Showing posts with label bawa family jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label bawa family jalan-jalan. Show all posts

Friday, December 20, 2019

Lone Pine Boutique Hotel - celebration husband's birthday




Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Rasa tahun 2019 banyak sangat check in hotel 😂. Duit pun tak berapa banyak memandangkan Anas masuk sekolah dan Auni pun dah plan nak hantar tadika swasta. Keperluan wang meningkat hujung-hujung ni. Cuti saya pun tak banyak sebab tahun ni belajar, cuti tahun ada separuh je. Husband tak kisah kalau tak celebrate tapi saya cari gak hotel dekat2 yang special sikit.

7/12/2019 - Sabtu


Birthday husband hari Isnin. Kami dua2 tak dapat cuti hari tu. Check in hotel on weekend je. Harga Hotel on weekend + cuti sekolah memang di luar kemampuan la. Saya lama dah teringin check in Lone Pine. Saja survey harga di beberapa apps. Buat kira² dan fikir nak tunggu 11.11 promo diskaun. Sebab tak sabar dan Agoda beberapa kali email bagi tawaran harga, saya terus book. Tak tunggu pun 11.11. Luckily masa 11.11 hotel dah fully booked dan harga bertambah RM100++


Harga di Agoda RM320.45 untuk date Disember (weekend + school holiday)
Bilik deluxe + breakfast.


Gerak dari rumah 12 tengah hari, pergi lunch dulu then terus shoot ke Hotel. Ikut Maps, jammed dan mungkin sampai lepas dari 3 petang. Just nice sampai 3.10 petang. Husband cari parking dan saya ke kaunter. Kecil je site reception, tak macam hotel-hotel lain yang saya pernah stay. Macam konsep garden. Ada 2 meja dan waiting area.


Ada beberapa family tengah tunggu turn, so saya just tunggu. Then ada staf datang tanya dan minta saya ke meja sebelah tu. Tunjuk IC, isi details (Plat kereta, phone number dan sign). Bayar deposit RM100. Sambil2 tunggu tu saya dihidangkan dengan welcome dream. Air peach ke guava. Pure juice yang sedap. Katanya bilik akan siap dalam 15 ke 20 minit.


Sementara tunggu bilik, kami bergambar sekitar lobi. Macam port nak bergambar kat hotel ni. Then, receive call, bilik dah boleh masuk. Saya collect kad dan masuk bilik. Saya suka biliknya. King bed, smart TV dengan limited channel,Unifi TV je channelnya bukan astro channel. Shower dan toilet berasingan. Depan toilet ada pintu yang boleh slide terus nampak katil. Kalau tutup full cermin dan ada almari dengan bathrobe, selipar, kain batik + sarong pun ada ok. Ubat nyamuk elektronik pun ada.

Toiletteries

Dressing room dengan cermin yang besar dan kerusi. Mesti puas untuk yang kaki make up. Toiletries banyak - soap, lotion, shower gel, shampoo, conditioner, shave + shaver cream, sewing kit, cotton pad, shower cap. Ada juga mini fridge. Dalam fridge ada 4 tin air. Biskut, Mineral water, teh dan coffee pun ada. Semuanya percuma.

Balkoni menghadap pokok dan ada divider. So nampak sipi2 pantai. Di balkoni ada bathtub, meja, kerusi dan sofa. Selesa untuk bersantai. Nak mandi pun selamat, depan tak de orang nak skodeng. Balkoninya luas, ada plug, kipas, lampu, sliding door.


Masuk je bilik, Anas Auni nak mandi bath tub. Bagi je diorang mandi sementara kami solat zohor dan Asar. Lepas solat, ajak turun pool. Pool ada 2 - dewasa dan kanak2. Sebab banyak pokok sekeliling banyak la daun berguguran dalam kolam. Tepi pool ada khemah dan kerusi santai. Masa kami pergi ni ada event wedding kat sebelah pool. Yang mandi pool pun tak ramai.


Lepas mandi pool, kami ke pantai. Ingat nak bagi Anas Auni mandi laut tapi ombak kuat. Penjaga pantai tak bagi dekat dengan air laut. Bagi diorang main pasir jap then sambung di pool. Pool boleh mandi dampai 8 malam. Kami stop 7 malam. Masuk bilik diorang sampung bath tub dalam bilik lak. Lepas solat Maghrib kami keluar cari makan. Lapar lepas berendam.


Makan malam sekitar hotel agak mahal. Area pelancong kan? Kami pergi port selalu kami makan, Becha Lama. Saya order menu wajib, Spagheti Becha. Sos bolognese ada meatball dan Mozarella cheese. Memang sedap. Husband order chicken wing dan nasi goreng Becha.


Dalam perjalanan balik hotel, Anas tertidur, Auni pun sleepy. Elok sampai bilik cargas lak main dalam bilik.

8/12/2019 - Ahad


Breakfast hotel seawal 6 pagi tapi kami turun cafe 8.30 pagi. Sebut nombor bilik dan terus di bawa ke meja yg ada 2 kerusi. Anas Auni takde tempat duduk. Bagi je la diorang duduk, kami pergi ambil makanan. Lepas ambil makanan dah ada 2 kerusi extra. Makanan biasa2 je, tak wow pun.


Yang best ada mesin kopi 😉 boleh pilih nak espresso ke coppucino. Lain2 waffle, egg station, buah2, kek, roti, nasi lemak, air buah2. Anas Auni makan buah dan cereal je then berzikir nak mandi kolam. Meja kami lak tepi pool je.


Husband naik bilik dgn anak2 tukar baju, dan saya masih makan dekat cafe. Then husband lak datang makan dan saya pergi monitor anak2. Sampai 10 lebih gak la. Then, ajak anak2 naik bilik, sambung berendam dalam bath tub lak.


Sementara anak2 mandi, saya kemas barang. 11.30 ready nak check out. Husband simpan barang dalam kereta, saya bawa anak2 ke games room. Ada PlayStation, carrom, congkak dan beberapa mainan lain. Tapi alat nak bermain saja dalam tu. Buah carrom kena pergi ambil kat kaunter bawah.


Malas nak pergi ambil, saya terus check out, ambil deposit dan kami bergambar sekitar hotel.
Selain check in di hotel, saya juga ada book dinner di tempat favourite husband. Nanti saya cerita kat next entry.


Wednesday, November 6, 2019

Trip ke Melaka 2019 - My Birthday celebration - Day 2

24/10/2019 Khamis

Mame Jonker House - Free entrance
Old West - RM104
Kuih keria - Rm6
Coconut Shake - RM3.80
Cendol - Rm6
ShortBreak Family Mart - RM5.90


Penginapan di sini sekali dengan sarapan. 9 pagi baru kami turun makan di Bayou Lagoon cofee house. Ikutkan Anas kena bayar sebab dah lebih 3 kaki tapi yang jaga di pintu bagi je masuk. Menu biasa2 je. Ada roti canai, ommelette, bihun/mi/kueteow sup atau tomyam, roti + spread, nasi lemak, bubur, bihun gireng, samosa, sosej, baked beans, wedges, coco crunch, cornflakes rendang ayam. Buah dan salad satu jenis je. Air ada jus oren dan minuman panas teh dan kopi. Kami makan bihun sup, buah tembikai, ommelette. Itu je yang masuk selera. Auni makan coco crunch.


Lepas makan naik bilik tukar baju mandi. Anas Auni berzikir nak mandi waterpark bila tengok orang lalu lalang pergi mandi masa makan tadi. Husband temankan Anas Auni mandi, saya kemas barang dalam bilik. Anas guna wristband saya je. 12 tengah hari kami plan nak ke Mamee Jonker House (MJH) . Susah nak parking area sini. Parking jauh, guna kupon parking dan jalan sekitar Jonker Walk.


Singgah Family Mart, redeem ais krim percuma. Masuk kedai sebelah makan Cendol. Then sambung jalan ke MJH. Bergambar dan jalan2 je dalam tu. Ada jual merchandise dan produk Mamee. Ada cafe juga dalam tu. Dalam perjalanan pulang ke Hotel jumpa gerai Keria Antarabangsa Limbongan. Nak rasa je tapi yang dijual 1 pek 10 biji. Nak tak nak kena la beli. RM6 harganya.


Then, husband singgah Coconut Shake Klebang. Mulanya nak minum situ tapi ramai orang. Bahagian yg bungkus langsung tak de orang. Kami bungkus je. 4 petang sampai bilik dan paksa anak2 tidur.


6 petang kami bergerak ke Ayer Keroh untuk ke Old West di AFamosa Resort. Husband ajak singgah kedai makan sotong kangkung. First show mula 8.30 malam. Masa kani sampai ada nyanyian dan tarian di luar. Tiket old west dah beli, pergi ambil wrist band je. Kanak2 bawah 90cm tak perlu tiket. Auni pun tak perlu tapi kami dah beli, guna je la.


Masuk dalam old west tak de check beg. Kami bawa roti, air, keropok. Kat entrance dah kena tahan untuk bergambar. Layan je la. Then kami bergambar sekitar dalam tu. Ada funfair, rumah hantu, feeding animal. Semuanya berbayar. Tak ramai pun orang dalam tu. Haiwan ada unta, kambing, ayam je rasanya.


8.25 malam kami masuk ke tempat show. Pilih tempat nak duduk. Sementara show nak start, ada la jualan makanan. Nasib la Anas Auni tak merengek nak makanan. Kami bagi je keropok. Nasib la bawa makanan sebab makanan yang dijual mahal. Jagung semangkuk je RM8. Hujan renyai dan tunggu kejap dalam 5 minit dah stop hujan. Show pertama kalau ikut schedule Red Indian. Yang keluar 8 orang buat fire show dalam 10 minit.


Habis 10 minit, masuk balik yang jual makanan tu beserta dengan kambing-kambing. Sekali makanan untuk kambing dijual. Mula la kambing ikut siapa yang beli makanan tu. Memang nampak sangat kambing kelaparan. 10 minit gak la menonton kambing naik tempat duduk penonton cari makanan. Kemudian show diteruskan. Show perarakan je. Staf old west lalu dengan berpakaian hantu tema Halloween. Then haiwan2 tadi lalu semula. Mula2 burung, then kambing, unta dan ayam.


Pastu ada la laluan kenderaan yang dihias lampu, hantu2 yang menari, dan last sekali fire show 1 minit. Then habis. Husband tanya ini je ke shownya? Haha.. Cam tak berbaloi membayarnya. Tapi Anas Auni seronok. Nak datang lagi malam esok. Husband pergi tanya kat pintu masuk tempat show, ada lagi ke show. Dia tunjuk ada kat tepi tu. Kami pun pergi tengok. Show budak2 hantu tadi gak tapi tukar baju dah dok buat breakdance dengan menati lagu popular zaman sekarang.


Kami bergerak keluar dan kena tahan beli gambar yang diorang tangkap tadi. Rm23.70 rasanya sekeping. Gambarnya close up muka. Pemandangan belakang tak nampak pun. Gambar kami shoot elok lagi. Nak keluar kena lalu area feeding animal dan funfair. Bagi Anas Auni tengok unta dan kambing. Itu pun seronok dah budak2 tu. Sambung bergambar kat port mana yang belum dan balik.


Dalam kereta nak balik hotel, dua2 pun dah terlena. Saya janji beli Happy  meal kalau behave. Auni je la sempat makan. Husband lak beli burger kat Pak Ya Retro area hotel. Sedap katanya. Kalau check in area Bukit Katil, cari burger ni. Murah je. Baru RM2.50. Masuk bilik tidur.

Monday, September 23, 2019

Jalan-Jalan Kelantan, Terengganu dan Cameron Highlands2019

Mee celup Morak

24/8/2019 - Sabtu

Kelantan + Terengganu

Minyak : RM80 + RM78
Hotel : RM119

Kami bertolak lepas Subuh , 7.45 pagi. Anas Auni masih tidur. Dalam perjalanan, beberapa kali kami stop untuk breakfast, ke tandas, mandikan Anas Auni. Kami selamat tiba di Kelantan jam 1 petang. Destinasi pertama kami adalah Pengkalan Kubor. Beli mainan dekat Anas Auni, coklat murah di sini, sama murah macam Langkawi dan selebihnya bergambar. Cuaca panas terik, saya beli aiskrim baba. Sedap. Kena try kalau pergi Pengkalan Kubor.

Street Art di Pengkalan Kubor

Lepas Pengkalan Kubor, saya ajak husband cuba mee celup Morak. Lepas makan terus ke Kolej untuk ambil barang-barang saya. Lepas selesai, kami stop solat dan terus ke Kuala Terengganu. Sampai di Terengganu, kami terus cari Hotel untuk bermalam. Kami stay di J Suites dengan harga RM119 semalam untuk King Bed. Deposit RM100.

Kami pernah stay kat sini sebelum ni. Masa lepas mandi perasan yang Air cond leaking, so kami request extra towel. Nak tukar bilik tak larat dah. Sekali tu je air cond leaking, pastu ok je.

25/8/2019 Ahad
Terengganu

Check out hotel dan terus drive ke Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas. Cerita saya di Pulau Kapas saya buat di entri lain. Kalau nak baca ini ENTRI nya.

26/8/2019 Isnin
Terengganu & Pahang
Hotel RM160

Lepas turun bot dari Pulau Kapas kami teruskan perjalanan. Tak de plan pun nak ke mana. Mulanya ingat nak pusing² Terengganu dan bermalam lagi sehari di sini. Husband stop beli Domino's Pizza untuk Anas, beli otak² dan kuih kat gerai tepi jalan. Saya ajak husband pergi makan Keropok Lekor BTB. Nak try yang cheese. Sedap di makan masa panas je. Harga mahal gak. Nak beli yang vacuum bawa balik takut tak tahan.


Kami plan nak terus ke Cameron Highlands je. Perjalanan 6 jam. Masa dalam perjalanan ikut Maps untuk avoid jammed. Kami singgah Kenyir Elephant Village. Anas ajak masuk tapi tiket mahal. Rm40 untuk dewasa. RM5 kanak² umur 1-6 tahun. Kami bergambar je.

9 malam kami sampai di CH. Sampai je masing-masing cari toilet. Masa kat toilet, phone saya jatuh dalam air. Cari hotel untuk bermalam. Search hotel lain tapi book hotel lain. Kami pilih Haji Saudi Hotel. Harga semalm RM80 dan kami ambil 2 malam. Hotel ni baru. Tak perlu deposit. Masuk bilik rehat.

27/8/2019 Selasa

Cameron Highlands, Pahang
Minyak RM75



Bangun pagi ni cari bank dulu. Cash kat kami dah habis. Lepas tekan duit, makan di food court depan Maybank. Order roti telur + nasi lemak bungkus + bihun sup + nescafe panas + teh o panas. Then isi minyak pastu masuk ke Kampung Sedia. Ini pertama kali kami masuk sini. Sebab dah kenyang, so tak makan. Bergambar dan beli strawberi je. Anas Auni nak masuk petik buah tapi tak boleh sebab buah tak menjadi.


Kami ke Ladang Teh Sungai Palas. Setiap kali datang CH, saya suka bergambar di sini banding dengan Ladang Teh lain. Biasanya kami berjaya drive je atas. Tapi kali ni tak berjaya. Ada lak yang menjaga. Parking kereta kat bawah dan mendaki tangga ke atas kami 4 beranak.

Sampai atas enjoy the view dan bergambar. Then turun. Anas nak pergi Bee Farm. Masuk la dalam farm. Free je tapi tengok dari atas macam luas sangat dan berbukit jalannya. Kami dua2 tak larat. Bergambar je kat luar tu then balik hotel.

Malam kami makan steambot kedai deretan hotel. Kami je yang makan situ. Udang habis kami ambik masak. Menunya boleh makan. Standard makanan di kedai steamboat. Harga RM36 seorang. Lepas makan balik bilik tidur.

28/8/2019 Rabu


Pagi ni bangun, kemas barang dan check out. Tak de plan apa pun. Kami stop bergambar dekat mana2 tempat menarik yang kami jumpa. Stop breakfast kedai area kea farm. Singgah kea farm beli jagung dan teruskan perjalanan balik ke Penang. Singgah ladang teh cameron Valley je bergambar dan shoot terus balik.

Wednesday, May 9, 2018

Trip ke Ipoh - Lost World of Tambun (Hadiah contest) - Day 1



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tahun lepas saya ada menang peraduan di Facebook dan hadiahnya tiket masuk ke Lost World Of Tambun (LWOT)  untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Tiket saya terima 2/4/2018. Saya perlu gunakan tiket dalam masa 30 hari dari tarikh pembelian. So, kena pergi Tambun sebelum 30/4/2018. Discuss dengan husband, check website, call hotel, call LWOT dan kami pilih untuk ke LWOT 15/4/2018. Tiket cover untuk full day di LWOT. Siang boleh pergi water park dan aktiviti lain. Malam ada hot springs and Spa. Ada juga Night Park, fire show.


Siang kami dah penah pergi tapi tak pusing semua. Yang malam belum penah cuba. Info yang saya dapat dari LWOT sekali masuk tak boleh keluar. Kalau keluar nak masuk balik kena beli tiket lain. Rasa macam susah je nak stay dari tengah hari sampai malam dalam tu. Makanan pun mahal. Dah berendam mesti lapar. Staf LWOT kata kalau stay hotel akan dapat free entrance ke Hot Springs. Book hotel guna booking.com sebab di website LWOT kena guna akaun paypal. Di Booking.com guna debit card. 2 hari sebelum check in baru duit di potong dari akaun. Lepas 24 jam book saya tengok duit tak potong lagi, saya call LWOT hotel tanya tentang bilik. Ye la, nanti tak dak bilik, plan kami jadi lain lak. Lepas beri confirmation number dan ada reservation atas nama saya. Baru saya lega.


Plan saya hari check in kami masuk hot spring masa malam. Keesokkan harinya lepas breakfast guna tiket menang. Saya ajak husband pergi ipoh hari Sabtu. Jalan²dulu di Ipoh. Ahad baru check in hotel. Bayaran bilik RM240 termasuk tiket ke hot spring, breakfast, diskaun 35% ke water park dan 35% diakaun ke hot spring. Hari Sabtu semua bilik hotel full, kami ambil ahad. Sabtu pusing² Ipoh dan stay hotel lain dulu. 3 petang pergi LWOT hotel untuk check in. Lama gak beratur. Kaunter 2 dan line saya agak lambat. Dah buka kaunter tambahan baru laju. Saya request bilik dengan katil queen / king. Masa booking pun ada request tapi tak dapat. Semua dah full. Parking di sediakan. Masa check in kena letak nombor plat kereta. Receptionist inform yang bilik kami lebih dekat dengan PapaRich. Kami parking area situ je. Ada lif di sediakan. Masuk bilik rest dulu. Paksa Anas dan Auni tidur.


Remote control tv tak berfungsi, lepas tu nak complaint, telefon lak tak leh guna. Saya keluar dan guna telefon di koridor. Dalam 10 minit datang orang repair dan lepas tu dah boleh guna semula. Semua kelengkapan asas ada dalam bilik. Iron, hair dryer dan shaver pun ada. Saya ringkaskan mengenai LWOT. Ia terbahagi kepada 3 iaitu Hotel, theme park dan Hot Spring. Untuk malam ni kami hanya guna Hot Spring & Spa. Untuk malam beberapa tempat boleh masuk antaranya Saphira's Lair, Infinity Pool, The Geyser of Tambun, Lost World Steam Cave, Top of the world Pool, Saphira's Baby Pool, Foot Spa, Crystal Pool, Crystal Falls, Saphira's Twister, Emerald Lagoon, Sapphire Pool, Amethyst Pool, Topaz Pool dan Crystal Spa.


Lepas rest, solat, Anas Auni tidur, 6 petang kami siap² nak gerak ke Hot Spring. Jalan kaki je dari hotel. Pakai baju mandi siap-siap. Kami suami isteri guna tiket provided dari hotel. Anas kena beli tiket masuk sebab tinggi lebih 90cm. Untuk Anas hanya bayar RM30. Masuk je Anas Auni excited tengok air. Husband lak cakap terus je mandi. Tak nak jalan² ke bergambar. Nak enjoy mandi² je. Kami pergi yang water park la. Semua try. Auni paling suka sandy bay. Seronok main pasir. Anas sandy bay suka kids explorebay pun suka. Banyam slide dia boleh main. Air pun tak tinggi sangat. Memang khas untuk kanak-kanak.
Koupon dan tiket yang dapat masa check in
Lama gak la kami berendam. Bila dah gelap sikit saya suka bahagian hot water. Ramai kat situ. Banyak lagi port boleh pergi untuk Hot Spring tapi malas nak jalan. Dah balik baru fikir menyesal lak tak pusing. 9 malam ada fire show. Ada kerusi sedia depan stage. Persembahan selama 30 minit dari 3 orang. Habis show boleh bergambar dengan 'abang api'. Tak pasti la kena bayaran ke tak. Habis show husband ajak balik. Balik bilik bersihkan badan mandi dan rehat sekejap sebelum keluar pergi makan. Pergi makan kedai dekat-dekat hotel je. Cari yang tak ramai sangat orang.


Masa kat kedai ni kami order nasi, tomyam dan chicken mango. Anas muntah kat sini. Seluar basah, tak bawa pakaian spare. Masuk kereta pakaikan pampers. Tinggal baju dan pampers je. Luar kedai ada patung spiderman. Anas suka la tengok superheroes. Lepas makan balik hotel tidur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...