Showing posts with label georgetown. Show all posts
Showing posts with label georgetown. Show all posts

Wednesday, January 17, 2018

Celebrate Birthday husband - The Gurney Hotel

Hiasan lobi hotel
9/12/2017 - Sabtu

Hotel (3H 2M) - RM358.03
Deposit - RM50
Cas tourism Penang : RM6

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah di panjangkan jodoh dan usia kami untuk menyambht hari lahir bersama-sama buat tahun ke 14. Tarikh birthday hujung tahun dan biasanya kami sambut sekitar utara je. Rasanya dah 2 tahun berturut di Penang. Banding dengan birthday saya dan anak², celebrate jauh sikit. Cuti sekolah kami elakkan dari pergi jauh². Kos penginapan mahal masa hari cuti. Bila celebrate dekat², saya book hotel special sikit kali ni.

Tilam king sesuai untuk kami 4 beranak
Kiri ada tingkap untuk monitor anak mandi

Kali ni booking hotel yang ada pool dan bath tub sebab Anas dan Auni suka berendam, mandi dan main air. Ambil 2 malam. Hari tu masa trip ke Selangor, husband cakap letih dan tak puas menginap. Tak sampai 24 jam dah pindah ke hotel lain. Booking hotel melalui Traveloka. Saya baru buka akaun dan dapat baucar RM80. Sebelum ni book guna akaun husband. Baucar traveloka seminggu je tahan. Lepas tu baucar baru. Masa mula² saya dapat baucar RM100, tapi masa tu belum decide nak stay hotel mana. Lepas dah finalize, baucar dah expired.


Sofa ni sangat selesa. Boleh guna untuk tonton tv
Atau baring for a nap

Dengan baucar Traveloka saya jimat RM80 untuk studio suite 2 malam tanpa breakfast. Boleh je nak jimat RM160, tapi kena guna 2 akaun la. Fikir² macam remeh lak nak check out 1 bilik 12 tengah hari then check in lagi satu bilik guna akaun lain. Dah 2 kali kena usung beg naik turun. Sekali harung je senang. Kalau nak keluar jalan-jalan pun tak terkejar-kejar nak balik bilik check out check in. Saya request katil
Coffee section, tall kabinet tu kosong. Ada 2 plug.
Not sure function apa.
Simpan luggage kot
Saya pilih the Gurney hotel untuk stay semasa birthday husband. Memang decide nak stay Penang je. Lokasi hotel je berbelah bagi antara Batu Feringgi atau georgetown. Bila bulan November berlaku banjir di Pulau Pinang, terus 100% decide nak stay area Georgetown. 

                                    Bath tub jacuzzi dengan malfunction blind


Hari check in kami bergerak dari rumah 1 tengah hari. Pergi makan dulu di Texas Chicken. Sampai Hotel tepat 3 petang. Ramai tengah punggah barang di lobi. Anas Auni tidur. Saya seorang je turun ke kaunter pendaftaran. Kaunter ada 3, yang beroperasi 1. Ada 1 customer tengah daftar masuk. Kemudian tiba giliran saya jam 3.20 petang. Saya tak bawa wallet cuma IC untuk urusan pendaftaran. Lepas siap registration, staf minta kad kredit. Saya tanya untuk apa, katanya booking melalui agen kena baki deposit. Dekat saya ada RM50 je dan dia terima booking dengan RM50.


Lepas tandatangan dokumen dan dapat resit booking, dia cakap bilik belum siap dan kena tunggu dulu. Saya tanya berapa lama nak kena tunggu, katanya sekarang cuti sekolah, bilik semua penuh. Cleaning belum siap. Saya tanya la, time check in kan 3 petang, tapi tak leh masuk 3 petang, check out sebelum 12 suruh keluar dah. Dia bagi extra 1 jam check out nanti. Mungkin sejam lagi baru boleh masuk dan staff akan call bila bilik dah ready. Saya tanya sekali request saya untuk katil dan sea view, katanya, depends, tak semestinya dapat.



Saya masuk kereta, inform husband dan kami round sekitar hotel. 4 petang balik semula ke hotel. Husband punggah barang. Saya panggil staf untuk bawa troli beg. Troli habis guna. Saya jaga la kejap barang. Kemudian ada guess yang check out, saya panggil untuk ambil beg kami dan terus ke kaunter registration. Ambil kunci dan nombor bilik. Husband parking bahagian basement hotel. Memang disediakan untuk guest. Masa check in kena bagi nombor plat kereta. Dekat lobi minum welcome drink yang di sediakan dan tunggu lif.

Wardrobe dalam toilet ye.

Masuk bilik Anas dan Auni excited tengok bath tub terus minta nak mandi. Bagi diorang mandi dan husband rehat. Lepas solat Maghrib gerak ke Queensbay Mall untuk acara PDRM Fun Run. Hujan masa ni. Saya tak join, jaga anak². Kalau tak hujan nak gak join. Selesai acara, gerak balik hotel. Singgah kedai tepi jalan beli makan malam. Sampai bilik makan dan tidur.

10/12/2017 - Ahad


Kejut anak² bangun untuk mandi pool, ramai orang kat pool, side tepi pool tengah renovate. Kalau tak, banyak lagi aktiviti boleh buat. Air pool sejuk sangat. Auni takut dan tak nak sangat mandi. Anas memang excited. Naik slide gilir² dengan orang lain. Then gerak naik bilik sambung mandi dalam bath tub lak. Room service masa tu. Saya request toiletteries. Habis stok sabun, shampu dalam bilik dan yang bawa. Anas kalau mandi bath tub memang suka buih². Nasib la budak cleaner tu bagus. 3 set dia bagi siap air mineral lagi.


Lepas mandi siap nak pergi makan. Masuk queensbay, guna baucar US Pizza yang dapat masa register run. Makan situ je. Lepas makan ingat nak jalan² tapi Anas mengamuk. Belum cukup tidur, ngamuk la dia. Balik hotel je tidur dan rest. Malam husband je keluar dengan Anas cari makan. Saya stay dalam bilik dengan Auni tengok Gegar Vaganza. Aktiviti dalam bilik je malam ni

11/12/17 - Isnin

Saya bangun dulu kemas semua barang kemudian baru kejutkan yang lain². Budak2 bangun rendam bath tub dulu. Siap semua dalam 9 pagi check out. Tunjuk resit untuk dapatkan semula deposit RM50. Tapi kena bayar cas apa ntah untuk Penang tourism seorang RM3. Baki dapat RM44. Cakap kat husband nak makan roti canai transfer road. Sampai dah dan orang sangat ramai. Meja penuh, tengah beratur tunggu nak makan pun panjang.


Pusing balik ke hotel, makan dekat Kapitan belakang hotel. Lepas makan kat kereta siap dah kupon saman parking MBPP. Terus gerak ke Komtar untuk menjelajah The Top. Entri berkenaan The Top ada di SINI.

Saya senaraikan pendapat saya berkenaan Hotel ini. Ini hanya lah pendapat saya sebagai pelanggan di sini. Entri ini tidak di bayar. Mohon maaf andai ada salah dan silap.

Kebaikan

1. Ada welcome drink
2. Bilik ada banyak kemuduhan - iron + iron board, hair drier, toileterries (shower cap, cottin bud, shampoo, soap, liquid soap), kettle + coffee, tea set, sofa, television + astro channel, desk, meja makan, mini fridge, bath towel, side table lamp
3. Parking disediakan tapi tak banyak. Sapa cepat dia dapat.

Kelemahan

1. Wifi sangat slow. Setiap kali nak guna kena log in dan kerap disconnect
2. Tombol pintu bilik air loose + tak leh lock
3. Blind dekat tab jakuzi tak berfungsi. Susah nak tengok anak tengah mandi
4. Bising. Dengar bunyi jiran tutup buka pintu dan bunyi shower.
5. Lif kecik dan sikit

Friday, December 22, 2017

Menjelajah The Top, Komtar


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebelum saya ceritakan pengalaman saya di The Top, saya ringkaskan dahulu maklumat berkenaan tempat ini.



The Top, Komtar mula dibuka untuk orang ramai pada Disember 2016. Terbahagi kepada 2 iaitu Window of the Top (WOTT) dan  Avenue of Adventure (AOA). Untuk WOT cuma ada Rainbow Skywalk (tingkat 68) dan Observatory Deck (tingkat 65). Untuk AOA ada banyak iaitu

  • Top Boutique Aquarium
  • Penang State Gallery
  • Durian the king of fruits
  • Tongkat Ali King
  • Dyno Gym
  • 7D Discovery
  • Jurassic Research Centre
  • Dance OKI
  • Tech Dome Penang
  • UFOX
  • Jelly Bump
  • Space Time Squadron
  • Dragon Regatta
  • Musical Carousel
  • Magic Mirror Maze
  • Meltdown (belum buka)


Tiket boleh dibeli secara online atau walk in. Harga berbeza untuk Mykad dan foreigner. Harga bertukar-tukar bergantung pada promosi. Pilihan tiket boleh beli untuk masuk ke semua atau satu entrance je. Untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk website THE TOP





Berbalik pada kisah saya. Saya beli tiket ke the Top di Matta Fair dengan harga RM158 (2 dewasa, 1 kanak-kanak). Tiket sah untuk masuk ke semua kecuali Tech Dome. Anas lebih 90cm, kena beli tiket kanak-kanak. Auni percuma. Masuk area bangunan Komtar, ada signage untuk parking The Top. Ikut je. Pintu masuk di tingkat 6. Parking la kat tingkat mana² yang free. Bukan parking lot reserve yang ada nombor plat kereta. Confirm tayar kena lock kalau parking juga. Bayaran parking RM1/jam.

                                      

Masuk tingkat 6, pergi kaunter tiket. Tunjuk tiket dan dapat wristband. Ada few instruction tapi tak ingat semua. Katanya jurassic dan skywalk akan tutup kalau hujan. Di kaunter tiket, tak ramai orang. Mungkin awal lagi. Kami masuk jam 11 pagi. The Top buka 10 pagi - 10 malam. Tapi ada je yang tutup 6 petang. Lepas pakai wristband, terus decide ke skywalk. Takut lambat² nanti hujan. Tunggu lif lama gak. Kena beratur ye. Sebelum beratur kena tahan untuk sesi fotografi.
               
Nak jimat, minta tolong pengunjung lain snap photo
                           

Bila lif sampai, ada tour guide dalam lif akan explain. Sampai level 65. Level ni ada Obsevatory deck, tapi under maintenance. Keluar lif dan tunggu untuk ke tingkat 68. Dalam lif ada tour guide yang akan bagi information. Sampai tingkat 68, akan lalu cafe. Boleh nak basahkan tekak di sinj. Nice view. Kalau nak terus jalan skyway kena pakai shoe cover. Ada di sediakan. Kalau ramai tunggu turn. Nasib masa kami pergi tak ramai. Cuaca sangat panas masa tu. Ada sofa, kerusi table untuk relax. Kalau petang boleh rehat dan snap photo. Fotografer pun ada boleh snap guna kamera mereka dan bersedia untuk bayaran. Kami tak lama kat situ.

Tunggu lif nak pergi skywalk
                                 
Turun lif, kena tahan untuk tengok gambar. Semua datang dengan pakej dan soft copy. Kami ambil yang paling murah. RM70 untuk 2 pcs gambar dan soft copy. Lepas tu terus ke Dinosour Research Centre. Kena beratur untuk masuk. Pintu buka ikut waktu yang di tetapkan. Boleh masuk stroller. Mula² ada penerangan berkenaan Dinosor oleh Harith Iskander. Kemudian akan dibawa masuk ke satu demi satu seksyen. Hati², pintu automatik. Ada staf dalam tu akan explain berkenaan dinosour. Ada fosil, info dan monumen saiz sebenar dinosour beserta bunyi dan pergerakan. Anas enjoy di sini tetapi takut.

Saiz sebenar Dinosour, Auni takut

Keluar dari Dynosour terus kena tahan untuk gambar. Macam tadi la juga pakejnya. Saya tanya untuk beli soft copy sahaja tapi tak de la kan. Terus gerak, tak beli even dia dah print gambar kami. Kami masuk Magic Mirror Maze. Tak paham pun konsep camna, yang jaga tiket pun tak pesan. Dia tak bagi bawa selfie stick je sebab takut cermin pecah dan pesan jangan lari. Rupanya dalam tu dipenuhi cermin. Kena cari jalan keluar. 4 penjuru cermin je. Kalau terus jalan memang berlaga cermin la. Lepas tu jalan dekat dengan pasangan, nanti sesat. Anas dan Auni kami dukung. Auni dah ngantuk masa ni. Singkat je perjalanan dalam tu kalau berjaya cari jalan keluar. Kalau sesat dan give up angkat tangan, nanti staf datang.

Laluan pertama Magic Mirror Maze
Keluar dari situ kami pergi Marrybrown. Nak Lunch. Dah lama tak makan Marrybrown. Itu je restoran yang nampak harga murah dan kenyang. Anas suka la sebab ada mainan. Masa tu ada mainan lego. Di Marrybrown boleh beli mainan sahaja, semua dia borong tapi cashier tu tak kira masuk bil lak. Saya dan suami tengah sibuk layan Anas dan Auni, memang tak perasan mainan tak kira. Bila balik tengok semula resit baru perasan. Lepas makan, saya tidurkan Auni dan husband bawa Anas main di Dyno Gym. Di sini wajib pakai stokin. Kalau tak bawa boleh beli. Husband beli kat Anas RM5. Auni kalau nak masuk kena bayar RM35. Sebab tu saya minta husband bawa Anas je dan saya duduk dengan Auni di Marrybrown.

Anas mengamuk teruk masa ni

Dyno gym macam taman permainan. Ada sliding, bola dan lain². Lepas Anas habis main di Dyno Gym, kami ke 7D Discovery. Ada limit penonton boleh masuk setiap tayangan. Waktu tayangan ada di tunjukkan di luar pintu. Kena beratur sebelum masuk. Sementara nak sampai turn tayangan sempat lagi husband bawa Anas naik Musical Carousel, macam kat funfair, naik kuda pusing keliling 3,4 round. Dah buka pintu untuk tayangan, kami diberi cermin mata untuk di pakai semasa tayangan. Konon dengan cermin mata tu akan wujud efek 7D, malangnya saya tak rasa pun macam tu. Saya nampak kelabu je. Cermin mata tu tak dicuci rasanya. Husband pun komen camtu dan saya pening selepas itu. Kami tonton tayangan pengembaraan Pirate. Anas seronok. Ada efek bila kerusi kekiri kanan dan percikan air. Sampai terjaga Auni kena air.

Di Luar 7D ada tempat lapang untuk Dance OKI. Masa kami di sini tak nampak pun ada tarian. Mungkin bukan slot masa lagi. Kami pun rushing nak habiskan cepat² sebab Anas dan Auni dah mula nampak tak selesa. Lepas tu kami ke Ocean Explorer. Kena beratur dan tunggu waktu tayangan. Tempatnya lebih kecil berbanding dengan 7D, masa turn kami ngam² ada 2 saja seat kosong. Kalau tak kena tunggu lagi 10 minit. Kami redah je masuk. Pengembaraan dalam lautan. Macam kita duduk dalam kapal selam dan tengok hidupan laut. Anas seronok, Auni takut. Ada juga efek basah terkena percikan air.

Kemudian kami beralih ke side satu lagi. Masa ni Anas dah mengantuk. Bila mengantuk dia akan mengamuk. Memang tak sempat jelajah side sini. Tapi nampak la Jelly bump tengah penuh orang beratur nak masuk, Penang State Gallery tak masuk, snap photo dengan depan je. Husband terus ajak balik bila Anas dah tak dapat di kawal. Masuk kereta diabterus tidur. Kadar bayaran patking yang kena RM6.

Yang tak sempat masuk :



Dragon Regatta - Untuk kanak², macam alat mainan yang letak duit 50 sen dan bergerak. Sama saja. Cuma yang ni bentuk dragon dan berpusing selama beberapa minit.


Space Time Squadron - untuk pencinta virtual game. Teringin gak nak try tapi tak sempat.


UFOX - ini di level atas. Saya tengok di website lebih kurang je cam yang lain. Bezanya di bawa ke angkasa lepas.


Tech Dome - pakej kami tanpa admission ke sini. Kalau nak masuk juga kena tambah RM18/ seorang kalau tak salah. Di sini penuh dengan teknologi sains. Ada interaktif game. Sesuai untuk kanak² sekolah.


Tongkat Ali Kings - Muzium berkenaan tongkat ali.



Durian the king of fruits - semua info berkenaan durian ada di sini


Jelly Bump - kalau kat funfair panggil kereta laga. Naik kereta dan langgar orang. Line beratur panjang sungguh.


Penang state Gallery - info berkenaan negeri Pulau pinang.

Tamat sudah pengembaraan kami di sini. Mungkin boleh saya share beberapa tips :


  • Grab tiket masa promo
  • Pergi masa weekday. Weekend dan public holiday sure ramai. Bila ramai, pack, buang masa beratur.
  • Datang awal. Buka jam 10. Senang parking dan masih fresh.
  • Jika cuaca elok, explore dulu skywalk dan dinosour. Saya rasa dua tempat tu yang paling berbaloi bayar mahal². 
  • Bawa stroller jika ada anak kecil. Majoriti tempat mesra stroller. Yang tak boleh masuk, boleh park tepi. 
  • Bawa air atau junk food jika bawa anak. Banyak aktiviti, letih, penat, dahaga. Air ada jual. Jangan terkejut, mineral water 500ml berharga RM10
  • Minimumkan bawa barang. Macam saya ada anak, biasanya macam² nak bawa. Cukup sekadar beg galas yang ada diapers, purse, telefon.
  • Cas penuh telefon bimbit / kamera. Tak semua tempat boleh bawa masuk selfie stick. Bawa power bank.
  • Bawa stokin sendiri untuk semua individu yang masuk The Top.
  • Kalau kena tahan untuk tangkap gambar, boleh saja menolak. Kami layan je. Masa nak kuar tengok gambar dan cakap je tak nak kalau rasa gambar yang display tak elok. Apa salahnya beli kalau ada duit lebih. Redeem soft copy dalam masa 14 hari, kalau tak gambar hilang.
  • Kalau sempat masuk semua entrance. Bagi saya rugi kalau tak masuk semua. Tapi dengan anak, memang dah expect tak dapat jelajah semua. Next time boleh pergi lagi. Tiket untuk satu entrance sahaja pun ada jual, cuma kurang menjimatkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...