Showing posts with label #ASHoliday. Show all posts
Showing posts with label #ASHoliday. Show all posts

Friday, December 20, 2019

Lone Pine Boutique Hotel - celebration husband's birthday




Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Rasa tahun 2019 banyak sangat check in hotel 😂. Duit pun tak berapa banyak memandangkan Anas masuk sekolah dan Auni pun dah plan nak hantar tadika swasta. Keperluan wang meningkat hujung-hujung ni. Cuti saya pun tak banyak sebab tahun ni belajar, cuti tahun ada separuh je. Husband tak kisah kalau tak celebrate tapi saya cari gak hotel dekat2 yang special sikit.

7/12/2019 - Sabtu


Birthday husband hari Isnin. Kami dua2 tak dapat cuti hari tu. Check in hotel on weekend je. Harga Hotel on weekend + cuti sekolah memang di luar kemampuan la. Saya lama dah teringin check in Lone Pine. Saja survey harga di beberapa apps. Buat kira² dan fikir nak tunggu 11.11 promo diskaun. Sebab tak sabar dan Agoda beberapa kali email bagi tawaran harga, saya terus book. Tak tunggu pun 11.11. Luckily masa 11.11 hotel dah fully booked dan harga bertambah RM100++


Harga di Agoda RM320.45 untuk date Disember (weekend + school holiday)
Bilik deluxe + breakfast.


Gerak dari rumah 12 tengah hari, pergi lunch dulu then terus shoot ke Hotel. Ikut Maps, jammed dan mungkin sampai lepas dari 3 petang. Just nice sampai 3.10 petang. Husband cari parking dan saya ke kaunter. Kecil je site reception, tak macam hotel-hotel lain yang saya pernah stay. Macam konsep garden. Ada 2 meja dan waiting area.


Ada beberapa family tengah tunggu turn, so saya just tunggu. Then ada staf datang tanya dan minta saya ke meja sebelah tu. Tunjuk IC, isi details (Plat kereta, phone number dan sign). Bayar deposit RM100. Sambil2 tunggu tu saya dihidangkan dengan welcome dream. Air peach ke guava. Pure juice yang sedap. Katanya bilik akan siap dalam 15 ke 20 minit.


Sementara tunggu bilik, kami bergambar sekitar lobi. Macam port nak bergambar kat hotel ni. Then, receive call, bilik dah boleh masuk. Saya collect kad dan masuk bilik. Saya suka biliknya. King bed, smart TV dengan limited channel,Unifi TV je channelnya bukan astro channel. Shower dan toilet berasingan. Depan toilet ada pintu yang boleh slide terus nampak katil. Kalau tutup full cermin dan ada almari dengan bathrobe, selipar, kain batik + sarong pun ada ok. Ubat nyamuk elektronik pun ada.

Toiletteries

Dressing room dengan cermin yang besar dan kerusi. Mesti puas untuk yang kaki make up. Toiletries banyak - soap, lotion, shower gel, shampoo, conditioner, shave + shaver cream, sewing kit, cotton pad, shower cap. Ada juga mini fridge. Dalam fridge ada 4 tin air. Biskut, Mineral water, teh dan coffee pun ada. Semuanya percuma.

Balkoni menghadap pokok dan ada divider. So nampak sipi2 pantai. Di balkoni ada bathtub, meja, kerusi dan sofa. Selesa untuk bersantai. Nak mandi pun selamat, depan tak de orang nak skodeng. Balkoninya luas, ada plug, kipas, lampu, sliding door.


Masuk je bilik, Anas Auni nak mandi bath tub. Bagi je diorang mandi sementara kami solat zohor dan Asar. Lepas solat, ajak turun pool. Pool ada 2 - dewasa dan kanak2. Sebab banyak pokok sekeliling banyak la daun berguguran dalam kolam. Tepi pool ada khemah dan kerusi santai. Masa kami pergi ni ada event wedding kat sebelah pool. Yang mandi pool pun tak ramai.


Lepas mandi pool, kami ke pantai. Ingat nak bagi Anas Auni mandi laut tapi ombak kuat. Penjaga pantai tak bagi dekat dengan air laut. Bagi diorang main pasir jap then sambung di pool. Pool boleh mandi dampai 8 malam. Kami stop 7 malam. Masuk bilik diorang sampung bath tub dalam bilik lak. Lepas solat Maghrib kami keluar cari makan. Lapar lepas berendam.


Makan malam sekitar hotel agak mahal. Area pelancong kan? Kami pergi port selalu kami makan, Becha Lama. Saya order menu wajib, Spagheti Becha. Sos bolognese ada meatball dan Mozarella cheese. Memang sedap. Husband order chicken wing dan nasi goreng Becha.


Dalam perjalanan balik hotel, Anas tertidur, Auni pun sleepy. Elok sampai bilik cargas lak main dalam bilik.

8/12/2019 - Ahad


Breakfast hotel seawal 6 pagi tapi kami turun cafe 8.30 pagi. Sebut nombor bilik dan terus di bawa ke meja yg ada 2 kerusi. Anas Auni takde tempat duduk. Bagi je la diorang duduk, kami pergi ambil makanan. Lepas ambil makanan dah ada 2 kerusi extra. Makanan biasa2 je, tak wow pun.


Yang best ada mesin kopi 😉 boleh pilih nak espresso ke coppucino. Lain2 waffle, egg station, buah2, kek, roti, nasi lemak, air buah2. Anas Auni makan buah dan cereal je then berzikir nak mandi kolam. Meja kami lak tepi pool je.


Husband naik bilik dgn anak2 tukar baju, dan saya masih makan dekat cafe. Then husband lak datang makan dan saya pergi monitor anak2. Sampai 10 lebih gak la. Then, ajak anak2 naik bilik, sambung berendam dalam bath tub lak.


Sementara anak2 mandi, saya kemas barang. 11.30 ready nak check out. Husband simpan barang dalam kereta, saya bawa anak2 ke games room. Ada PlayStation, carrom, congkak dan beberapa mainan lain. Tapi alat nak bermain saja dalam tu. Buah carrom kena pergi ambil kat kaunter bawah.


Malas nak pergi ambil, saya terus check out, ambil deposit dan kami bergambar sekitar hotel.
Selain check in di hotel, saya juga ada book dinner di tempat favourite husband. Nanti saya cerita kat next entry.


Wednesday, November 6, 2019

Trip ke Melaka 2019 - My Birthday celebration - Day 2

24/10/2019 Khamis

Mame Jonker House - Free entrance
Old West - RM104
Kuih keria - Rm6
Coconut Shake - RM3.80
Cendol - Rm6
ShortBreak Family Mart - RM5.90


Penginapan di sini sekali dengan sarapan. 9 pagi baru kami turun makan di Bayou Lagoon cofee house. Ikutkan Anas kena bayar sebab dah lebih 3 kaki tapi yang jaga di pintu bagi je masuk. Menu biasa2 je. Ada roti canai, ommelette, bihun/mi/kueteow sup atau tomyam, roti + spread, nasi lemak, bubur, bihun gireng, samosa, sosej, baked beans, wedges, coco crunch, cornflakes rendang ayam. Buah dan salad satu jenis je. Air ada jus oren dan minuman panas teh dan kopi. Kami makan bihun sup, buah tembikai, ommelette. Itu je yang masuk selera. Auni makan coco crunch.


Lepas makan naik bilik tukar baju mandi. Anas Auni berzikir nak mandi waterpark bila tengok orang lalu lalang pergi mandi masa makan tadi. Husband temankan Anas Auni mandi, saya kemas barang dalam bilik. Anas guna wristband saya je. 12 tengah hari kami plan nak ke Mamee Jonker House (MJH) . Susah nak parking area sini. Parking jauh, guna kupon parking dan jalan sekitar Jonker Walk.


Singgah Family Mart, redeem ais krim percuma. Masuk kedai sebelah makan Cendol. Then sambung jalan ke MJH. Bergambar dan jalan2 je dalam tu. Ada jual merchandise dan produk Mamee. Ada cafe juga dalam tu. Dalam perjalanan pulang ke Hotel jumpa gerai Keria Antarabangsa Limbongan. Nak rasa je tapi yang dijual 1 pek 10 biji. Nak tak nak kena la beli. RM6 harganya.


Then, husband singgah Coconut Shake Klebang. Mulanya nak minum situ tapi ramai orang. Bahagian yg bungkus langsung tak de orang. Kami bungkus je. 4 petang sampai bilik dan paksa anak2 tidur.


6 petang kami bergerak ke Ayer Keroh untuk ke Old West di AFamosa Resort. Husband ajak singgah kedai makan sotong kangkung. First show mula 8.30 malam. Masa kani sampai ada nyanyian dan tarian di luar. Tiket old west dah beli, pergi ambil wrist band je. Kanak2 bawah 90cm tak perlu tiket. Auni pun tak perlu tapi kami dah beli, guna je la.


Masuk dalam old west tak de check beg. Kami bawa roti, air, keropok. Kat entrance dah kena tahan untuk bergambar. Layan je la. Then kami bergambar sekitar dalam tu. Ada funfair, rumah hantu, feeding animal. Semuanya berbayar. Tak ramai pun orang dalam tu. Haiwan ada unta, kambing, ayam je rasanya.


8.25 malam kami masuk ke tempat show. Pilih tempat nak duduk. Sementara show nak start, ada la jualan makanan. Nasib la Anas Auni tak merengek nak makanan. Kami bagi je keropok. Nasib la bawa makanan sebab makanan yang dijual mahal. Jagung semangkuk je RM8. Hujan renyai dan tunggu kejap dalam 5 minit dah stop hujan. Show pertama kalau ikut schedule Red Indian. Yang keluar 8 orang buat fire show dalam 10 minit.


Habis 10 minit, masuk balik yang jual makanan tu beserta dengan kambing-kambing. Sekali makanan untuk kambing dijual. Mula la kambing ikut siapa yang beli makanan tu. Memang nampak sangat kambing kelaparan. 10 minit gak la menonton kambing naik tempat duduk penonton cari makanan. Kemudian show diteruskan. Show perarakan je. Staf old west lalu dengan berpakaian hantu tema Halloween. Then haiwan2 tadi lalu semula. Mula2 burung, then kambing, unta dan ayam.


Pastu ada la laluan kenderaan yang dihias lampu, hantu2 yang menari, dan last sekali fire show 1 minit. Then habis. Husband tanya ini je ke shownya? Haha.. Cam tak berbaloi membayarnya. Tapi Anas Auni seronok. Nak datang lagi malam esok. Husband pergi tanya kat pintu masuk tempat show, ada lagi ke show. Dia tunjuk ada kat tepi tu. Kami pun pergi tengok. Show budak2 hantu tadi gak tapi tukar baju dah dok buat breakdance dengan menati lagu popular zaman sekarang.


Kami bergerak keluar dan kena tahan beli gambar yang diorang tangkap tadi. Rm23.70 rasanya sekeping. Gambarnya close up muka. Pemandangan belakang tak nampak pun. Gambar kami shoot elok lagi. Nak keluar kena lalu area feeding animal dan funfair. Bagi Anas Auni tengok unta dan kambing. Itu pun seronok dah budak2 tu. Sambung bergambar kat port mana yang belum dan balik.


Dalam kereta nak balik hotel, dua2 pun dah terlena. Saya janji beli Happy  meal kalau behave. Auni je la sempat makan. Husband lak beli burger kat Pak Ya Retro area hotel. Sedap katanya. Kalau check in area Bukit Katil, cari burger ni. Murah je. Baru RM2.50. Masuk bilik tidur.

Monday, April 23, 2018

Trip ke Ipoh - Gunung Lang - Day 2



15/4/2018 - Ahad



8.30 pagi turun pergi breakfast. Breakfast di kafe sementara. Meja penuh, kami duduk side yang jauh dari makanan. Ada nasi lemak, bubur, buah, salad, roti, ommelete, kopi, teh, air oren, air peach, kuew teow goreng, cereal dan bihun/mi sup. Saya ambil sandwich, salad dan cereal. Auni makan buah, Anas makan cereal. Lepas makan Anas Auni excited nak mandi kolam tapi kolam kanak² dah ditutup. Mungkin sebab kejadian semalam. Area kolam tak leh masuk. Naik bilik mandi dan siap untuk check out.


Lepas check out singgah kedai Eco beli makanan ringan dan mainan kat Anas. Dah janji dengan Anas semalam nak beli mainan. 12 tengah hari sampai Gunung Lang. Alhamdulillah cuaca elok. Tiket masuk RM3 dewasa dan RM1.50 untuk kanak² umur 4-11 tahun. Tunggu turn naik bot. Penjaga tiket bot bisu kot. Bagi arahan guna tangan je. Saya tak paham pun. Rupanya dia suruh pergi pondok pengawal untuk potong tiket. Bot cantik, selesa. 5 minit je sampai balik sana, Taman Rekreasi Gunung Lang. Ada perkhidmatan sewa basikal, taman permainan, sangkar burung, merak, kerbau, emu, ostrich dan lain-lain. Cuaca panas sangat. Nasib baik kami bawa air. Kat sini tiada makanan minuman di jual di sini.


Husband dan Anas tak nak jalan² sangat sebab panas. Saya la paksa bergambar. Lepas habis pusing kami pergi beratur untuk naik bot. Masa ni dah ramai orang. Lepas 2 bot baru sampai giliran kami. Sampai stesen balik sana kami bergambar lagi dan terus gerak ke Hotel Lost World. Hotel dah tempah 2 minggu sebelum. Entri berkenaan Lost World di entry lain.


Thursday, April 19, 2018

Trip ke Ipoh 2018 - Day 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Short plan untuk ke Ipoh. Tujuan utama nak clear tiket menang contest ke Lost World of Tambun. Alang-alang dah pergi sekali jalan round Ipoh.

14/4/2018 - Sabtu

Minyak : RM 83.30
Tol : RM16.80
Hotel : RM108


12.30 tengah hari bertolak ke Ipoh selepas makan tengah hari. Banyak pit stop, tukar diapers, isi minyak dan solat. 3.15 petang baru sampai Ipoh. Destinasi pertama Gunung Lang. Lepas parking kereta, hujan turun dengan selebatnya. Anas lak mula buat perangai sebab ngantuk. Masuk kereta, bagi tidur Anas dan husband cari hotel online. Guna Traveloka dapat 10% diskaun termasuk breakfast. Kami pilih Hotel Seri Malaysia.



Sampai Hotel, husband selesaikan check in dan bawa kami masuk dalam bilik. Anas pun dah bangun masa ni. Excited tengok ada kolam renang. Hotel sedia welcome drink. Dalam bilik, basic item semua ada. Katil double single, almari, toileterries, coffee maker, air mineral, flat screen tv dengan channel basic astro, towel, shower, bantal 3biji, sejadah dan arah kiblat. Bilik ada tingkap, nampak sipi² kolam renang kanak². Yang tak ok, pili air bocor di toilet. Kena sentiasa tutup. Kalau tak berlecak bilik air. Pastu tak de mini fridge. Kami bawa buah dan air kotak. Simpan under room air je. Lif pun tak de. Walaupun 1 tingkat, nak angkat barang dan anak² semput gak. Bilik lak jauh dari entrance. Wifi tak function. Dah la password kena call front desk minta pastu langsung tak berfungsi.


5.15 petang turun mandi pool. Masa ni hujan rintik. Ada 2 pool, dewasa dan kanak². Kami masuk yang kanak² je la. Rasanya sebelum ni ada slide. Lepas tu diorang remove slide dan tak tutup area tangga. Yang tutup area bekas slide je. Itu pun letak 1 tali. Budak² tak tau. Tarik tali dan gigih nak lompat. Nasib la ada parent yang nampak dan inform person in charge. Alhamdulillah tak da kejadian yang tak di ingini.


6 petang stop mandi dan masuk bilik. Anas dan Auni masing² tak nak stop lagi tapi tak larat dah nak jaga diorang. Jenuh kepung. Mandi dan solat. Lepas tu keluar cari makan. Husband survey beberapa kedai. Ikut maps dan kedai tak wujud pun. Kami ke Kinta Riverfront lak. Situ ada kedai dan view pun menarik. Sampai je tengok parking penuh sampai hujung. Ada event. Tak jadi singgah. Kami decide makan je kedai mana yang kami jumpa. Jumpa foot court. Husband order nasi ayam dan sate. Saya order chicken grill dan meatball. Lepas makan balik bilik rest dan tidur.


Tuesday, December 13, 2016

Celebrate husband birthday - The Royale Bintang, Penang Amazing World Studio, Toys Museum


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kalau birthday saya tahun ni di sambut di Melaka, birthday husband di sambut di Penang. Biasanya birthday hubby memang celebrate sekitar utara je sebab birthday dia hujung tahun, masa cuti sekolah. Nak jalan jauh memang makan modal. Semua harga pun mencanak naik sebab musim cuti sekolah. Kali ni check in hotel idaman dia. Lama dah dia sebut² nak stay kat situ. Cuti awal sebulan lagi kami dah apply. Birthday dia jatuh pada jari Jumaat dan cuti kami ambil bermula dari khamis.

2 minggu sebelum bercuti saya survey tempat nak pergi dan hotel nak stay. Masa tu belum decide lagi nak stay hotel idaman Hubby. Beberapa kali tanya dia nak stay mana, pergi mana , tapi dia bagi jawapan nak tak nak je. Sudahnya saya yang list down sendiri list tempat nak pergi beserta detail dan share link hotel yang ada kat groupon. Lagi 10 hari nak cuti baru dia bersuara nak stay hotel itu. Saya pun survey harga. Lepas tu discus berdua dan confirm nak stay situ.


Ni harga kat website. Beza Superior dan Deluxe dari segi saiz bilik, katil king, double single dan view (pool / city). Inform pada hubby harga ni. Harga di atas tak termasuk breakfast. Yang mampu nak ambil Superior room je la RM252 nett.


Ini pula harga bila saya search di Trip Advisor. Lebih mahal dan belum campur tax. Kemudian saya call hotel. Dari perbualan kami, harga online booking untuk Superior Room RM252 nett. View bilik dan jenis katil depend on availability. Juga boleh book via phone dan walk in. Lebih awal book boleh la request nak jenis katil dan view bilik. Harga booking via phone / walk in RM253 net without breakfast.

Then, saya tanya tentang government rate. Harga yang sama RM253 tapi beserta breakfast. Staff ID kena ada semasa booking dan check in. Untuk booking via phone / website kena ada kad kredit. Saya ada kad debit saja. Dengan kad debit akan full deduct masa booking. In case cancel, tak dapat la refund.

2 Disember, saya ada hal di area sana dan terus ke hotel untuk tanya tentang bilik. 2 kali gak pusing cari parking. Masuk kali ke3, suruh hubby ikut je laluan tepi yang tunjuk arah ke lobi hotel. Rupanya ruang parking memang di sediakan di situ. Terus ke kaunter, inform date check in, check out dan tunjuk pas kerja. Harga sama macam perbualan di telefon. Saya request nak tengok bilik untuk beza superior dan deluxe. Katanya Deluxe ada balkoni.
Antara fasiliti yang dapat bila check in
Di Park Royale hotel
Kami di bawa oleh staf untuk tengok bilik dan bilik superior nampak lebih best. Hubby pilih nak superior room. Request untuk superior room, pool view dan king bed. Staf  fill up form dan tulis request saya. Beberapa details kena inform. Selepas itu, staff repeat details dan date check in check out. Lepas semua betul dan selesai. Tak perlu buat bayaran. Hari check in, tunjuk IC dan pas kerja je. Waktu check in 2 petang dan check out 12 tengah hari.

Hari check in kami sampai awal. Dalam 12 lebih camtu. Tau waktu check in 2 petang. Ingat nak settle check in lepas tu pergi mana2. Petang baru nak masuk bilik. Rupanya bilik dah ready. Itu lah bagusnya kalau booking awal. Masa di kaunter kena bagi IC dan bagi staff ID untuk photostat. Saya bawa pas kerja je. Saya kena sign surat yang ada tunjukkan saya punya bil iaitu RM253 kemudian diberi kad bilik 2 keping. Bayaran RM300 termasuk deposit. Resit di beri dan kena tunjuk resit semasa chec out untuk bayaran semula deposit. Semasa penyerahan kad bilik, staf ada inform arah lif bilik dan arah cafe untuk breakfast esok pagi. Juga di beritahu waktu sarapan dari jam 7 pagi hingga 10.30 pagi.

Decoration di lobi hotel
Parking disediakan percuma untuk penghuni hotel. Multi level car park. Masuk parking macam biasa. Ambil kad. Sebelum keluar parking, kena cop di kaunter receptionist. Baru tak di kenakan bayaran. Stop je di hadapan hotel dan staf nya akan datang ambil beg. Welcoming drink juga disediakan, ice lemon tea. Memang sedap minum masa panas terik. Kejadian dalam lif memang lawak. Bilik kami tingkat 3 tapi bila masuk lif, button nombor 3 tak menyala. Nombor 2 boleh. Kami naik tingkat 2 dan keluar, masuk semula ke lif yang berlainan. Masih sama. Nombor 3  tak leh tekan. Suruh hubby tanya orang tapi dia buat tak tau. Nasib la masa dekat tingkat 2 ada couple masuk nak ke lobi, check out. Dia la beritahu yang kena scan kad di button baru leh tekan ke level yang kita nak.


Bilik kami kedudukannya di hujung. Masuk bilik dan kami berpuas hati sepenuhnya dengan keadaan bilik. Katil king seperti kami pinta dengan pool view. Buka langsir nampak kolam. Memang teruja anak² tengok. Bantal 4 biji disediakan. Katil yang comfortable. Air cond sangat sejuk. Adjust temperature pun sejuk jugak. Bilik air, toilet dan sinki berasingan. Tak de masalah kalau seorang nak guna toilet masa seorang lagi mandi. Hair drier disediakan. Iron, iron board, torch light juga ada. Mini fridge, kettle dan kelengkapan minuman yang pelbagai. Mini bar juga ada. Kalau makan, bayar la ye. Wifi disediakan sepanjang ada kat hotel. Password di beri masa check in bersama kad bilik. Wifi laju gak dan coverage luas. Luar hotel pun ada lagi coverage. Tv flat screen dengan channel astro asas. Channel HBO dan cartoon pun ada.


Lepas solat kami jalan kaki ke Penang Amazing World Studio. Dekat je dari hotel. Dengan bayaran masuk seorang RM28 dan kanak² bawah 4 tahun percuma. Lengang dalam tu. Auni dah tidur masa ni. Sama ja konsep macam 3D muzium yang lain. Cuma disini lebih tinggi teknologinya. Gambarnya lebih tertumpu pada superheroes. Pergi sini pun sebab Anas yang sangat sukakan Superhero. Bergambar 3D, whirl video dan beberapa art berkenaan barang masa dulu contohnya kedai mamak, kedai gunting rambut, kedai runcit dan banyak lagi.



Keluar dari muzium dah 4 petang. Kami belum lunch. Hubby ajak jalan kaki je cari makan tapi saya dah penat jalan. Nak naik kereta je. Masuk bilik solat zohor dan husband seorang je keluar beli makan kat foodcourt area hotel. Sedap juga nasi goreng sotong situ. Lepas makan, solat asar pergi pool. Dah janji dengan Anas nak bawa dia mandi situ. Seronok dia berendam situ.



Lepas mandi, masuk bilik berehat. Lepas maghrib keluar cari makan. Pusing² cari kedai makan. Husband nak makan tomyam tapi keliling hotel tak de kedai camtu. Plan nak ke batu feringgi je tapi Anas dah cranky. Mengantuk la dia dah tak tidur siang. Siang lak berjalan merata + berendam kolam lagi. Singgah kedai area Hospital Pulau Pinang je. Dua² menu kami kurang sedap. Lepas makan balik bilik rehat.


 9/12/2016
Hari birthday husband hari ni. Pergi sarapan di cafe hotel. Sebut nombor bilik dan dibawa ke meja yang bersesuaian. Kami usung stroller masuk hotel. Lepas sarapan naik bilik tukar baju. Husband nak mandi dengan Anas. Saya dan Auni duduk tepi kolam je tengok. Ada gak la rendam Auni, nangis dia. Takut kot tengok air banyak. Lepas tu naik bilik mandi, kemas beg dan ready nak check out.



Hubby ambil kereta park depan lobi hotel dan staf hotel tolong masukkan dalam kereta. Saya berpuas hati dengan etika kerja staf di sini. Cuma masa check in staf di kaunter kurang mesra dan agak tegas. Lain² sangat ramah mesra. Saya sangat jarang tinggal di hotel ada bintang ni. Biasanya stay di hotel bajet je. Kurang la pengalaman layanan mesra staf macam di sini. Setahun sekali boleh la tinggal di hotel bintang². Okay, balik pada kisah kami. Saya uruskan check out. Bawa resit ke kaunter. Sign dan di beri wang deposit RM47. Sebelum tu staf ada tanya, samada ada ambil barang dari mini bar tak. Selesai check out, kami ke destinasi seterusnya, Toys Museum tapi husband solat Jumaat dulu di Masjid terapung batu Feringgi.


Plan nak ke sini sebab Anas. Dia suka sangat dengan superhero dan saya tengok gambar pengunjung yang dah ke sini dan saya pasti dia akan suka. Cuma bayaran masuk agak mahal. Kanak² seusia 2 tahun dah dikenakan bayaran. Dan bayaran dewasa juga mahal. Tempat tu panas. Besar dan banyak mainan di pamerkan. Jika di sediakan kerusi untuk duduk mungkin lebih baik. Kanak² memang teruja dalam tu. Mereka ambil masa yang lama melihat satu² koleksi dalam tu. Ibu bapa tentu letih. Kalau ada kerusi lebih baik kan? Laluan juga tidak terurus. Pintu sama yang masuk dan keluar. Banyak yang perlu di perbaiki. 

Tiket hanya tulis tangan. Kalau print mungkin lebih elok. Bayaran masuk RM26 dewasa dan RM19 kanak² 2 tahun. Masa kami di sini ada keluarga yang anak 4 orang berusia lebih 2 tahun. Bila di beritahu bayaran tiket Lebih RM120 dia tidak jadi masuk. Mungkin pelancong, kekangan wang dan semestinya mengecewakan anak². Jika dibuat pakej untuk tiket 2 dewasa, 2 kanak² lebih memudahkan pengunjung. Sekadar pendapat saya. Lepas ke Toys Museum terus ke rumah kawan husband nak pick up hadiah birthday husband. Minta kawan tolong bawa balik sebab hadiah sampai hari husband cuti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...