Showing posts with label nazurah aishah. Show all posts
Showing posts with label nazurah aishah. Show all posts

Monday, January 27, 2014

Review Novel : Bukan Hanya Ada Kita

Saya nak bagi 5 bintang untuk novel ni. Sungguh dah lama saya tak rasa membaca novel 'susah nak letak'. Even di rumah nak buat kerja cepat-cepat sebab nak habiskan pembacaan, nak tau ending. Penulis memang berani buat novel kisah isteri kedua, pertama kali saya membaca kisah sebegini setelah lama di sogok dengan kisah cinta, kahwin paksa, kahwin kontrak, budak hingusan dan lain-lain. Walau kisah poligami, saya tak rasa menyampah baca kisah watak utama yang merupakan isteri kedua malah bersimpati. Hakikatnya wujudkah Medina?

Sinopsis

Medina yang bencikan poligami kerana ibunya telah di madukan dan dia berasa tersisih dari ayahnya dan sejak itu dia membenci ibu tirinya. Tapi dia sendiri jatuh cinta dan berkahwin dengan suami orang. Selama 3 tahun dia dan suaminya menyimpan rahsia namun segalanya mula terbongkar sedikit demi sedikit. Pabila madunya menjadi pelanggannya, kemudian berkenalan di rumah terbuka, menjadi tetamu madunya dan meminjamkan telinga untuk mendengar syak wasangka madunya terhadap suami mereka berdua. Kehidupan mereka suami isteri yang bahagia mula bertukar apabila madunya mengetahui kebenaran. 

Seriously, jalan cerita novel ni sangat menarik. Penulisnya pandai olah mengikut peredaran masa dan teknologi sekarang. Rasa sangat dekat bila membaca.

Sunday, September 9, 2012

Review novel : Melur Bunga Ivy


Salam..
Novel Nazurah Aishah memang tidak mengecewakan. Penuh dengan emosi. Kisah kekeluargaan sangat lah mendalam. Dan semestinya penuh emosi. Penulis berjaya buat saya google nak tau macam mana rupa bunga-bunga yang di gubah. Maklum la saya tak kenal sangat bunga. T_T

Sinopsis

Azam jatuh cinta pandang pertama pada gadis yang dilihatnya sedang menunggu teksi. Dia nekad mencari identiti gadis itu. Dalam masa yang sama dia ingin memenuhi wasiat arwah adiknya yang tidak dilaksanakan sejak 7 tahun lalu iaitu mencari isteri dan zuriat arwak adiknya, Azlan.

Stephanie Ivy Gabrielle aka Durratun Khalida Azlan, balu kematian suami semasa mereka belajar di US yang di buang keluarga kerana memeluk agama Islam dan membesarkan anaknya dengan penuh dugaan. Nasibnya baik kerana di bantu oleh Aunty Celia dan anak-anaknya dan mereka sama-sama membuka kedai bunga bagi menampung kehidupan. Di Malaysia Steph ingin menjejaki kubur dan keluarga arwah suaminya tetapi dia buntu. Dengan hatapan kehadiran kedai bunganya dapat membantu niatnya itu.

Sebaik sahaja identiti wanita tersebut di ketahui Azam nekad untuk memikatnya dan tanpa di sedarinya wanita tersebut adalah adik iparnya. Berbagai cara dilakukan Azam, berhenti kerja sebagai akauntan, menjadi pemandu deliver bunga-bunga dari kedai Steph walaupun awal-awal lagi dirinya sudah di tolak. Manakala ayah Steph masih mendendami anaknya. Berbagai cara di lakukan supaya anaknya itu tidak bahagia sehingga sanggup meragut nyawa anaknya sendiri. Dan beberapa rahsia lagi terbongkar di penghujung novel ini. Dapatkah Azam menakluk hati Steph atau Stephs masih setia pada arwah Azlan?

Sebenarnya banyak lagi watak dalam novel ni. Banyak saya skip. Kisah mak Azam, anak Steph, cousin Stephs, mereka antara tulang belakang dalam novel ni. Ampunn.. Saya rate novel ni 4 bintang. Tak rugi membeli dan boleh di buat koleksi. Selamat membaca.

Monday, February 13, 2012

Review novel : Rahsia Hati Sofia

**maaf andai penulisan saya berkecamuk, saya bukan penulis -.-**

Salam
Rasanya baru je dua hari lepas saya menaip entry review novel,
hari ni saya menaip lagi.
Habisnya pembacaan novel Lili buat Najah, saya teruskan membaca
novel Rahsia hati Sofia.



Dalam masa 24 jam saya berjaya menghabiskan bacaan novel ni.
Memang novel ini 'susah nak letak'

Saya ingatkan novel Lili buat Najah sedih, tetapi novel ini lebih sedih.
Juga 4 bintang saya berikan.
Memang terbaik karya Nazurah.
Novel ini dah lama di pasaran. tahun 2009 di terbitkan.
Tapi tak tahu kenapa saya tak membelinya awal dahulu.


SINOPSIS

Sofia bercinta dengan Ikhmal since sekolah menengah.
Keluarga masing-masing pun merestui tapi Ikhmal panas baran dan playboy.
Suka keluar dengan banyak wanita tetapi cintanya hanya pada Sofia.
Sofia lak terus bersabar dengan perangai Ikhmal.
Ikhmal juga jenis yang cemburu, selalu berprasangka buruk dengan Sofia. Selalu mengambil kesempatan atas kebaikan Sofia.

Nizam, engineer baru bekerja di ofis Sofia juga teman baik Ikhmal.
Tetapi Sofia tak tahu yang Nizam bff Ikhmal.
Lama-kelamaan Nizam jatuh hati pada Sofia dan tak mengetahui yang Sofia teman istimewa bff nya.
Sehinggalah berlaku beberapa insiden yang menyebabkan Ikhmal hilang sabar dan terus merogol Sofia. 
Sejak dari itu Sofia bencikan Ikhmal. Sofia rahsiakan perkara tersebut sebab ingin menjaga maruah keluarga.
Dia hanya ke klinik untuk mengelakkan dia pregnant.

Keesokkannya, Ikhmal datang merisik Sofia. Sofia menolak.
Sofia berubah menjadi pasif selepas kejadian hitam tu.
Kemudian Ikhmal datang lagi bersama keluarganya ke rumah Sofia
dengan mengatakan bahawa mereka terlah terlanjur.
Atas desakan dan memikirkan kesihatannya abahnya Sofia bernikah dgn Ikhmal.

Sofia dihalau dari rumah walaupun dia menceritakan hal sebenar.
Tiada yang percaya dengan ceritanya.
Sehinggalah Sofia bertengkar dengan Ikhmal dan ibu bapa Ikhmal masuk campur.
Cerita sebenar terbongkar dan keluarga dapat menerima mereka.
Sofia dan Ikhmal kembali bahagia dan tinggal bersama keluarga Ikhmal.

Nizam jiran belakang rumah Ikhmal. Ikhmal mula syak yg Nizam cintakan Sofia.
Sofia lak dah pregnant tapi banyak komplikasi.
Rumah tangga mereka diuji lagi bila Sofia menaruh syak wasangka pada 
Ikhmal yang selalu pulang lewat malam dan ada perempuan mencarinya
hinggalah dia minta diceraikan.

Ikhmal berterus terang apa yang dilakukannya selama ini.
Dan diorg tak jadi bercerai. Kemudiaan Ikhmal kemalangan, lumpuh dan berubah perangai.
Sofia terpaksa bekerja untuk menyara keluarga mereka.
Tempat kerja lama Sofia offer untuk kerja balik tapi Ikhmal tak izinkan
sebab dia cemburukan Nizam yg juga bekerja di sana.
Tapi Sofia meyakinkan dia yang dia setia.

Ikhmal masih dengan cemburunya pada teman baik dan isterinya walaupun Nizam dah bertunang.
Dan Ikhmal kemalangan lagi dan dalam masa yang sama Ikhmal menjatuhkan talak pada sofia.

Mereka bercerai dan Nizam datang untuk merisik Sofia.
Tett....
Ending memang saya tak sangka.
Belilah kalau nak tau kesudahannya.
Banyak plot-plot menarik, bagaimana mereka kenal, adengan cemburu 
Ikhmal saya tak mention di sini.

Saya dapat rasa benda yang sama maca Ikhmal.
Bila dia kemalangan dan lumpuh. tak leh buat apa.
Hanya berkerusi roda.
Semuanya org lain kena bantu dan buatkan.
Saya pernah berada pada situasi itu.
Memang perit, rasa tak berguna, menyusahkan orang lain.
Tapi Ikhmal lebih teruk. Dia lumpuh, saya tidak.
Dia ketua keluarga kena mencari rezeki untuk anak isteri.

Dengan ini saya bersyukur sangat saya masih dipanjangkan umur.
Dikurniakan 2 kaki yang masih berfungsi (walaupun sebelah panjang sebelah pendek)
Walaupun saya hilang deria bau, saya boleh melihat, mendengar, bercakap, berfikir.
Alhamdulillah {^_^}

Saturday, February 11, 2012

review novel : Lili buat Najah

Salam..
Baru menghabiskan bacaan novel ini.



Bengkak habis mata ku.
Sangat sedih.. TTT______TTT
Sad ending.. Tapi sangat berbaloi untuk dibaca.
Dan please sedia banyak tisu atau sapu tangan k.

Najah tu lelaki. Firstly fikir Najah tu perempuan.
Bila start baca quite blur. Lesbian ke diorg ni.
heheh.. then dah gerak g page lain baru paham.
Buku ni sangat berbaloi untuk dibeli.
saya bagi 4 bintang.

SINOPSIS

Tasha dan Najah berkahwin di UK tanpa pengetahuan mama Najah
sebab mama Najah nak jodohkan dia dengan  anak kenalan rapatnya, Farah.
Bila pulang ke Malaysia, Tasha kerja di ofis Najah.
Farah juga diarah bekerja di ofis Najah oleh mama Najah.
Then macam-macam yang Tasha buat untuk menambat hati
ibu mertuanya selepas rahsia mereka terbongkar.
Tasha keguguran. That time teman ofis dah mula tau yang mereka dah kahwin.
Family Najah semua dapat menerima Tasha kecuali mama.

After few months Tasha pregnant again tapi kali ni preganant twin.
Perkara tu dirahsiakan dari mama.
Kebetulan Tasha nampak mama sedang diragut di tempat letak kereta.
Tasha pun g tolong mama tapi malangnya Tasha di tendang T_T
dan admitted.
From that time mama dah leh terima Tasha.
Dan menjadi menantu kesayangan mama.

Kemudian Tasha terdengar perbualan papa dan kakak Najah, Kak Safi
yang Najah menghidap brain tumor dan jangka hayat hidup tak lama.
Tasha kecil hati sebab dia tak diberitahu tapi dia berlakon
seperti tak tahu apa-apa.

Sehinggalah Tasha melahirkan anak kembar mereka Tasha mereka barulah Tasha dimaklumkan.
Plus Najah juga ada lung cancer.
Banyak la babak-babak sedih selapas itu sehingga Najah meninggal.

Sekian, selamat mengalirkan air mata {^_^}

Monday, September 12, 2011

novel oh novel

salam..
entry kali ni nak bercerita hal novel.
mana yang rapat dengan saya mesti tau saya ni pembaca tegar novel sejak di bangku sekolah lagi..
cuma sejak bekerja hobi ini makin berkurangan.
bukannya tidak membaca. kalau dahulu 1 novel boleh dihabiskan dalam 1 - 2 hari,
sejak bekerja 1 novel mengambil masa berminggu untuk dihabiskan.
membeli juga hanya 1-2 kali sebulan. masa student dulu. smgu mesti ada 2 novel baru di beli.
bila dah MC ni, sah - sah la boring.
maka kembali la habit saya.
nak membeli la masalah sebab saya hanya di rumah. keluar hanya ke hospital.
bulan pertama MC sy beli online pada blogger yang menjual novel.
saya dah cerita dalam entry lepas.

bila berjalan - jalan di forum saya akan senaraikan dalam handphone novel mana yang suggest by other readers.
lepas raya ni, saya makin biasa dengan diri baru saya. :) maka saya mulakan operasi.. :)
ajak hubby ke shopping complex yang ada kemudahan untuk pergerakan wheel chair.
masuk popular, nak gila saya tgok novel yg byk stok baru..
lama kot tak masuk kedai buku. lebih 2 bulan.
dr 8 buah novel yang disenarai yang jumpa 3 je..


semalam ke shopping mall lagi.. asalnya hubby nak g repair hp.
daha diajaknya saya pergi. ikut la.. lagipun bosan duk umah je hari - hari.
masuk POPULAR shopping mall ni jumpa lagi 2 novel dalam senarai. banyak lagi yang tak explore,
sempit sikit popular ni, pergerakan wheel chair jadi payah. nampak je novel yang nak terus g bayar.
tak sanggup nak jelajah dah.
orang pun ramai.
ye lah weekend kan.



dalam semua buku yang dibeli baru abis baca sebuah.. hahaha..
lambatkan..
mau tak. asal nak baca je tv tayang crita best.
terpaksa la hold dulu.
asal malam je semua asyik suruh tutup lampu.
takkan nak baca dalam gelap..
so ini buku yang dah dibaca.
pada yang minat novel dan belum beli lagi, recommended.
3/5 bintang dari saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...