Showing posts with label walk. Show all posts
Showing posts with label walk. Show all posts

Monday, November 5, 2018

Projek Kasih Sunshine Charity Run


Event : Projek Kasih Sunshine Charity Run
Date : 4/11/2018, Sunday
Venue : Sunshine Square, Bayan Baru
Fee : RM40
Distance : 4km


Rasa lama dah tak join event di Pulau. Saya prefee di Seberang. Sebab kos, jarak dan masa. Collect baju sehari sebelum event di dalam Sunshine. Flag off 7.15pm ikut jadual. Ada beberapa kategori. Jarak ada 4km dan 10km. Untuk 10km ada hadiah untuk 10 pelari terpantas. Yang 4km tak da time limit.


Kami bertolak dari rumah selepas Solat Subuh. Sampai sana 7 pagi masa tengah berucap. Kami bawa Anas Auni sebab ada agenda lain lepas larian. 7 pagi peserta 10km dilepaskan. 10 minit selepas tu 4km pula. Laluan di jalan raya. Susah sikit nak tolak stroller. Banyak anggota RELA dan Polis berkawal sepanjang jalan.


Selepas 50 minit kami tiba di finishing. Beratur panjang untuk ambil goodie bag. Walaupun panjang ia teratur. Lepas ambil goodie bag, diberi roti, energy drink dan ais krim. Wow, pertama kali saya join larian dapat ais krim. Anas Auni masih tidur. Mereka tidur dari rumah hingga habis larian. Kami la yang makan ais krim.


Lepas makan ais krim pergi ambil air dari truck. Ada 4 truck. Chek Hup, Super Coffee, Pearl Coffee dan Milo. Kemudian Zumba, pemberian hadiah pada pemenang. Penutup adalah lucky draw. Macam biasa tiada tuah buat kami. 10.30 pagi majlis selesai.


Monday, February 26, 2018

Penang Agains Bullying Walk


Event name : Penang Against Bullying Walk
Date : 25/2/2018
Time : 7 am
Place : Occupy Beach street
Distance : 3 km
Fee : Rm10

Register event dari Disember rasanya. Dengan bayaran RM10, saya daftar untuk saya, suami dan adik. Menyesal lak tak daftar lebih. Collect baju sehari sebelum event di Komtar.



25/2/18

Terlewat bangun. 6.30 pagi baru terjaga. Husband tanya time flag off. Mandi dan solat. Nasib malam semalam dah letak barang² dalam kereta. Masa nak keluar saya sakit perut. Pergi toilet dulu. 6.50pagi gak baru gerak dari rumah. Dalam kereta siap2 pakai kasut dan check facebook event time flag off. 7.30 baru mula. 7.00 pagi ucapan VIP. Baru la husband bawa kereta lebih slow. Nasib baik awal pagi jalan masih clear.


Dah sampai parking la masalah. Banyak jalan ditutup. Nasib je ada parking tapi tak la dekat sangat nak berjalan. Sampai area event, ramai dah berkumpul dan lepas 5 minit upacara perasmian dan acara bermula. 3km berjalan sambil tolak stroller seorang satu. 8.15pagi kami sampai end point. Beratur masuk line ambil goodie beg dan nombor lucky draw.


Banyak stesen untuk collect lucky draw. Cepat dan pantas. Tak de berebut atau isu tak dapat goodie bag. Hulur kad yang dapat masa collect baju dan terus diberi barang. Sistematik. Saya suka penganjur kali ni. 8.30 pagi husband ajak balik. Tak nak tunggu lucky draw, katanya kami tak pernah bertuah.


Sampai Butterworth terus pergi makan pagi. Anas Auni dah bangun.

Friday, December 15, 2017

PDRM Fun Run 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
9/12/2017 kami suami isteri join Event seperti di atas. Anjuran PDRM. Lama dah ada iklan berkenaan event ni tapi bila tengok harga, tak jadi nak join. Harga seorang RM70 dan cuma dapat baju, medal, goodie bag dan lucky draw. Seminggu sebelum event, kawan tanya nak join tak under company dengan bayaran RM20. Terus register kami suami isteri. Kawan tolong ambilkan baju dan sehari sebelum husband pick up baju.

Barang dalam goodie bag

Event pada tarikh birthday husband. Kebetulan memang kami di sana. Hujan dari petang bawa ke malam. Larian malam. Pertama kali join masa malam. Kereta parking depan Queensbay Mall. Jalan di tutup dan kami jalan kaki ke kawasan berkumpul. Masa kami sampai semua tengah warm up. Saya pergi collect wristband dan LED belon. Dekat wristband ada nombor cabutan bertuah.

Tak banyak gambar yang elok waktu malam

Sebelum pelepasan peserta ada pertunjukan bunga api. Auni takut, Anas seronok. Cuaca malam tu hujan renyai-renyai dan larian 7km, saya tak lari. Saya jaga Anas Auni bawah khemah dan husband saja yang lari. Larian dalam masa 2 jam. Husband berjaya tamatkan larian kurang dari 1 jam. Masa tu hujan dah reda. Saya bawa anak-anak tunggu di bahagian penamat. Ramai dah sampai. Yang tak lari pun ramai. Di finishing line staf tunggu untuk pemberian medal dan sijil. Air mineral juga di beri. Pada yang dah dapat medal akan di tanda bahagian wristband.

Saya tak lari tapi dapat medal? 

Selepas itu acara cabutan bertuah. Kami tak berapa dengar sangat announcement. Orang ramai dan bising. Terus gerak ke kereta nak balik. Nak bayar parking tunggu lebih 30 minit. Mesin autopay 2 je. Peserta fun run bergabung dengan pekerja Queensbay Mall balik kerja.

Ada extra lagi medal, Anas kata dia punya

Monday, September 25, 2017

#AnakAnakMalaysia Walk Penang 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Saya dan suami sertai event #AnakAnakMalaysia walk anjuran EcoWorld di EcoHorizon. Registration online bulan Julai dengan bayaran RM10. 9-10 September kena pergi collect goodie bag. Kami silao tempat. Biasa pergi EcoWorld. Ingatkan acara berlangsung di situ gak tupanya di temoat lain. Mujurlah ada guard di situ inform tempat tapi still tak clear sebab mereka warga asing yang tak mahir bercakap bahasa melayu atau inggeris.

Tengok FB, pusing area yang di beritahu, akhirnya sampai. Waktu collect goodie bag 10 pagi hingga 6 petang. Masa kami sampai orang rak ramai. Dari parking ada khidmat buggee untuk bawa ke pintu masuk. Beratur dan kena tunjuk resit transaction di kaunter. Lepas scan, tunggu tepi dan dapat bag. Dalam bag ada baju (jersey material), wristband dan bendera Malaysia. Di beri information berkenaan parking dan apa yang perlu bawa masa hari tersebut untuk melayakkan dapat medal. Untuk bayaran RM10, sangat berbaloi. Boleh bawa anak bersama dan baju kanak-kanak percuma.


16 September 2017

Acara bermula 6.30 pagi. Bangun 5.30 pagi. Hantar anak-anak ke rumah mak elok masa azan Subuh. Lepas solat, terus gerak ke Eco Horizon. Parking kereta tepi jalan. Suggested parking di Stadium dan Design Village. Shuttle di sediakan. Tapi ramai je parking tepi ni. Nak jalan masuk pun tak jauh.

Register dan dapat ini

Terus ke khemah pendaftaran. Masih gelap masa tu. Ramai je yang kumpul, barisan pun tak nampak. Husband pergi toilet dan saya line up. Redah je pergi bahagian hujung. Tak ramai pun beratur. Baju di bahagian lengin kiri di cop sebagai bukti dah daftar. Nombor cabutan bertuah di beri bersama baju hujan dan tatu untuk dilekatkan di muka. Tatu tak wajib lekat.

Jumpa kawan husband sebelum flag off

Sebelum flag off, ada aerobik dan lepas ketibaan VIP semua peserta dilepaskan serentak dengan percikan mercun dan bunga api. Berjalan kami beramai-ramai bersama VIP tapi VIP kejap je then u turn naik kenderaan mereka. Kami la gigih berjalan 3km then patah balik. Gigih jalan sampai hujung takut ada kena cop ke dapat sticker. Sampai ke hujung hampeh, apa pun tak de. Ada 2 stesyen untuk minum air dan satu stesyen bagi makan pisang. Saya memang lapar dan pisang tu memang membuatkan saya kembali bertenaga. Bagus betul.

Ada stesyen keluar bubble 😀

Sampai je finishing terus berebut nak ambil pingat. Dapat pingat kena cop di bahagian lengan kiri. Pergi photobooth, snap photo kami. Gambar cuci kena bayar RM3. Kami buat 2 pose, RM6. Boleh minta ambilkan guna handphone kita juga.



Rehat kejap then husband ajak balik. Ramai je yang dah balik. Emcee announce untuk sesi lucky draw. Terus tak jadi balik. Lucky draw ada 2 sesi. Habis sesi pertama pergi makan. Beli kuew teow goreng dan ice blended. Kongsi dua. Saya je lapar, lepas 3,4 suap tak lalu dah. Husband kena habiskan.


Sambung sesi kedua, gigih tunggu tapi tak da rezeki kami berdua. Memang tak dak luck untuk lucky draw. Terus balik rumah mak pick up Anas Auni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...