Showing posts with label aktiviti keluarga. Show all posts
Showing posts with label aktiviti keluarga. Show all posts

Tuesday, December 11, 2018

Butterworth Fringe Festival 2018 (BFF)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Event ni acara tahunan yang di jalankan di Butterworth. Rasanya dah 3 tahun kot. Tiap tahun kami sekeluarga pergi. Dekat je dengan rumah. Balik dari SPICE pergi Food dan Baby Expo terus pergi sini. Masa sampai dah 6.30 petang. Husband rushing nak cepat -cepat sebab takut terlepas Maghrib.


Jumpa adik, dan dia inform boleh solat kat bangunan dekat situ. Kami bergilir solat di Kompleks Bagan. Itu saja tempat solat yang ada. Nak selesa sikit kena pergi stesyen minyak. Parking lama tengok clown show. Anas Auni suka sangat. Mengekek gelak walaupun persembahan dalam English. Lepas tengok clown show kami pergi cari port duduk sebab nak makan. Ada banyak gerai makan. Harga semuanya RM2.


Ada pelbagai makanan. Antaranya mi, bihun, kueteow goreng, dimsum, sate, otak², sata, laksa, spageti, lontong, nasi arab, nasi kerabu, kerabu megi, air dan banyak lagi. Saya beli kerabu maggi dan air. Ada la ruang sikit nak duduk makan dan tengok show. Ada 3 stages yang tayang show berlainan serentak. Kami tengok show kat stage depan tu je sebab ada tempat duduk. Ada tarian kebudayaan pelbagai bangsa, silat, pertunjukan api.


Lepas makan kerabu megi pergi beli lontong. Ingat nak beli sata dan otak-otak. Beratur dalam 15 minit. Panjang gak la line tapi tengok yang jual tu sibuk bakar tak pack pun mana yang dah siap. Dua sorang je kat stall tu. Terus cancel nak beli.


Show banyak, non stop sampai 11 malam. Clown yang tadi dah habis show pun sambung balik show tapi tengok content sama cam tadi, kami tak jadi nak stay. Husband ajak balik, orang ramai dan panas. Tak selesa dah nak jalan-jalan walaupun banyak tempat kami belum pusing.




Monday, November 26, 2018

Mouth Cancer Awareness Walkathon 2018


Event : Mouth Cancer Awareness Walkathon 2018
Date : 24/11/2018
Time : 7.30 am
Venue : Butterworth Art Walk
Distance : 5km
Fee : RM30


Event ke dua dan terakhir untuk tahun ni. Anjuran PIDC (Penang International Dental College). Baju collect beberapa hari sebelum majlis di PIDC. Flag off 8 pagi. Mulanya kata ada pendaftaran dan collect nombor lucky draw tapi masa pergi pagi tu tak de pendaftaran. Lucky draw akan bagi selepas larian sekali dengan Goodies Bag.


Event ni hanya walk, flag off agak lambat. Separuh jalan dah panas terik matahari. Laluan agak berbeza dari acara-acara sebelum ni di Butterworth. Kawalan keselamatan sepanjang jalanraya tak de. Simpang short cut tak de yang jaga. Banyak je yang lari ikut short cut. Habis larian ambil goodie bag di meja. Dekat meja dibahagi kan ikut cara pendaftaran dan ada dekat 10 bahagian. Bila beratur, orang ramai dan kita tak tahu yang mana satu line sebenar. Cuma tanya pada orang depan. Sudah nya 3 kali juga saya bertukar barisan sebab salah barisan.


Kali pertama, lepas beratur dan sampai di meja rupanya itu barisan untuk Seberang Perai Selatan (SPS). Barisan untuk online registration sangat la panjang dan cuma ada satu barisan. Saya terus ke booth yang ada dan collect gift, pamplet. Di booth Rotary Club, saya dapat tumbler air selepas like dan share facebook mereka. Kemudian pergi untuk pemeriksaan gigi di booth PIDC. Selepas pemeriksaan saya dapat ubat gigi dan keychain.


Habis tawaf semua booth saya sambung beratur dan barisan masih panjang. Saya tak tahu betul atau tak barisan itu. Cuma tanya orang depan. Terjumpa kawan² dari HBM di barisan sebelah dan mereka salah barisan juga. Dekat² nak sampai ke meja collection GB, staf penganjur datang inform untuk collect GB dari mana² meja. Tak perlu ikut macam awal² tadi. Saya tunjuk resit pendaftaran dan dapat 3 GB yang ada sijil, medal, refreshment, pamplet dan sampel ubat gigi dari Colgate.


Kawan saya yang lagi sorang dah ambil GB dia masa sampai. Dah reda semua saja mencuba nasib. Dapat lagi 1 GB. Sementara tunggu untuk lucky draw kami jalan² bergambar swkitar Butterworth Art Walk. Lucky draw tak de rezeki untuk kami.


Monday, October 1, 2018

DIY Medal hanger



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dari September 2016, saya dan suami berjinak-jinak dengan aktiviti fun walk, walkathon dan fun run. Habis larian dapat medal. Lepas tu kalau nak join larian mesti cari yang dapat medal, tak dapat medal, tak nak join. Kalau medal cun lagi la gigih nak join. Bila medal makin bertambah, berlungguk la kat almari buku. Blogwalking tengok pengumpul medal gantung pada medal hanger. Pergi 11Street tengok harga, guna diskaun kupon dan terus beli. Sampai rumah tengok sama macam dalam gambar. Husband lak cakap saiz kecil. Makin banyak event kami join, makin bertambah medal kami dan saya bising pada husband sebab tiada tempat gnatung proper. Semak je nampak berkumpul kat almari.

Husband plan nak guna curtain rod gantung medal kami. Lepas plan terus keluar pergi kedai cari barang iaitu set curtain rod, kami amibil jenis kayu. Sebab dah ada pengalaman pasang curtain kat rumah, mudah je la untuk husband buat. Sama je macam gantung curtain. Bezanya tak letak curtain tapi letak medal. Kami pasang di ruang keluarga di tingkat atas. Ni ruang privacy kami. Naik tangga dah nampak medal bergantungan. Saya suka =)

Curtain rod 2meter : RM33.86

Monday, August 6, 2018

MPSP Fun Walk



Tarikh : 04 Ogos 2018 (Sabtu)
Masa : 7:30 pagi (flag-off)
Lokasi : Taman Rekreasi Ampang Jajar,Sungai Krian, Seberang Perai Selatan
Jarak : 6km
Bayaran : RM35




Event ni saya daftar lambat. Last day sebelum close baru daftar. Collect baju awal 2 minggu kat Lobi MPSP Perda.


Flag off 7.30 pagi. Masa kami sampai belum 7 pagi. Singgah kedai mamak makan roti telur dulu. Lepas makan, terus ke tempat event. Parking banyak di sediakan. Masa kami sampai VIP tengah buat ucapan. 7.30 pagi flag off. Aktiviti santai je. Jalan-jalan. Tapi ramai je yang lari. Husband lak dah biasa lari, asyik nak cepat je. Lari la jugak sikit sambil tolak stroller. Pastu kaki cramp sebelah. Husband ubah Anas Auni jadi 1 stroller. Dia je lari tolak budak² tu. Saya jalan seorang². Okay sikit bila jalan tak tolak stroller.


Masa kilometer keEmpat ada orang tegur saya dari belakang. Rupanya kawan kerja sekali dulu. Kebetulan jumpa. Lama dah rasanya tak jumpa. Sempat la sembang kejap dan bergambar. Sampai je finishing terus ke khemah disediakan untuk ambil medal dan air mineral. Tak sesak di bahagian ni. Bergambar dan terus balik.


Pendapat saya dan suami, dengan bayaran RM35, kami dapat baju, wristband, medal dan air mineral. Kalau di beri roti atau pisang mungkin lebih baik. Lepas 6km jalan, lapar kot. Biasa saya join event ada je roti dapat. Tak pun ada van milo atau air coklat keluarga. Mungkin boleh di perbaiki pada masa hadapan.








Monday, January 22, 2018

Bagan Dalam Power Run


21 Januari 2018
7.00 pagi
Ahad
Butterworth
RM21

Race kit collection hari Sabtu. Register 4 nama dan hari collection kami ada hal. Dah inform kawan minta tolong ambilkan. 2 hari sebelum date collection, dapat email yang date dan lokasi collection berubah. Hari Jumaat dah leh collect. Minta adik je ambilkan. Sabtu pergi hantar member punya baju. Cuma dapat baju dan bip. Baju cotton, nipis, jarang. Teruk kualiti untuk bayaran RM20. Tak de sponsor kot.


21/1/2018

Terbangun lambat. Kelam kabut solat dan gerak keluar. Sampai 7 pagi dan pusing cari parking. Semua penuh. Lastly masuk area parking berbayar dengan harapan hari ni cuti, tak perlu bayar kot. Terus cross road dan husband tunggu situ. Masa tu dah 7.20am. Semua peserta dah dilepaskan. 4km fun run dan 10km. Saya pergi tanya samada ada registration atau tak. Rupanya tak de. Dah buang masa.


Laju-laju jalan bila ada motor follow belakang inform kami yang terakhir. Erk! Husband lari² anak. Saya dah beberapa hari peha kiri memang sakit. Nak jalan laju pun tak mampu. Husband cakap slowly je jalan. No time limit. Dalam 2km jalan pusing belakang rupanya ramai lagi ada.

1km terakhir ada water station dan pemberian gelang. Gelang tu getah rambut. Rupanya nak ambil nombor lucky draw kena ada gelang tu. 200 meter terakhir jumpa kawan husband, dia dah nak balik. Dia pas nombor cabutan bertuah. Then teruskan berjalan sampai penamat. 8.20 pagi. Ramai masa ni. Staf yang jaga tanda di baju untuk medal dan ambil medal dia belakang. Di meja belakang tengah line up untuk air.


Kami cari port untuk rest then husband line up untuk sijil dan air. Kena bawa bib untuk claim medal, sijil dan makanan. Air yang diberi semua siap buka. Nak ambil banyak mana pun boleh sekali dengan mineral. 3 kali husband angkut air. Ada flavour oren dan strawberi. Kami pergi snap photo then nampak barusan panjang. Rupanya beratur untuk makanan.


Makanan sponsor dari Restoran Jaya. Nasi goreng dengan kari telur rebus. Tengah lapar masa tu. Kejap je habis makan. Plan nak tunggu sampai lucky draw. Zumba je dah 3 sesi. 10 pagi tak mula lagi lucky draw kami gerak balik. Nak tunggu perasmian baru nak lucky draw dan penyampaian hadiah.

Monday, October 9, 2017

Penang Fun Walk 2017, I ❤ Penang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
7 Oktober 2017, hari Sabtu saya dan suami ke Kompleks Sukan dan Rekreasi MPSP, Bukit Mertajam untuk sertai SPT Fun Walk 2017. Baju dah di ambil 3 hari lepas. Bayaran RM10. Kali ni kami bawa Anas dan Auni. Jarak untuk berjalan hari ini 3.7km.

6.45 pagi sampai di kompleks. Ramai dah berkumpul. Yang bukan peserta pun ramai tengah bersenam. Tapi urusetia macam tak de apa-apa kecuali sound system berbunyi. Booth yang katanya banyak pun tak nampak rupa lagi. 7 lebih baru ada emcee bercakap. Rupanya 8 pagi baru nak start berjalan.


Dimulakan acara dengan persembahan free style guna bola. Tak nampak pun persembahan. Tak skrin besa dan orang yang buat persembahan tu berdiri sama paras peserta. Lepas tu Zumba. Patut stop 8 pagi tapi 8.10 pagi belum stop. Mak cik yang buat zumba tu syok sendiri kat depan. Masa ni saya bawa Anas Auni ke luar kompleks. Dah ada floating balloon dan beberapa khemah yang tengah susun barang. Yang menjual patung, permainan kanak-kanak pun ada. Anas dan Auni seronok la tengok belon pastu patung.


Dah habis Zumba semua keluar ke starting line. Kena dengar taklimat lak. Taklimat keselamatan dan perkara-perkara yang perlu di buat semasa dan selepas acara. Laluan 3.7km bermula dari pintu Kompleks dan laluan jalanraya. Memang agak bahaya. Ada Rela, trafik dan staf yang jaga di sepanjang laluan. Ambulan juga ada. Di kilometer terakhir ada staf yang beri kupon. Kupon yang perlu ditunjuk untuk dapatkan roti, air, kupon sunquick, sijil dan pingat.


Anas duduk dalam stroller. Auni saya dan suami gilir-gilir dukung. Auni tertidur semasa acara sampai la ke penamat. Husband cari port duduk jaga Auni dan Anas. Saya bawa kupon ke meja urusetia. Tunjuk kupon dan dapat pingat, sijil, roti dan mineral. Pas semua kat husband dan ke khemah sunquick dan redbull. Redbull ambil je. Sunquick ke tunjuk kupon baru dapat air. Banyak acara yang sedang berlangsung di dalam kompleeks. Ada sukaneka, booth pameran dari Pos Malaysia, SPRM. Badut pun belum sampai. Tujuan utama bawa Anas sebab nak bagi tengok badut la. Cabutan bertuah pun tak start lagi. Kami gerak balik terus lepas ambil semua barang dan air. Dekat parking jumpa badut. Sempat tangkap gambar dengan badut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...