Showing posts with label goodie bag. Show all posts
Showing posts with label goodie bag. Show all posts

Wednesday, March 4, 2020

Februari 2020 - Sampel, goodies, gift, contest dan giveaway

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah bertahun buat post ni. Rasa lemau lak. Mungkin lepas ni saya combine je banyak2 bulan atau tak buat terus dah post barang free ni. Kita tengok keadaan ye.

1. Depex Giveaway


Giveaway di FB Depex.dapat 3 kapsul sabun. Tak guna lagi. Tak tau keberkesanannya.

2. Watson Giveaway


Giveaway tahun lepas di FB Watson. Baru je umum nama winner. Watson tiap minggu buat giveaway. Pergi check kat FB diorang. Cuma kena sabar menunggu result. Berbulan baru announce.


3. Sampel Sunlight


Request di FB.

4. Sampel mask


Masa mengamuk Influenza, coronavirus ada la page fb buat giveaway mask. Saja2 je la hantar details lepas 3 minggu dapat mask.

5. Rempah kari


Dapat hadiah rempah kari bila beli novel dengan Lynn Dayana. Biasa dah beli kat penulis ni dan memang akan dapat gift setiap kali beli.

6. Sampel Skinlab


Register di FB untuk sampel night mask.

7. Home Tester Club


Register akaun di website HTC, dan terpilih terima sampel pencuci muka. Yang ni akaun husband. Husband yang terima. Dia dah guna pun.

8. Home Tester Club


Ni pun dapat under nama husband. Rasa macam saya skip soalan ni. Sebab tak leh nak try kat sapa. Supplements untuk yg ada masalah penghadaman.

9. Brands



Dapat sampel flavour baru untuk pati ayam. Perasa Vanila. Saya bagi dekat mak saya. Favourite dia.

10. Home Tester Club



Yang ni dapat under nama saya. Clinelle Caviar Gold. Rasanya bukan sampel sebab tak dapat surat mission cam selalu.
Saya bagi dekat adik ipar.

11. Goodie bag dari Ixora Hotel 


Program derma darah yang buat di Hotel Ixora. Saya, adik dengan husband pergi derma. Husband pergi toilet. Saya ambilkan sekali untuk dia dgn adik. Dia keluar toilet dia ambil lagi. Jadi banyak lak yang kami dapat.

12. Aeon Mommy's Card


Pergi Jusco nak beli baju Anas Auni. Masa beratur nak bayar, ada promoter datang minta register kad. Lepas register dapat plate.

13. Home Tester Club giveaway


Post gambar bersama produk HTC yang di terima. Bagi feedback sekali lepas guna barang tu.

Tuesday, December 11, 2018

Butterworth Fringe Festival 2018 (BFF)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Event ni acara tahunan yang di jalankan di Butterworth. Rasanya dah 3 tahun kot. Tiap tahun kami sekeluarga pergi. Dekat je dengan rumah. Balik dari SPICE pergi Food dan Baby Expo terus pergi sini. Masa sampai dah 6.30 petang. Husband rushing nak cepat -cepat sebab takut terlepas Maghrib.


Jumpa adik, dan dia inform boleh solat kat bangunan dekat situ. Kami bergilir solat di Kompleks Bagan. Itu saja tempat solat yang ada. Nak selesa sikit kena pergi stesyen minyak. Parking lama tengok clown show. Anas Auni suka sangat. Mengekek gelak walaupun persembahan dalam English. Lepas tengok clown show kami pergi cari port duduk sebab nak makan. Ada banyak gerai makan. Harga semuanya RM2.


Ada pelbagai makanan. Antaranya mi, bihun, kueteow goreng, dimsum, sate, otak², sata, laksa, spageti, lontong, nasi arab, nasi kerabu, kerabu megi, air dan banyak lagi. Saya beli kerabu maggi dan air. Ada la ruang sikit nak duduk makan dan tengok show. Ada 3 stages yang tayang show berlainan serentak. Kami tengok show kat stage depan tu je sebab ada tempat duduk. Ada tarian kebudayaan pelbagai bangsa, silat, pertunjukan api.


Lepas makan kerabu megi pergi beli lontong. Ingat nak beli sata dan otak-otak. Beratur dalam 15 minit. Panjang gak la line tapi tengok yang jual tu sibuk bakar tak pack pun mana yang dah siap. Dua sorang je kat stall tu. Terus cancel nak beli.


Show banyak, non stop sampai 11 malam. Clown yang tadi dah habis show pun sambung balik show tapi tengok content sama cam tadi, kami tak jadi nak stay. Husband ajak balik, orang ramai dan panas. Tak selesa dah nak jalan-jalan walaupun banyak tempat kami belum pusing.




Monday, December 11, 2017

November 2017 - hadiah contest, giveaway, freebies, goodies dan free sample

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jom tengok saya menang apa bulan lepas. Tak lupa juga sampel percuma yang sampai ke peti surat kami.

1. Sampel krim Ezerra


Request di link website di FB Ezerra.

2. Souvenir dari Krabi


Souvenir dari bos

3. Drive thru Mcd


Pembelian melebihi RM20 dengan VIP sticker dan bayaran cashless dapat nugget 4pcs dan fries medium



4. Aeon Pearl Magazine 


Join contest di website Aeon dan saya antara pemenang. Announcemenf winner melalui surat dan pick up di outlet mereka.



5. Sampel pewangi Avon


Request di Link yang di beri di FB Avon



6. Sampel shampoo Clear Men


Request di link FB Clear Men

7. Texas Chicken - Spot The Difference

Cari perbezaan antara 2 gambar dan saya antara 10 yang bertuah.


Kebetulan kawan sini ada buka cawangan Texas, malam tu pergi try makan. Not bad. Air free refill dan banyak choice.

8. Bendang Walk


Anjuran Pejabat Tanah Barat Daya. Bayar RM 10, dapat baju dan bip. Pakai masa event dan dapat nombor untuk cabutan bertuah.


Lepas larian dapat air kotak, medal dan roti.


Kemudian lucky draw dan nombor kami suami isteri bertuah.

9. Drypers club


Kumpul point dari bungkusan drypers dan tebus barang dari point terkumpul. Saya tebus bantal dan mainan.

10. Shopee Super Sale


Cari banner Shopee Super Sale. Pilih barang yang nak dan bayar RM 1. Free postage.



11. Star Fit For Life


Bayar RM20 dan dapat semua di atas.

12. Libresse Malaysia - Watch & Win contest


Tonton video di post FB Libresse. Dan jawab soalan.



13. Travelog - Thanksgiving Day Giveaway


Giveaway di Instagram. Post gambar yangvada colour orange. Hadiahnya baucar percutian untuk 2 orang. Saya dapat lokasi Gold Coas Morib. Ada kawan dapat Melaka.

14.  Shim Gallery - Like, Share, Count and Win


Kira bilangan bekas pada post di FB Shim Gallery.



15. Sampel Huggies


Request di link FB Huggies.

16. ASB Loan


Register ASB Loan dan dapat gift ni.

17. Kalendar meja


Lupa dah dapt dari FB mana ntah. Sign up, fill up details dan lepas seminggu sampai dekat rumah.


Thursday, March 8, 2012

Paper Bag part 2


Assalamualaikum

Entry INI ada cerita pasal saya mencari paper bag.
Dan beberapa sumber yang menjual paper bag.

Ada la jugak selidik sekitar Pulau Pinang ni di mana ada jual.
Saya dah berkunjung ke kilang yang beberapa B2B dah mention.
Harganya boleh tahan.

Rupanya nak beli brown paper bag senang je.
Pergi je ke kedai yang supply barang frozen, mesti ada.
Tanya la yang menjual burger, mesti tau mana lokasi kedai mereka beli daging burger, roti etc.
Kedai dekat rumah saya ni dapat harga RM 4.20 = 100 pcs
Thanks to Anon yg komen kat entry saya yang lepas yang mention ''Kulim Burger'' juga ada jual
dengan harga RM 3.50
Saya dah berjaya jumpa kedai tu tapi malangnya kedai tu tutup masa saya pergi.
So, belum confirm la harganya.

*saya update gambar yg saya jumpa sbb ada yg email bertanya pasal location Kulim burger
Kulim burger terletak di Bertam, Kepala Batas BUKAN DI KULIM ye..
(dulu saya ingat kat kulim gak =.=)


Saya merujuk peta ni masa nak mencari lokasi Kulim Burger.
Senang cerita Cari Hospital Kepala Batas (HKB).
HKB di sebelah kiri.
Drive kedepan lagi. Jumpa simpang 4 traffic light.
Belok Kanan. Kulim burger di sebelah kanan.
Kedainya memang tepi jalan bersama sign board seperti di bawah.
Sign board nye agak besar.
Harap ini dapat membantu pada yang bertanya saya lokasi Kulim Burger ye.

Ada juga yang beritahu MYDIN juga ada jual - RM 3.20 
So, belum decide nak beli di mana.
Hubby suruh beli je yg kedai dekat rumah tu.
Beza berapa sen je nak banding dengan duit minyak kereta dan tol T___T

Kesimpulannya, saya senarai kedai yang menjual brown paper bag di Pulau Pinang
(ini adalah senarai harga semasa saya mengunjungi kedai / pasaraya tersebut. Harganya mungkin berubah dari masa ke masa)

** paper bag ni nipis je, xde tapak. Biasa orang jual keropok lekor atau goreng pisang

1. Kedai supply barang frozen

2. PPH PAPER PRODUCTS SDN BHD
Plot 468 & 482, Jalan Perusahaan Baru
Prai Industrial Estate, 13600 Prai, Penang, Malaysia
Tel: 604-3999508
Fax: 604-3994073
H/P: 6012-4840295
Email: solutions@pph.com.my
500 pcs - RM 40 (mengikut harga pada laman web)

3. Kulim Burger - 100 pcs - RM 3.50 (not confirm)

4. Lai Lai Mini Market, BandarPerda - 100 pcs - RM 4.20

5. Kedai supply barang burger depan Nasi Kandar Subaidah, Bagan Ajam
100 pcs - RM 4.20

6. Mydin - 100 pcs - RM3.20
*ini adalah harga yang saya beli semasa ke kedai / pasaraya tersebut.
Mungkin harganya berbeza ketika anda kesana.
Saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda membeli dengan harga yang lebih mahal.

Beberapa minggu ni masa terluang dirumah dihabiskan menggentel benda alah ni

Beli 2 gulung je hari tu.. Sudah habis buat 2 gulung.. Berjaya terhasil kurang dari 100 +_+
Tapi serious buruk hasil kerjaku ini T_______T



Hajat di hati nak membuat cam ni sahaja 




Then hubby lak nak buat corak-corak atas tu macam gambar bawah ni


 Dari survey di blog B2B harga puncher tu sangat la mahal.
Ada yang RM70++
Nak senang pakai je gunting yang ketak-ketak tu..


 Actually gunting pun dah ada bermacam corak sekarang.
Then terjumpa punch ini


Kecik la sikit banding ngan gambar atas tu.
Tapi lebih murah (itu yang penting) RM 9.90 je
Tapi tak beli pun lagi.. hehhehe..
Kebetulan terjumpa, so snap pic dan share disini ^_^

Masih terfikir-fikir mampu ke saya menyiapkan DIY paper bag 1000 pcs?
Tengah MC ni gigih la kot.
Dah start kerja ni?? Owh tidak mungkin..
Silap-silap blog pun sebulan sekali update.
Jom, google resepi nak masak hari ini
(makan keli goreng kat luar pun sedap ni +_+)
Sekian


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...