Showing posts with label melancong. Show all posts
Showing posts with label melancong. Show all posts

Friday, December 20, 2019

Lone Pine Boutique Hotel - celebration husband's birthday




Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Rasa tahun 2019 banyak sangat check in hotel 😂. Duit pun tak berapa banyak memandangkan Anas masuk sekolah dan Auni pun dah plan nak hantar tadika swasta. Keperluan wang meningkat hujung-hujung ni. Cuti saya pun tak banyak sebab tahun ni belajar, cuti tahun ada separuh je. Husband tak kisah kalau tak celebrate tapi saya cari gak hotel dekat2 yang special sikit.

7/12/2019 - Sabtu


Birthday husband hari Isnin. Kami dua2 tak dapat cuti hari tu. Check in hotel on weekend je. Harga Hotel on weekend + cuti sekolah memang di luar kemampuan la. Saya lama dah teringin check in Lone Pine. Saja survey harga di beberapa apps. Buat kira² dan fikir nak tunggu 11.11 promo diskaun. Sebab tak sabar dan Agoda beberapa kali email bagi tawaran harga, saya terus book. Tak tunggu pun 11.11. Luckily masa 11.11 hotel dah fully booked dan harga bertambah RM100++


Harga di Agoda RM320.45 untuk date Disember (weekend + school holiday)
Bilik deluxe + breakfast.


Gerak dari rumah 12 tengah hari, pergi lunch dulu then terus shoot ke Hotel. Ikut Maps, jammed dan mungkin sampai lepas dari 3 petang. Just nice sampai 3.10 petang. Husband cari parking dan saya ke kaunter. Kecil je site reception, tak macam hotel-hotel lain yang saya pernah stay. Macam konsep garden. Ada 2 meja dan waiting area.


Ada beberapa family tengah tunggu turn, so saya just tunggu. Then ada staf datang tanya dan minta saya ke meja sebelah tu. Tunjuk IC, isi details (Plat kereta, phone number dan sign). Bayar deposit RM100. Sambil2 tunggu tu saya dihidangkan dengan welcome dream. Air peach ke guava. Pure juice yang sedap. Katanya bilik akan siap dalam 15 ke 20 minit.


Sementara tunggu bilik, kami bergambar sekitar lobi. Macam port nak bergambar kat hotel ni. Then, receive call, bilik dah boleh masuk. Saya collect kad dan masuk bilik. Saya suka biliknya. King bed, smart TV dengan limited channel,Unifi TV je channelnya bukan astro channel. Shower dan toilet berasingan. Depan toilet ada pintu yang boleh slide terus nampak katil. Kalau tutup full cermin dan ada almari dengan bathrobe, selipar, kain batik + sarong pun ada ok. Ubat nyamuk elektronik pun ada.

Toiletteries

Dressing room dengan cermin yang besar dan kerusi. Mesti puas untuk yang kaki make up. Toiletries banyak - soap, lotion, shower gel, shampoo, conditioner, shave + shaver cream, sewing kit, cotton pad, shower cap. Ada juga mini fridge. Dalam fridge ada 4 tin air. Biskut, Mineral water, teh dan coffee pun ada. Semuanya percuma.

Balkoni menghadap pokok dan ada divider. So nampak sipi2 pantai. Di balkoni ada bathtub, meja, kerusi dan sofa. Selesa untuk bersantai. Nak mandi pun selamat, depan tak de orang nak skodeng. Balkoninya luas, ada plug, kipas, lampu, sliding door.


Masuk je bilik, Anas Auni nak mandi bath tub. Bagi je diorang mandi sementara kami solat zohor dan Asar. Lepas solat, ajak turun pool. Pool ada 2 - dewasa dan kanak2. Sebab banyak pokok sekeliling banyak la daun berguguran dalam kolam. Tepi pool ada khemah dan kerusi santai. Masa kami pergi ni ada event wedding kat sebelah pool. Yang mandi pool pun tak ramai.


Lepas mandi pool, kami ke pantai. Ingat nak bagi Anas Auni mandi laut tapi ombak kuat. Penjaga pantai tak bagi dekat dengan air laut. Bagi diorang main pasir jap then sambung di pool. Pool boleh mandi dampai 8 malam. Kami stop 7 malam. Masuk bilik diorang sampung bath tub dalam bilik lak. Lepas solat Maghrib kami keluar cari makan. Lapar lepas berendam.


Makan malam sekitar hotel agak mahal. Area pelancong kan? Kami pergi port selalu kami makan, Becha Lama. Saya order menu wajib, Spagheti Becha. Sos bolognese ada meatball dan Mozarella cheese. Memang sedap. Husband order chicken wing dan nasi goreng Becha.


Dalam perjalanan balik hotel, Anas tertidur, Auni pun sleepy. Elok sampai bilik cargas lak main dalam bilik.

8/12/2019 - Ahad


Breakfast hotel seawal 6 pagi tapi kami turun cafe 8.30 pagi. Sebut nombor bilik dan terus di bawa ke meja yg ada 2 kerusi. Anas Auni takde tempat duduk. Bagi je la diorang duduk, kami pergi ambil makanan. Lepas ambil makanan dah ada 2 kerusi extra. Makanan biasa2 je, tak wow pun.


Yang best ada mesin kopi 😉 boleh pilih nak espresso ke coppucino. Lain2 waffle, egg station, buah2, kek, roti, nasi lemak, air buah2. Anas Auni makan buah dan cereal je then berzikir nak mandi kolam. Meja kami lak tepi pool je.


Husband naik bilik dgn anak2 tukar baju, dan saya masih makan dekat cafe. Then husband lak datang makan dan saya pergi monitor anak2. Sampai 10 lebih gak la. Then, ajak anak2 naik bilik, sambung berendam dalam bath tub lak.


Sementara anak2 mandi, saya kemas barang. 11.30 ready nak check out. Husband simpan barang dalam kereta, saya bawa anak2 ke games room. Ada PlayStation, carrom, congkak dan beberapa mainan lain. Tapi alat nak bermain saja dalam tu. Buah carrom kena pergi ambil kat kaunter bawah.


Malas nak pergi ambil, saya terus check out, ambil deposit dan kami bergambar sekitar hotel.
Selain check in di hotel, saya juga ada book dinner di tempat favourite husband. Nanti saya cerita kat next entry.


Friday, March 23, 2018

Trip Krabi - Hatyai 2018 - Day 1





16/2/18 - Jumaat

Perbelanjaan hari ini (RM100 = 800Baht)

Minyak : RM 89.20 (40 liter) Butterworth - Bukit Kayu Hitam
Tol :  RM 14.60
White card : RM8
Tips Driver van : RM4
Makan : 890 baht
Sim card : 150 baht
KaoKob cave : 250 baht
FM : 100 baht
Baju : 480 baht
Mainan Anas : 250 baht

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Trip ke destinasi yang dah lama saya impikan. Buat kali pertama kami join trip. Pergi beramai-ramai bersama kawan husband. Tarikh di tetapkan oleh agen iaitu pada Tahun Baru Cina. Perjalanan kami bermula jam 3.30 pagi. Isi minyak 40 liter di stesyen minyak Gurun.



5.30 pagi sampai Bukit Kayu Hitam (BKH). Jumpa kawan husband, pergi toilet dan beli nasi goreng. 6 pagi mula beratur di imigresen Malaysia. Line up guna kereta. Masa sampai dah banyak kereta. Ramai dah beratur sebelum 6 pagi lagi. Imigresrn Malaysia beroperasi seawal 6 pagi. 6.45 pagi selesai urusan imigresen Malaysia. Parking kereta di Duty Free Complex.


White card ambil di Zon C dengan bayaran RM2/ orang. Siap isi details kami di kad. Kemudian tunggu van. Dah ada semua, van jalan pergi border Thai. Kena ambil nombor giliran. Nombor kami dah siap di ambil oleh agen. 8.30 pagi di border dan 11 pagi baru selesai urusan cop Pasport. Sementara nak tunggu giliran, agen minta kami sarapan dulu di kedai sekitar tu. Order nasi ayam 1, teh ais dan nescafe ais. Minuman manis. Nasi ayam tanpa sup dan hanya sos yang manis. Rasa pelik sikit. Harga semua 120 baht. Di bahagian Imigresen ada toilet, bayaran yang di kenalan RM1 @ 50 baht. Mahal. Baik pergi toilet kedai makan tepi tu. Ada gak saya jalan sekitar tu. Saja tengok barang dan survey harga. Masuk 7Eleven beli air Meiji Banana dan coklat, 25 baht. 11 pagi perjalanan di teruskan.


12 tengah hari, van stop isi minyak dan ada yang ke toilet. 2.30 petang sampai di Andaman Gateway. Kat sini mandikan Anas dan snap photo. Banyak port tak sempat bergambar. Cuaca sangat panas dan kejar masa. 3 petang stop di RnR Trang untuk solat dan makan tengah hari. Saya makan nasi dengan lauk ayam (35B), husband makan mee sup (35B).



5.30 petang sampai Kao Kob Cave. Tiket masuk 100 B / orang, kanak² 50 B. 6 petang gerak. Pengembaraan ke dalam gua dengan menaiki sampan. Limit 5 orang + pengayuh sampan 2 orang di depan dan belakang. Ada tempat yang kena telentang sebab bumbung gua terlalu rendah. Pastu stop kat satu tempat untuk tengok keadaan dalam gua.


7.30 malam sampai pekan Krabi. Stop tangkap gambar dekat ketam dulu kemudian sambung perjalanan makan malam di Rabeab Kitchen. Hidangan makan steambot. Bayaran 230B/dewasa. Untuk kanak² bayaran berbeza. Anas kena cas 100B, anak kawan kena 130B walaupun dia umur 3 tahun. Banyak pilihan makanan. Konsep makanan sama je macam kat Malaysia. Pilihan makanan tak la banyak sangat tapi laju diorang top up.


Yang kami banyak makan udang. Ais krim sedap tapi masa ambil dah habis. Dapat la rasa yang hujung². Kerabu mangga sedap. Air di sedia dalam troli dan di letak tepi table sekali tisu, timba kecil yang berisi ais batu, air gas botol kaca dan mineral water. Air boleh request banyak mana yang nak. Meja kami saja 3 botol. Ais 2 kali top up.





Lepas makan gerak ke Krabi Night Market. 9.30 malam sampai dan kami di beri masa 1 jam. Misi pencarian fridge magnet dan baju yang di pesan. Orang sangat ramai, sesak. Anas dah complain sakit kaki. Bawa juga stroller untuk dia. Makanan dan barang bukan makanan bercampur. Susah nak tuju tempat yang nak beli bila orang ramai. Redah juga la beli. Tu pun ada yang di pesan tak de. Baju 4 helai tangan pendek saiz S-XL 100B sehelai. Baju long sleeve XXL 180B. Fridge Magnet 3 pcs 100B. Beli mainan untuk Anas sebab dah janji, patung aqua man 150B dan key chain minnion 2 100B. Baju Anas 80B. Orang ramai, panas dan sesak memang dahaga. Saya beli es juice 30B. Memang sedap. Tapi sikit sangat, sekali hirup dah habis


10.30 malam teruskan perjalanan ke hotel. Pihak agen booking Bidadaree Resort. 11 malam sampai bilik hotel. Agen beri sedikit penerangan tentang aktiviti esok dan pembahagian bilik. Bilik kami jauh ke belakang dan kena panjat ke tingkat 2. Dah la letih, angkat lak Auni yang tengah tidur. Memang cabaran. Masuk bilik hotel mandi dan mandikan Anas Auni. Bilik hotel ada air cond, tuala, toiletteries, mini fridge, tv, air mineral. Coffee set, cawan tak de. Wifi sangat slow sampai whatsapp tak leh masuk. Kami berhubung dengan agen melalui whatsapp group. Nasib baik kami beli simkad siang tadi. Boleh la guna untuk berhubung dengan agen.


Hotel kami nama Bidadaree Resort tapi yang kami stay ni di bahagian belakang nama The Aireen. Sangat jauh nak jalan ke lobi dan bilik kami tingkat 1 kena panjat tangga. Nak air panas, iron kena ke lobi. Sebab jauh jadi malas nak turun. Swimming pool di sediakan. Bilik kami tak de banyak nak di ceritakan. Ada balkoni, penyidai baju, kerusi dan meja untuk berehat. Pemandangan menghadap rumah orang. Lepas siap mandi kami rehat. Rancangan tv semua cerita tempatan. Husband bawa pendrive. Ada la cerita kartun untuk Anas Auni tonton sementara nak tidur.

* Untuk trip akan datang saya tak nak dah stay hotel ni

Friday, October 13, 2017

We Bare Bears Penang Tour


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Event yang berlangsung dari 17/9/2017 hingga 30/10/2017.
Bertempat di Batu Kawan, atas sikit je dari Design Village.
Tempat yang sama #AnakAnakMalaysia walk.
Dah 2 kali kami ke sini. Kali pertama semasa pembukaan. Hujan masa tu. Tanah lembab dan becak. Orang tak ramai sangat. Bear besar di mana-mana. Kalau tanah elok mesti best.






Kali kedua pergi sebab janji dengan Anas. Masa ni panas. Panas sangat. Kami masuk dalam khemah berhawa dingin. Ada juga beberapa aktiviti di jalankan. Print tshirt, bengkel buat sushi, booth jualan kopi dan aiskrim pun ada. Belon pun ada di beri kepada kanak-kanak. Jom tengok gambar.






 Jangan lepaskan peluang berkunjung ke Eco Horizon setiap sabtu dan ahad dari 10 pagi hingga 6 petang. Cepat pergi sebelum 30 Oktober.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...