Showing posts with label freebies. Show all posts
Showing posts with label freebies. Show all posts

Monday, June 1, 2020

Mei 2020 - Sampel, goodies, gift, contest dan giveaway

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Selamat Hari Raya 😊

Jom tengok koleksi Barang percuma saya terima sepanjang bulan Mei. 

1. Discovery Park


Post gambar dengan haiwan 3D. Pilih haiwan kat google nanti keluar image 3D. Saya mintak Auni bergambar macam Panda. Alhamdulillah, dapat first prize. Sebab PKP, PKPB prize tak leh guna g. 

2. Watch & Seek Contest - Minggu 1


Jawab soalan berdasarkan video di FB Kaolaurier. Then share Slogan kenapa sukakan Laurier Night Safe. Alhamdulillah saya antara pemenang minggu pertama. 



3. Snappy Toms Sampul Raya Contest

 
Like post contest. Share di wall dan tag rakan-rakan. Screenshot dan komen bukti share.

Alhamdulillah, sangkut 2 akaun FB. Dah dapat saya bagi kat kawan-kawan. 

4. Marrybrown 


Jawab soalan di FB Marrybrown. Menang baucar RM20. Guna dah beli untuk buka puasa. 


5. Pregnant kit Nestle


Entah camna boleh dapat padahal tak request pun. Ye la, tak pregnant buat apa nak minta. Huhu. Saya lak bukan penggemar susu. Rezeki biras la ni. Dah dia pregnant, hadiahkan pada dia. 

6. Ramadan gift for Frontliners 


Tak pasti siapa yang bagi tapi katanya untuk Frontliners. Kurma atas tu tau la. PM yg bagi pada penjawat awam 1 malaysia.
Lain-lain tak pasti. Apa pun alhamdulillah. 

7. SmartHeart


Giveaway di FB Smarrheart. Tag kawan dan share. Yang ni banyak pemenang dipilih. Saya sangkut 2 nama. 



8. BigFoot


Ni pun giveaway di FB. Tak 3 kawan FB dan share. 



9. Sampul duit Raya


Sampul ni isi masa bulan puasa lagi. Di FB Solar Gas ada google form. Isi particular, seminggu lepas raya baru terima.

10. Sampel Pes Maggi


Ni pun request di FB, isi particular di Link yang diberi. Saya rasa saya isi particular untuk 3 alamat. Maggi pos guna DHL. Bagus sungguh. 

11. Sampul duit raya


Ini join di Instagram. Komen di Ig Ayu, isteri Tomok. Jawab soalan dan tag kawan. Saya join 2 yg ni. Satu g kat Ig Cik Epal. Dah menang kena bagi details pada pihak ke3. 


Alhamdulillah, 11 hadiah / barang free untuk bulan Mei. Join mana mampu je. Memang tak menang tangan sekarang. 

Wednesday, July 11, 2018

Jun - sampel percuma, Giveaway, Contest, Freebies

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini antara barang-barang yang saya dapat dari peraduan yang saya sertai.

1. SweetnCozy giveaway


Giveaway anjuran FB SweetNCozy. Teka bilangan sampul dan share di wall. Saya teka tepat.


Sehari lepas pengumuman, barang sampai. Cantik, kemas jahitannya.

2. Olive Tree Hotel - Share & win contest


Anjuran FB Olive Tree Hotel. Like dan share. Gigi share setiap pos kat FB tapi no luck
Akaun husband yang share sekali dua je post giveaway terpilih. Ok la kan. Janji dapat. Husband terpilih di minggu ketiga dan terakhir. Bagi date untuk pergi berbuka. First bagi Jumaat tapi full lak. Tukar jadi hari Ahad.




3. Carlist.My - #BalikRayaMestiGaya Gift Box


Anjuran FB carlist. Tag 5 rakan bahagian komen. Share post dan pemberitabuan menang di post yang di share. Saya dan suami menang. Hadiah boleh pilih untuk pos ke rumah atau pick up di MidValley.



4. B Infinite - Complete Raya Pantun


Sambung pantun di post Giveaway di FB B Infinite dan mana yang terpilih akan terima 250 point. Saya terima reply dan isi particular untuk terima point.

5. Gempak Starz - Peraduan Disney Incredibles 2


Jawab soalan berkenaan movie Incredibles. Every week ada giveaway. Yang ni kami suami isteri menang.



6. Watson Shake & Win


Download apps Watson dan shake. Dapat baucar RM5 untuk pembelian barang di website Watson

7. #KWCRaikanLebaran


Kira bilangan logo KWC pada gambar dan kiraan yang tepat terpilih jadi pemenang.



8. Pantene Malaysia


Tag 'wanita Besi' dalam hidup dan 200 yang pertama terpilih untuk menonton wayang wanita besi di pawagam yang terpilih.



9. Kordel - Mothers Day Contest


Tak ingat dah contest yang mana, dapat message kod diskaun untuk pembelian online.

10. Jags Mission


Register untuk join mission di Application Jags.

11. Dulux



Dapat sampul duit raya dari Dulux.

12. Caltex Lucky Draw


Isi minyak di Caltex dan isian minimum RM80 layak join lucky draw. Husband dapat baucar Guardian RM5.

13. Sampel Dove


Dapat sampel conditioner dari Dove. Register kat FB

14. Sampul duit Ferruni


Register di FB dan dapat sampul duit dari Ferruni.



Saturday, May 5, 2018

April 2018 - hadiah contest / giveaway / goodies / sampel

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Sunway Pals


Daftar membership. Percuma dan dapat non woven bag. Boleh collect point di outlet² tertentu.

2. Goodie kenduri


Pergi kenduri kahwin dan goodies bag dapat sabun mandi Dove.

3. Uda Playland

Program Uda Land untuk projek perumahan. Event ni lebih fokus kepada kanak². Masa pendaftaran dapat tumbler. Satu tumbler bocor. Lepas guna baru tau bocor.

4. Minggu kesihatan sedunia


Sambutam hari kesihatan peringkat hospital. Ada beberapa booth. Saya jawab soalan dan boleh pilih hadiah. Ada notebook, pen dan pencil case. Saya pilih pencil case.

5. Applecrumby diapers


Request diapers di FB Applecrumby.

6. Similac mum christmas giveaway


Saya tak ingat ada join giveaway ni. Saya terima 2 tin susu untuk ibu. Expired lambat lagi. Minum la dengan oat.

7. BookDoc - Health Quiz


Jawab soalan berkenaan kesihatan. Saya jawab dan elaborate sikit jawapan. 😆
Dapat baucar Oldtown RM30



8. Freshkon giveaway

Jawab soalan di FB Freshkon, nama husband menang. Menang 30pcs daily lenses. Try la pakai 1. Power tinggi sangat rasa pening.


9. B infinite Brain Exercise


Jawab soalan dan fill up details. Alau bertuah dapat 150 point yang akan kredit terus ke akaun.


10. Sampel sustagen


Husband request sebab pergi klinik nurse cakap Anas dan Auni kena minum susu walau dah lebih 2 tahun.

11. Abbot Mommy scoop - Nutrition partner


Beri sebab kenapa Similac Mum menjadi pilihan. Saya menang 900g. Tin ke 3 dapat.

12. Sampel Dutch Lady


Ini saya request sebab nak try yang mana sesuai dengan Anas Auni.

13. Sampel perfume


Sampel perfume ni dapat sebab sign up link yang lalu lalang kat FB. Tapi dah pecah masa sampai. Saya tak buka pun. Terus buang. Ramai budak² kat rumah. Bahaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...