SinopsisSelepas kematian Mia, Megat tak lagi bekerja dengan CIA. Serena dari CIA Singapura bekerjasama dengan Heriyanto ICD Singapura untuk kes pemerdangan manusia dan juga pembunuhan. Megat bekerja dengan Dato Ishak sebagai undercover untuk memberi maklumat kepada CIA. Misi undercovernya hanya diketahui oleh 2 orang tetapi Serena mula mencurigai Megat bila Megat mencuri datanya dan maklumat itu dibocorkan kepada Dato Ishak.
Thursday, December 9, 2021
Review Drama : The Bridge season 2
Monday, February 8, 2021
Review novel : Lelaki Kiriman Tuhan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel ni pernah diapadaptasi ke drama. Saya dah tonton drama baru cari novelnya.
Sinopsis
Naira, si gadis garang yang tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Baginya mereka tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Tambahan pula dia menanggung banyak hutang. Sudah tentu tiada yang sanggup. Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira walaupun Naira dingin. Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza. Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya? Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat?
Drama dan novel masing-masing ada kekuatan. Dua-dua best. Drama best sebab ada Remy dan Mira. 😂
Friday, April 3, 2020
Review drama Jibril
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah setahun rasanya saya download apps Viu. Asalnya download untuk menonton drama korea. Asyik marathon Korea, rasa nak tukar drama melayu lak. Try la menonton Jibril. Not bad. Kisah tentang peguam, selesaikan misteri pembunuhan then persatuan apa ntah. Lainnya drama ni langsung tak nampak macam kejadian di Malaysia. Dengan nombor plat kereta, sebutan agen, perisik, polis, bangunannya. Even uniform polis, pegawai penjara pun lain. Drama ni dirayangkan tahun 2018 di TV7.
Sinopsis
Jibril Azym merupakan peguam genius yang mampu selesaikan kes-kes besar dengan cara yang tersendiri sampaikan Kapten John meminta bantuan Jibril untuk kes pembunuhan Dato’ Nasir Fatah iaitu pencipta AI dengan nama SAFA. Rupanya dia dibunuh oleh organisasi rahsia, ZERKALA. Zerkala diketuai oleh Hamra di mana hanya dia sahaja yang tahu semua ejen Zerkala tapi ejen yang lain hanya berhubung melalui telefon dan tak kenal satu sama lain. Jamal Bana yang dahulunya merupakan ejen Zerkala di Mesir bertemu dengan Dr. Scott dan keluar dari Zerkala yang lebih tepat dikenali sebagai terrorist. Morshidi merupakan peguam yang panas baran dan tak suka dengan Jamal sebab dia benci dengan ekstremis. Morshidi pula pernah jadi peguam pendakwaraya untuk kes Zulfikar yang terlibat dengan Zerkala tapi disebabkan maklumat Zerkala tak sempat didedahkan kepada Morsyidi, dia anggap Zerkala cuma kisah dongeng.Tapi tidak bagi kekasih dia, Jackie yang bekerja sebagai pembantu sementara Jibril sebagai syarat untuk Jibril bersetuju jadi consultant di KGL lawfirm. Lepas beberapa kebetulan dan source yang dia terima dari Puan Aisya, isteri Jamal, dia yakin Zerkala wujud dan bantu Aunty Kim & Kapten John serta team PASTEK yang lain untuk settlekan kes pembunuhan Dato’ Nasir Fatah dan Jamal Bana.
Ending nya tergantung. Saya memang tak suka tengok drama ending camni. Dah habis tengok kita rasa lagi banyak nak dipersoalkan. Pasal Vikram yg memang jahat ke tidak then camna Yassin + Mona hidup balik. Jibril sebenarnya mental ke apa. Kejap dunia lain, kejap tempat lain. Pastu nenek dia apa kaitan? Eh banyak lak persoalan. Kalau tak mau pening jangan tengok 😂
Monday, March 25, 2019
Review novel : Jadikan aku yang Terakhir
Novel ke 5 (kalau tak silap) karya E-man Sufi. Rasanya, saya dah ada semua. Saya serasi dengan penulisan penulis ini. Novel ni pun best. Tak sabar nak habiskan bacaan, nak tau endingnya.
Sinopsis
Kisah bermula apabila Deniz diarahkan oleh ayahnya, Aziz bekerja di kafe yang terletak di kawasan jauh dari Kuala Lumpur. Tanpa pengetahuan ayahnya yang bekerja di Madinah, Deniz telah bertukar tempat dengan adik tirinya, Aisyah Nadine. Sementara Aisyah menyamar sebagai dirinya, Deniz pergi ke Izmir untuk bertemu ibu kandungnya tanpa pengetahuan Aziz.
Kerana terlalu sayangkan kakak tiri, Aisyah sanggup menyamar sebagai Deniz. Dia yang merupakan graduan dalam bidang veterinar terpaksa bekerja sebagai bakeri di kafe milik Iskandar.
“Kalau untuk Deniz, bukan setakat madu... Dengan sarang kelulut, satu ladang ni abang bagi percuma... Syaratnya... Jadi isteri abang nak?” - Reyhan
“Eee... Abang Reyhan ni kan banyak sangat makan madulah ni! Cakap pun merepek aja… Orang seriuslah!” – Aisyah.
Tanpa dirancang, Aisyah jatuh cinta dengan Reyhan, abang kepada Iskandar hingga dia lupa kehadirannya di kampung itu hanya sementara. Bahkan dia sendiri tidak bersedia berdepan dengan Reyhan jika identiti sebenarnya terbongkar. Sungguh dia tak berniat menipu sesiapa!
“Awak tak patut libatkan Reyhan... Apa salah dia? Awak tahu kan yang awak dah perbodohkan dia... Perasaan dia macam mana pulak? Awak ingat dia nak bertepuk tangan kalau tahu awak tipu dia? Awak bukan Deniz! Awak Aisyah...”- Iskandar
Cinta... Bukankah asasnya keikhlasan dan kejujuran? Mampukah Aisyah terus berahsia tatkala semuanya mulai berubah? Masihkah cinta Aisyah menjadi yang terakhir buat Reyhan?
Cerita ni tertumpu pada kekeluargaan dan percintaan. Sweet dan buat senyum sampai telinga.
Wednesday, November 22, 2017
Review Novel : Red Velvet
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel ini saya capai dari rak walaupun belum sampainturn nak baca sebab drama red velvet dah nak mula siaran. Tapi dekat nak minggu terakhir batu saya habiskan membaca. Banyak betul beza drama dan novel. Tapi jalan cerita masih sama. Ada beberapa babak di tokok tambah dan di ubah. Mungkin nak sesuaikan dengan pelakon kot. Watak Alif Aziz sesuai sebagai Izzat tapi Helena mungkin orang lain lebih sesuai banding dengan Neelofa. Mungkin Aida Jebat 😌
Sinopsis
Izzat dibayangi trauma zaman kecil bila ayahnya meninggalkan ibunya sebab bercinta dengan kerani nya. Sejak itu dia membenci wanita perampas. Izzat mengusahakan kedai kek dengan bantuan Aida, Kuza dan Zu. Red Velvet buatannyamenjadi best seller.
Helena, anak tunggal kepada Datuk Fauzan, menteri dalam kerajaam dan di kenali ramai. Helena bercinta dengan Fareeq yang menjadi ketuanya. Fareeq telah berkahwin dengan Suhaila selama 4 tahun tetapi dia menyatakan pada Helena yang dia tidak cintakan Suhaila. Hubungan mereka ditentang oleh semua hingga mereka nekad ingin berkahwin di Thailand. Pada hari mereka merancang ke Thailang, Fareeq mendapat khabar yang isterinya hamil. Helena mendengar berita itu dan nekad lari dan ingin membunuh diri. Nyawanya di selamatkan oleh Izzat.
Izzat membawa Helena ke rumahnya untuk tumpang bermalam dan disambut mesra oleh ibu dan adiknya, Zati. Izzat membenci Helena dan mengarahkan keluar dari rumah. Helena membantu ibu Izzat menjual nasi lemak. Bakeri Izzat kekurangan staf dan Helena diminta membantu di bakeri. Di situ hubungan mereka menjadi baik. Fareeq berjaya menjejaki Helena dan nekad ingin berkahwin dan menceraikan isterinya.
Selepas Izzat dan Helena menjadi kekasih, muncul Suhaila dan Izzat membenci Helena. Datuk Fauzan pula mengheret Helena pulang dan dihantar ke Jepun. Bagaimana kesudahan hububgan mereka?
Versi novel lebih teratur jalan ceritanya, manakala drama nampak kucar kacir. Babak melompat sana sini. Sebab saya dah habiskan novel, saya paham keseluruhan cerita. Ini novel pertama hasil karya Acik Lana yang saya baca. Not Bad.



