Showing posts with label saya suka barang free. Show all posts
Showing posts with label saya suka barang free. Show all posts

Monday, July 6, 2020

Jun 2020 - Sampel, goodies, gift, contest dan giveaway


1. Reward BookDoc


Dapat code Pixajoy dari BookDoc untuk 6x6 softcover photobook 36 pages. 



2. Sampel Libresse


Request sampel di link yang diberi di FB Libresse. 

3. Gift dari Huawei dan Sunway Carnival 


Beli barang di Huawei, dapat sampul duit raya. Pastu pembelian melebihi RM100 redeem metal straw. 

4. Sampel diapers Drypers


Request sebab Auni ni kadang-kadang guna gak. 

5.  Shopee MumClubs


Follow MumClubs di Shopee. Redeem vouchee RM30. Klik je barang sampai cukup rm30 pasru bayar shipping Shopee express RM3.80

6. Sampel Biore


Request di FB. Link ada di share di FB Free Sample. 

7. Sampel Lux

Request di FB. Link ada di share di FB Free Sample. 

8.  Megrhythm New Year Jurnal


Announced menang bulan Februari, boleh engrave nama di Jurnal. Kebetulan covid, PKP postpone la hadiah sampai. Bulan Jun baru terima. 



10. B infinite #RayaDiRumah


Beri details di FB dan point akan masuk ke account B Infinite. 

11. Nestle Club


Register akaun di website Nestle. Then, klik je bahagian nak beg ni. Ada limitations kot. 

12. Home Tester Club 


Sampel untuk review lepas guna. 

13. Watsons Dashing EDT


Giveaway di FB Watsons. Jawab soalan, tag kawan dan share. 


14. Sampel Rexona Dry Serum


Request di FB Rexona. Guna nama dan alamat berlainan. 

Dalam tak sempat join, busy klinik tetiba terima 14 barang 😊
Alhamdulillah 







Monday, June 1, 2020

Mei 2020 - Sampel, goodies, gift, contest dan giveaway

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Selamat Hari Raya 😊

Jom tengok koleksi Barang percuma saya terima sepanjang bulan Mei. 

1. Discovery Park


Post gambar dengan haiwan 3D. Pilih haiwan kat google nanti keluar image 3D. Saya mintak Auni bergambar macam Panda. Alhamdulillah, dapat first prize. Sebab PKP, PKPB prize tak leh guna g. 

2. Watch & Seek Contest - Minggu 1


Jawab soalan berdasarkan video di FB Kaolaurier. Then share Slogan kenapa sukakan Laurier Night Safe. Alhamdulillah saya antara pemenang minggu pertama. 



3. Snappy Toms Sampul Raya Contest

 
Like post contest. Share di wall dan tag rakan-rakan. Screenshot dan komen bukti share.

Alhamdulillah, sangkut 2 akaun FB. Dah dapat saya bagi kat kawan-kawan. 

4. Marrybrown 


Jawab soalan di FB Marrybrown. Menang baucar RM20. Guna dah beli untuk buka puasa. 


5. Pregnant kit Nestle


Entah camna boleh dapat padahal tak request pun. Ye la, tak pregnant buat apa nak minta. Huhu. Saya lak bukan penggemar susu. Rezeki biras la ni. Dah dia pregnant, hadiahkan pada dia. 

6. Ramadan gift for Frontliners 


Tak pasti siapa yang bagi tapi katanya untuk Frontliners. Kurma atas tu tau la. PM yg bagi pada penjawat awam 1 malaysia.
Lain-lain tak pasti. Apa pun alhamdulillah. 

7. SmartHeart


Giveaway di FB Smarrheart. Tag kawan dan share. Yang ni banyak pemenang dipilih. Saya sangkut 2 nama. 



8. BigFoot


Ni pun giveaway di FB. Tak 3 kawan FB dan share. 



9. Sampul duit Raya


Sampul ni isi masa bulan puasa lagi. Di FB Solar Gas ada google form. Isi particular, seminggu lepas raya baru terima.

10. Sampel Pes Maggi


Ni pun request di FB, isi particular di Link yang diberi. Saya rasa saya isi particular untuk 3 alamat. Maggi pos guna DHL. Bagus sungguh. 

11. Sampul duit raya


Ini join di Instagram. Komen di Ig Ayu, isteri Tomok. Jawab soalan dan tag kawan. Saya join 2 yg ni. Satu g kat Ig Cik Epal. Dah menang kena bagi details pada pihak ke3. 


Alhamdulillah, 11 hadiah / barang free untuk bulan Mei. Join mana mampu je. Memang tak menang tangan sekarang. 

Thursday, December 7, 2017

Honda Road Trip 2017

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
tahun 2016 Honda Road Trip dijalankan pada 2 - 3 Disember. Berubah lokasi dari Auticity ke Stadium Batu Kawan. Lebih jauh tetapi parking lebih mudah. Kami pergi hari Sabtu. tak ramai orang. sebaik saja sampai dan masuk kedalam khemah, hujan turun dengan lebat. Mainan kanak-kanak di hentikan. Nasib baik sekejap sahaja hujan. 

                                                    

Di pintu masuk, kami di beri kad bersama kertas untuk jawab soalan. Malangnya pen tidak di sediakan. Saya dan suami masuk berasingan. Saya pas kertas soalan pada suami. Suami cari jawapan beserta cop dari 3 booth dan saya melayan Anas mewarna model kereta yang di sediakan di samping Auni yang lincah berjalan keliling khemah. Di dalam khemah juga di sediakan stesen kopi dan biskut.


Lepas husband dapat semua jawapan dia ke kaunter penebusan hadiah. hadiahnya USB Fan dan kena jawab lagi soalan sebelum terima beg. Yang ni limit satu keluarga satu saja. Lepas husband selesai, saya pula pergi, Maka dapat la kami 2 beg. Lepas tu jalan ke khemah sebelah yang ada banyak model kereta Honda. Sales Assitant ambilkan gambar kami dan boleh join contest di Facebook Honda. Yang ni lebih kurang cam tahun lepas. Just try our luck. Tak rasa pun boleh menang.


Kami beralih ke khemah di luar, cuaca pun dah kembali cerah. Ada booth untuk aktiviti kanak-kanak. Ada stesen inai, face painting, sand art, free gula-gula kapas, free riding car, clown with balloon dan belon besar yang kanak-kanak selalu main ramai-ramai tu. ntah apa namanya. Auni lukis inai kat tangan, Anas buat painting di tangan dan main sand art. Lepas tu diberi gula-gula kapas percuma. 5 petang ada ucky draw tapi husband tak nak tunggu. 4.45 dah ajak balik, ada jemputan birthday di taman kami.


Ajak juga husband test drive kereta. pada yang test drive akan dapat tshirt percuma. Tapi husband tak nak. Takut terjerat >__<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...