Showing posts with label hadiah contest. Show all posts
Showing posts with label hadiah contest. Show all posts

Thursday, November 11, 2021

Kami dah sampai The Habitat Penang Hill

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
24 hingga 26 Oktober 2021, kami sekeluarga check in The Lost Paradise Resort. Hari kedua, Isnin saya tanya Husband, nak pergi mana-mana tak hari ni? Memula saya suggest Entopia, sebab dekat sini je. Then husband cakap yang dapat tiket free tu mana? The Habitat Penang Hill atas Bukit Bendera. Jauh dari hotel, pastu takut hujan. Check weather then redah je. Kami makan tengah hari dulu. Paksa Anas Auni makan sambil dok cerita pasal Penang Hill. Dalam kereta saya go through voucher. Rupanya kena email awal seminggu, saya whatsapp person in charge yang saya communicate masa menang giveaway. Katanya boleh redeem hari ni. 

Perbelanjaan saya disini
Parking - RM6
Funikular - RM36
The Habitat Penang Hill - RM56
F&B - RM30


Sampai Penang Hill masuk ke parking bertingkat. Kami solat Zohor dulu. Di entrance, kena check in Mysejahtera dan staff nak tengok sijil vaksinasi. Then pergi kaunter tiket. Staf inform untuk bawa semua MyKad Mykid. Hanya seorang je yang kena beratur. Beratur sini tak sampai 5 minit. Orang nampak tak ramai. Boleh bayar guna e wallet. Di ticket ada letak nombor (entry batch no). Nombor kami 24. Di skrin tulis tengah calling nombor 24. Kami pun pergi masuk barisan untuk beratur masuk ke dalam. 

Ingatkan masuk je bahagian dalam pintu terus naik Funikular rupanya dalam bangunan lagi panjnag tengah beratur. Total beratur lebih 1 jam. Kalau ada anak kecil dan mampu untuk bayar ambil je fast lane. Kami ni memang tak tau. Dari luar tak nampak pun dalam tengah line up panjang. Kalau tau memng amik fast lane je naik. Auni je la merungut lapar. Nasib baik kami ada bawa roti dan air. Bagi Auni makan roti je dulu. Ade je budak2 yang crancky mennagis. Mungkin panas atau mengantuk.

Nasib kami baik, masa masuk dalam funikular ada 2 tempat duduk.  Saya riba Auni, Anas duduk dan suami berdiri depan Anas. Tak de social distancing dalam funikular. Walaupun Seat dah penuh, diorang bagi je penumpang lain masuk dan berdiri. Perjalanan naik sekejap je. Then jalan naik atas. Kami terus cari stesen untuk The Habitat (TH) dan double confirm untuk claim voucher. Staff di entrance bagus, proceed je dan bagi short briefing tentang TH. Siap share yang boleh dapat diskaun kalau staff government. Malangnya saya tak bawa pas keje. Dia suruh tunjuk HRMIS je. 

Selesai urusan tiket kami masuk dan mula berjalan. Sepanjang 1.7 km berjalan. Ada trek bersimen, menaik, menurun dan bertangga. Di pintu masuk kami diberi peta. Kena lalui 12 checkpoint sebelum jumpa pintu keluar. Monyet je yang kami jumpa. Ada la info pasal tumbuh-tumbuhan tapi baca sepintas lalu je. Anas Auni dah letih berjalan. Auni lagi la. Minta nak dukung je. Semua ada 12 pit stop, ada diberi peta masa di entrance. Kami ikut yang paling short cut sebab takut hujan dan Anas Auni memang tak mau jalan dah. jenuh pujuk gak nak bagi teruskan perjalanan. Setiap junction ada direction. InsyaAllah tak sesat.





Ada disediakan water stesen. Boleh la kami top up air mineral yang dah habis. Kemuncak di The Tree Top Walk (gambar di bawah) ni. Kena naik tangga dulu pastu baru leh nampak view kat atas tu. Sebelum naik, staf di bawah beri penerangan. tak leh lari, lompat dan menjerit di atas tu. Kalau hujan, dia akan bunyikan loceng dan kena cepat-cepat turun. Sempit je laluan sepanjang atas tu. Nak letak tripod bergambar tak muat. Pastu gayat kot. Tinggi dan risau phone jatuh bawah. Tapi view atas tu cantik. Ada papan explain gambar apa belakang tu.



Tamat 1.7 km kami jumpa kedai merchandise dan pit stop untuk shuttle. Shuttle setiap 15 minit. Tak lama pun tunggu. Tak sempat habis bergambar dah sampai. Shuttle hantar sampai ke tempat utama. Alhamdulillah tak perlu jalan dah. Kalau jalan memang jauh dan penat gak. Kami terus pergi food court. Anas nak ice mango, husband makan laksa, saya mi kari. Mi kari terjumpa rambut. Tak jadi nak teruskan makan. Ice mango sedap. Nasib ambil 1 je. Anas Auni makan yang tu je. 

Lepas makan terus husband ajak balik. Dia tak nak pusing dah. Dia letih. Saya lak ikut je la. Anas Auni lak tak sabar nak mandi kolam. Walaupun saya berniat nak masuk kopi hutan dan makan pani puri 😂
Lain tahun la pulak kot kan. 

Friday, September 3, 2021

Ogos 2021 - Sampel, Goodie, Gift dan Hadiah contest

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


1. Top up Umobile 


Top up Umobile RM30 di kaunter Tesco dan claim gift. Tanya dulu either barang masih ada atau tak. Kalau barang dah habis, baik top up di Shopee je, lebih jimat. 



2. Motherhood #MamaCubaTry 



Saya terima whatsapp dari staf Motherhood.com.my. Dia tanya berminat tak nak terima dan review produk Ayam Brands. Saya setuju dan barang di pos selepas particular diberi. Malangnya plastik koyak dan 1 tin hilang. Saya beri feedback kepada staf dan barang dipos untuk kali kedua. Selepas terima barang saya kena masak, post di Ig dan buat review di website Motherhood.com.my 




3. Sampel Cetaphil 


Dapat dah bulan lepas. Bulan ni dapat 2 lagi. 


4. Antabax - Peraduan Got Vaxxed


Letakkan bukti yang anda dah vaksin dan menang baucar Shopee.


Tuesday, September 1, 2020

Ogos 2020 - Sampel, goodies, gift, contest dan freebies

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


1. Home Tester Club 


Jawab soalan di www.hometesterclub.com dan lepas terpilih kena jawab survey. 


2. Sampel susu Lactokid


Saja request susu ni sebab Auni dengan husband minta bancuh susu tepung. 

3. F&N Sparkling Water

Download app hargapedia. Klik item dapatkan sekarang.. Nanti dia auto ke Web F&N korang ADD masuk dalam cart, daftar under F&N pula. 

Verify email, checkout, masuk promo code IMOSPARKLING


4. Sampel Nutrien Diabetik


Request di link bawah ni

https://www.nestlehealthscience.my/form/free-sample-request-?utm_campaign=nutren_sampling&utm_source=facebook&utm_medium=paidsocial&utm_content=ppla_testimonials&utm_term=nopt


5. Sampel susu Milnutri Sure


Request di sini

https://milnutri.com.my/free-sample?utm_medium=paidsocial&utm_source=facebook&utm_campaign=20236-milnutri-sample-request-23072020&utm_content=product-image


6. Signature Market



Isi jawapan di silangkata yang diberi, saya antara pemenangnya. 


7. Mask Extender


Waris pesakit bagi semasa hari temujanji klinik. 

8. Sampel susu Dugro



Request di sini
https://bit.ly/Dugro-Sampel

9. Sampel S-26 


Request di sini 

http://po.st/8bPb6T

Monday, June 1, 2020

Mei 2020 - Sampel, goodies, gift, contest dan giveaway

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Selamat Hari Raya 😊

Jom tengok koleksi Barang percuma saya terima sepanjang bulan Mei. 

1. Discovery Park


Post gambar dengan haiwan 3D. Pilih haiwan kat google nanti keluar image 3D. Saya mintak Auni bergambar macam Panda. Alhamdulillah, dapat first prize. Sebab PKP, PKPB prize tak leh guna g. 

2. Watch & Seek Contest - Minggu 1


Jawab soalan berdasarkan video di FB Kaolaurier. Then share Slogan kenapa sukakan Laurier Night Safe. Alhamdulillah saya antara pemenang minggu pertama. 



3. Snappy Toms Sampul Raya Contest

 
Like post contest. Share di wall dan tag rakan-rakan. Screenshot dan komen bukti share.

Alhamdulillah, sangkut 2 akaun FB. Dah dapat saya bagi kat kawan-kawan. 

4. Marrybrown 


Jawab soalan di FB Marrybrown. Menang baucar RM20. Guna dah beli untuk buka puasa. 


5. Pregnant kit Nestle


Entah camna boleh dapat padahal tak request pun. Ye la, tak pregnant buat apa nak minta. Huhu. Saya lak bukan penggemar susu. Rezeki biras la ni. Dah dia pregnant, hadiahkan pada dia. 

6. Ramadan gift for Frontliners 


Tak pasti siapa yang bagi tapi katanya untuk Frontliners. Kurma atas tu tau la. PM yg bagi pada penjawat awam 1 malaysia.
Lain-lain tak pasti. Apa pun alhamdulillah. 

7. SmartHeart


Giveaway di FB Smarrheart. Tag kawan dan share. Yang ni banyak pemenang dipilih. Saya sangkut 2 nama. 



8. BigFoot


Ni pun giveaway di FB. Tak 3 kawan FB dan share. 



9. Sampul duit Raya


Sampul ni isi masa bulan puasa lagi. Di FB Solar Gas ada google form. Isi particular, seminggu lepas raya baru terima.

10. Sampel Pes Maggi


Ni pun request di FB, isi particular di Link yang diberi. Saya rasa saya isi particular untuk 3 alamat. Maggi pos guna DHL. Bagus sungguh. 

11. Sampul duit raya


Ini join di Instagram. Komen di Ig Ayu, isteri Tomok. Jawab soalan dan tag kawan. Saya join 2 yg ni. Satu g kat Ig Cik Epal. Dah menang kena bagi details pada pihak ke3. 


Alhamdulillah, 11 hadiah / barang free untuk bulan Mei. Join mana mampu je. Memang tak menang tangan sekarang. 

Tuesday, October 2, 2018

September 2018 - Freebies, samples, hadiah, giveaway, goodies, contest

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
BulaN September antara bulan yang bertuah. Banyak hadiah besar² nilainya dan bukan kebiasaan.

1. Sampel Dove


Isi butir peribadi di link FB. Terima body wash dan baucar.

2. Sampel diapers


Isi butiran peribadi di website.

3. Home Tester Club


Jawab survey di website Home Tester Club dan saya terpilih terima mandian dan wangian KJu. Lepas terima kena jawab soalan di websitr HTC.

4. Natural Look #6kata1malaysia


Beri 6 perkataan melambangkan Malaysia dan saya antara yang terpilih terima deodorant dari Natural Look. Hadiah kena pick up di store NL.


5. Sambutan Hari Hand Hygiene


Sambutan di peringkat Hospital. Kena dapatkan cop di semua booth dan lepas siap semua dapat goody bag.

7. Survey Japlo


Jawab survey di website Japlo dan sebagai saguhati dapat bekas makanan

8. #INSISTGENUINE lucky Draw


Like, share dan Tag di giveaway post. Saya menang hadiah saguhati.

9. Hospital Penang - My Heart, Your Heart Quiz


Like facebook Hospital Pantai Penang, like quiz post dan share post tersebut. Kemudian minta orang lain share post kita tu. Saya menang minggu kedua dan husband menang minggu ketiga. Untuk minggu ketiga saya minta adik dan kawan saya pun join. Hadiah kena ambil di Hospital Pantai.


Hadiah diberi sempena World Heart Day di Pantai Hospital Penang. Ada banyak booth dan game dibuat. Kena pergi setiap booth dan dapatkan cop. Lepas complete cop boleh redeem goody bag di booth terakhir.

Hadiah Mi Band


10. Setiap booth ada pelbagai aktiviti. Ada check BP, BMI, reflomat, photobooth, popcorn, cotton candy dan pelbagai lagi.

Barang dalam goodie bag

11. Sampel shampu Safi Shayla


Request di link FB Safi Shayla.

12. Sampel mandian dan lotion Dove


Request di FB.

13. The Malaysian Big Latch


Event sempena minggu Penyusuan Malaysia. Sepatutnya berlangsung bulan 8 tapi di tangguhkan. Untuk pecahkan rekod Malaysia penyusuan serentah di 6 lokasi, kena bayar RM20 untuk hadiri event ni. Dapat sijil selepas selesai. Masa register dapat goodie bag dan isi dalam goodie sangat banyak.

14. Ixora Hotel - Wefie Contest



Post gambar wefie yang melambangkan 1 Malaysia dan minta kawan-kawan like. Saya menang dan terpilih untuk Merdeka Day Lunch Buffet untuk 2 orang.

15. ASNB #MERDEKAKAN kewangan anda


Contest di FB ASNB. Jawab silangkata yang diberi dan saya antara yang menang wang RM200. Duit terus masuk ke akaun ASNB.

16. NGK #INSISTGENUINE


Like dan share post giveaway. Saya menang saguhati dapat baju.


17. CST Tyre


Like Instagram, pastu tag kawan². Saya menang minggu ke4. Hadiahnya tag bag dan pen

18. Antabax sampel


Register di Home Tester Club dan terpilih untuk mencuba produk mereka. Lepas cuba kena jawab survey.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...