Showing posts with label get fit. Show all posts
Showing posts with label get fit. Show all posts

Monday, June 24, 2019

Combat Cancer Run

CANCER SURVIVORS WEEK - LAVENDER JUNE 2019 COMBAT CANCER RUN

Date: 22 June 2019
Flag off: 7.30 am
Location: Advanced Medical and Dental Institute, USM, Bertam
Distance: 5.5KM
Early Bird Fee : RM 40 per pax
Normal Fee: Single RM 45 per pax


Race kit collection 2 hari sebelum larian di Mekarsari Bertam. Husband yang ambilkan. Dapat baju, bib dan drawstring beg. Baju high quality cuma cutting kecik.



Flag off 7.30 pagi, saya dan husband pergi asing² lepas tinggalkan Anas Auni kat rumah family saya. Husband tak terlibat dalam larian. Dia kena kerja untuk pelancaran majlis. Jumpa kawan² sama twmpat kerja sebelum larian. Flag off 7.30 pagi. Cari partner nak jalan sama². Tapi partner banyak lari dari jalan. Sudahnya jalan sorang² je. Last kilometer baru husband datang join jalan sekali.


Lepas lari, pergi khemah medal. Tunjuk bib dapat medal, air dan roti. Ada beberapa booth pameran. Saya melawat dan jawab kuiz. Dapat biskut bila semua jawapan betul. Duk lepak bawah khemah tunggu cabutan bertuah. Sampai habis masih tak bertuah. Sementara nak habus sesi cabutan tu ada la bergambar kat booth dengan entrance.




Monday, November 5, 2018

Projek Kasih Sunshine Charity Run


Event : Projek Kasih Sunshine Charity Run
Date : 4/11/2018, Sunday
Venue : Sunshine Square, Bayan Baru
Fee : RM40
Distance : 4km


Rasa lama dah tak join event di Pulau. Saya prefee di Seberang. Sebab kos, jarak dan masa. Collect baju sehari sebelum event di dalam Sunshine. Flag off 7.15pm ikut jadual. Ada beberapa kategori. Jarak ada 4km dan 10km. Untuk 10km ada hadiah untuk 10 pelari terpantas. Yang 4km tak da time limit.


Kami bertolak dari rumah selepas Solat Subuh. Sampai sana 7 pagi masa tengah berucap. Kami bawa Anas Auni sebab ada agenda lain lepas larian. 7 pagi peserta 10km dilepaskan. 10 minit selepas tu 4km pula. Laluan di jalan raya. Susah sikit nak tolak stroller. Banyak anggota RELA dan Polis berkawal sepanjang jalan.


Selepas 50 minit kami tiba di finishing. Beratur panjang untuk ambil goodie bag. Walaupun panjang ia teratur. Lepas ambil goodie bag, diberi roti, energy drink dan ais krim. Wow, pertama kali saya join larian dapat ais krim. Anas Auni masih tidur. Mereka tidur dari rumah hingga habis larian. Kami la yang makan ais krim.


Lepas makan ais krim pergi ambil air dari truck. Ada 4 truck. Chek Hup, Super Coffee, Pearl Coffee dan Milo. Kemudian Zumba, pemberian hadiah pada pemenang. Penutup adalah lucky draw. Macam biasa tiada tuah buat kami. 10.30 pagi majlis selesai.


Thursday, October 4, 2018

BFF Fun run


Tarikh : 30/9/2018
Flag off : 7.30 pagi
Lokasi : Dewan Abdullah Haji Badawi
Bayaran : RM33
Jarak : 7.3km


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya daftar event ni bulan April, harga flat rate cuma masa tu kena bayar GST 6%.
Baju kena ambil sehari sebelum acara.


Goodie bag siap² bagi masa ambil baju. Dalam goodie bag ada tshirt, pen dan wristband. Biasanya goodie bag dapat lepas lari. Hari acara kami tak bawa Anas Auni. Hujan masa awal pagi. Takut hujan lagi lebat, susah lak nak sorong stroller. Dah la jauh. Husband lari dulu, saya jalan dengan sepupu saya. Diorang baru pertama kali join. 1 jam 47 minit gak baru sampai. Husband sampai dulu, dia sempat rehat lagi sementara tunggu kami sampai.


Masa kami sampai tengah zumba. Ambil medal bergambar dan husband ajak makan. Leoas makan baru gerak balik ambil Anas Auni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...