019 Isnin
Terengganu & Pahang
Hotel RM160

Lepas turun bot dari Pulau Kapas kami teruskan perjalanan. Tak de plan pun nak ke mana. Mulanya ingat nak pusing² Terengganu dan bermalam lagi sehari di sini. Husband stop beli Domino's Pizza untuk Anas, beli otak² dan kuih kat gerai tepi jalan. Saya ajak husband pergi makan Keropok Lekor BTB. Nak try yang cheese. Sedap di makan masa panas je. Harga mahal gak. Nak beli yang vacuum bawa balik takut tak tahan.


Kami plan nak terus ke Cameron Highlands je. Perjalanan 6 jam. Masa dalam perjalanan ikut Maps untuk avoid jammed. Kami singgah Kenyir Elephant Village. Anas ajak masuk tapi tiket mahal. Rm40 untuk dewasa. RM5 kanak² umur 1-6 tahun. Kami bergambar je.

9 malam kami sampai di CH. Sampai je masing-masing cari toilet. Masa kat toilet, phone saya jatuh dalam air. Cari hotel untuk bermalam. Search hotel lain tapi book hotel lain. Kami pilih Haji Saudi Hotel. Harga semalm RM80 dan kami ambil 2 malam. Hotel ni baru. Tak perlu deposit. Masuk bilik rehat.

27/8/2019 Selasa

Cameron Highlands, Pahang
Minyak RM75



Bangun pagi ni cari bank dulu. Cash kat kami dah habis. Lepas tekan duit, makan di food court depan Maybank. Order roti telur + nasi lemak bungkus + bihun sup + nescafe panas + teh o panas. Then isi minyak pastu masuk ke Kampung Sedia. Ini pertama kali kami masuk sini. Sebab dah kenyang, so tak makan. Bergambar dan beli strawberi je. Anas Auni nak masuk petik buah tapi tak boleh sebab buah tak menjadi.


Kami ke Ladang Teh Sungai Palas. Setiap kali datang CH, saya suka bergambar di sini banding dengan Ladang Teh lain. Biasanya kami berjaya drive je atas. Tapi kali ni tak berjaya. Ada lak yang menjaga. Parking kereta kat bawah dan mendaki tangga ke atas kami 4 beranak.

Sampai atas enjoy the view dan bergambar. Then turun. Anas nak pergi Bee Farm. Masuk la dalam farm. Free je tapi tengok dari atas macam luas sangat dan berbukit jalannya. Kami dua2 tak larat. Bergambar je kat luar tu then balik hotel.

Malam kami makan steambot kedai deretan hotel. Kami je yang makan situ. Udang habis kami ambik masak. Menunya boleh makan. Standard makanan di kedai steamboat. Harga RM36 seorang. Lepas makan balik bilik tidur.

28/8/2019 Rabu


Pagi ni bangun, kemas barang dan check out. Tak de plan apa pun. Kami stop bergambar dekat mana2 tempat menarik yang kami jumpa. Stop breakfast kedai area kea farm. Singgah kea farm beli jagung dan teruskan perjalanan balik ke Penang. Singgah ladang teh cameron Valley je bergambar dan shoot terus balik.

Monday, December 31, 2018

Selamat Tinggal 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ni hati terakhir 2018. Saya nak coret aktiviti kami sekeluarga tahun ini.

Januari

Walkathon - City Walk dan Bagan Dalam Power Run
Jalan-jalan Pulau Aman
Bergambar di depan Bayview I ❤ Penang


Februari

Bercuti di Krabi
Anas masuk Kemas
Walkathon - Penang Agains Bullying Walk


Mac

Birthday Anas Auni
Anas sambut birthday di KEMAS
Start Zumba
3 walkathon - Penang Run, Penang Hike, Cactus Fun Walk (last jumpa Arwah Iera)


April

Birthday mak - kami 4 beradik hadiahkan Air Frier
Walkathon ada 4 - unity run, fit run, run for TJI, Butterworth
Jalan² - Gunung Lang, Lost World Of Tambun (hadiah contest), PIFF, Avatar Secret Garden.




Mei

Jalan² - Entopia (Penang Butterfly Farm),
Pilihanraya Malaysia
Hari perjumpan ibu bapa KEMAS, Anas sambut hari Guru
Ramadhan
Teman sekerja meninggal Kemalangan maut BKE


Jun
Jamuan Iftar
Ira meninggal (kemalangan)
Photoshoot Raya
Iftar di Olive Hotel (hadiah contest)
Water pump kereta rosak
Open house raya kawan, jiran dan saudara mara
Tengok movie berEmpat (first time)



Julai
Sambutan Raya KeMas
Start Diet Kalori
Walkathon (walk as one family dan Province Wellesley Run)
Pertama kali derma darah selepas 9 tahun



Ogos

Dinner di Iconic Hotel (menang contest)
Walkathon (MPSP)
Tayar kereta kena skru
Submit Loan Kereta
Gigi Anas patah (1st gigi susu)
Check In Glow Hotel
Jalan² - The Top, Magic World, Ice Cafe, Street Art
Survey kamera
Raya Aidiladha, Family husband Korban 1ekor lembu.


September


Jalan² - Ghost Museum
Walkathon - Butterworth run, Malaysian day Fun walk, Butterworth Fun Run
Kenduri arwah Iera
Lunch Malaysian Day di Ixora Hotel (menang contest)

Oktober

Walkathon : Pink Oktober, KPJ Colour Run
Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Kemas
Dapat kereta
Sambut birthday saya di Johor dan Melaka. Pergi Legoland, Zoo Johor. Melaka pergi bergambar.



November


Anas Graduation Day
Walkathon - sunshine charity dan mouth cancer
Jalan² - Taiping


Disember


Adik nikah, jalan² kat Alor Setar
Sambut birthday husband di Bayview

Alhamdulillah atas kesejahteraan hidup kami sekeluarga. Banyak yang berlaku pada kami. Goal saya untuk lebih aktif dan sihat tahun ni berjaya dengan menyertai Walkathon setiap bulan (kecuali Disember sebab adik kahwin), zumba dan berjah
Ya menurunkan berat badan 7kg dengan diet kalori selama 3bulan.
Contest pun dapat yang lebih bernilai, tiket LWOT, iftar di Olive Tree Hotel, Malaysian Day Lunch di Ixora Hotel dan Dinner di Iconic city Hotel.


Friday, December 15, 2017

PDRM Fun Run 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
9/12/2017 kami suami isteri join Event seperti di atas. Anjuran PDRM. Lama dah ada iklan berkenaan event ni tapi bila tengok harga, tak jadi nak join. Harga seorang RM70 dan cuma dapat baju, medal, goodie bag dan lucky draw. Seminggu sebelum event, kawan tanya nak join tak under company dengan bayaran RM20. Terus register kami suami isteri. Kawan tolong ambilkan baju dan sehari sebelum husband pick up baju.

Barang dalam goodie bag

Event pada tarikh birthday husband. Kebetulan memang kami di sana. Hujan dari petang bawa ke malam. Larian malam. Pertama kali join masa malam. Kereta parking depan Queensbay Mall. Jalan di tutup dan kami jalan kaki ke kawasan berkumpul. Masa kami sampai semua tengah warm up. Saya pergi collect wristband dan LED belon. Dekat wristband ada nombor cabutan bertuah.

Tak banyak gambar yang elok waktu malam

Sebelum pelepasan peserta ada pertunjukan bunga api. Auni takut, Anas seronok. Cuaca malam tu hujan renyai-renyai dan larian 7km, saya tak lari. Saya jaga Anas Auni bawah khemah dan husband saja yang lari. Larian dalam masa 2 jam. Husband berjaya tamatkan larian kurang dari 1 jam. Masa tu hujan dah reda. Saya bawa anak-anak tunggu di bahagian penamat. Ramai dah sampai. Yang tak lari pun ramai. Di finishing line staf tunggu untuk pemberian medal dan sijil. Air mineral juga di beri. Pada yang dah dapat medal akan di tanda bahagian wristband.

Saya tak lari tapi dapat medal? 

Selepas itu acara cabutan bertuah. Kami tak berapa dengar sangat announcement. Orang ramai dan bising. Terus gerak ke kereta nak balik. Nak bayar parking tunggu lebih 30 minit. Mesin autopay 2 je. Peserta fun run bergabung dengan pekerja Queensbay Mall balik kerja.

Ada extra lagi medal, Anas kata dia punya

Monday, November 27, 2017

I ❤ Penang, Bendang Walk 2017



Date: 19th November 2017 (Sunday,7am)

Venue: Kompleks Sukan MBPP Balik Pulau, Pulau Pinang

Distance: 3km

Entry Fees : RM10

Closing Date: 31st Oct 2017  or first 1000 participants 

Walk In Registration at : Urus Setia Program di Pejabat Daerah Barat Daya, Jalan Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang (9am-4pm)

Entitlement:
- t-shirt
- goodies bag
- lucky draw




Tiada pendaftaran online. Adik saya yang inform berkenaan event ni dan ramai² kami register. Staf office adik tolong submit dan collect baju. Kami isi borang dan hulur duit je. Baju warna merah fluoresence. Pertama kali saya pakai warna ni. Terang sungguh. Elok untuk penunggang basikal dan motosikal. 



Acara hari Ahad di lokasi yang kami tak biasa pergi. Tertanya-tanya juga, ada bendang ke kat Balik Pulau? Lepas Subuh gerak dari rumah. Pergi ambil mak, mak nak join juga. Berpandukan GPS, 7.05 pagi kami sampai. Katanya 7 pagi pendaftaran, 7.15 senamrobik dan flag off 7.45pagi. Parking di sediakan. Masa kami sampai senamrobik dah mula. Tak de pendaftaran pun. Anas Auni masih tidur. Dua² letak dalam stroller.



8.10 pagi baru flag off dan beramai-ramai gerak berjalan kaki. Rupanya ada bendang di Balik Pulau. Kami pusing bendang dan masuk semula ke laluan permulaan tadi. Ada check point untuk tanda pada bib dan pemberian air mineral. Dah sampai semula ke Kompleks Sukan masuk barisan collect goodies bag, medal dan nombor cabutan bertuah. Bib yang di pakai akan di gunting untuk cabutan bertuah. Goodie bag ada roti dan air kotak. 



Perjalanan dalam 3.3km. Berpeluh gak la. Anas langsung tak bangun, Auni siap terlena lagi. Nasib bawa stroller. Lepas collect medal, rest jap belakang pentas sebelum lucky draw. Van milo sponsor tapi sangat ramai yang line up. Kami makan dan minum dulu. Penjaja pun ada jual di bahagian kotak parking. Lepas habis makan, baru pergi ambil air milo. Air milo dari van memang sedap. Tak sama macam bancuh sendiri. Memang boost up energy lepas bersukan.



Kami tunggu lucky draw sebab tengok hadiah banyak. Berangan nak menang. Sebelum lucky draw ada persembahan dari kanak² istimewa. 12 tengah hari batu acara selesai. Kami suami isteri bertuah. Nombor lucky draw sangkut. Selesai semua gerak balik.



Banding dengan SPT Fun Walk, Bendang Walk lebih tersusun aturcaranya dan tak buang masa. SPT Fun Walk lebih jauh, air percuma yang disediakan berselerak. Berebut nak minum. Pemberian medal tak teratur. Kali ni lebih cantik dan memudahkan. Banyak laluan untuk ambil medal dan tiada penipuan berlaku. Yang penting senamrobik pandai tepati waktu. Tak la lupa diri macam aunty hari tu. Warna baju je saya tak berkenan 😓
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...