Showing posts with label penulis novel melayu. Show all posts
Showing posts with label penulis novel melayu. Show all posts

Wednesday, January 2, 2019

Review novel : Spy Hati Dari Chantilly


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel ke7 daei Mazni Aznita. Antara penulis novel favourite saya sebab jalan ceritanya lain dari yang lain. Novel ni ada kisah yang menarik. Tak rugi baca dan simpan untuk koleksi.

Sinopsis
Tiga tahun yang lalu semasa di Paris, Suri Imani ditemukan dengan seorang lelaki yang menyelamatkan dirinya dari nyaris-nyaris mati. Bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang menjadi buruan seluruh dunia. Sejak itu dia mencari-cari lelaki itu untuk membalas budi.
Selepas tiga tahun dia menjadi pelarian. Melarikan diri dari keluarga setelah merosakkan perkahwinan kakaknya sendiri. Kecewa dengan Farid yang memilih kakaknya Darlina, dia menjauhkan diri dari keluarga lalu berjiran dengan seorang lelaki yang sering pulang mabuk-mabuk. Permulaannya Suri Imani membenci lelaki pemabuk itu. Namun satu insiden membuatkan dia semakin dekat dengan lelaki itu. Malah tak disangka-sangka dia menjadi PA lelaki itu di tempat kerja.
Mikey Mikhail seperti Suri Imani, seorang pelarian. Bezanya dia melarikan diri dari kisah silam yang menghantui hidupnya. Sepanjang hidup dia asyik memburu orang yang telah membunuh ayahnya sendiri. Kerana dendam, dia menjalani hidup yang tidak pernah diimpikannya selama ini. Namun kehadiran Suri Imani membuatkan dia merasakan ‘hidup’ kembali. Ceria tanpa dendam yang membelenggu diri.
Kedua-duanya bertemu untuk saling melengkapi kisah yang tidak lengkap antara mereka. Namun kehadiran Ezekiel, membuatkan Mikey Mikhail mula mengesyaki Suri Imani mempunyai rahsia yang cuba disembunyikan. Apatah lagi dia menemui sesuatu dalam simpanan Suri Imani yang boleh membahayakan dirinya. Kecurigaannya semakin berakar umbi buat Suri Imani. Mampukah gadis itu dicintainya lagi sedangkan fikirannya asyik merasakan Suri Imani bukan seperti yang disangka-sangka? Siapa Suri Imani yang sebenarnya? Siapa Ezekiel yang tiba-tiba muncul dalam hidup mereka? 
Kisah ini unik dan masih tak lari dari tema percintaan. Ada kisah pemburuan, konflik keluarga dan ada juga gaduh².

Monday, May 21, 2018

Review novel : Cinta Sampai Mati


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya nak buat ulasan berkenaan novel di atas. Kali pertama baca hasil karya dan penulisan ini. Saya mengenalinya dari FB. Belian novel secara online dari penulis sendiri. Saya bertangguh membaca sebab dahulukan novel lain dari penulis yang saya dah biasa. Selepas membaca, kisahnya menarik, bukan jalan cerita cliche tapi bagi saya kategori 18SX. Hanya untuk bacaan wanita dah matang atau berkahwin. Penulis banyak mengulang bab yang sama. Mungkin nak ingatkan pembaca berkenaan jalan ceritanya. Dia juga melompat tahun ke tahun. Ada kisah sekarang dan ada flashback. Kalau baca dengan teliti tak akan keliru. Lagipun penulis ada nyatakan tahun.

Wangi Nur Jannah menjalinkan hubungan cinta denga Abid Ubaidillah sejak umur 13 tahun. Dengan Abid dia menjadi insan yang lebih baik. Belajar solat, patuh pada hukum agama dan cemerlang dalam pelajaran. Selepas PMR, Abid terpaksa berpindah ke Madinah dan meninggalkan Wangi dengan janji akan berjumpa semula selepas 15 tahun. Selepas 2 tahun Abis pergi, Wangi mulai sunyi. Pelarannya merosot. Bila dia berbaik dengan Princess dia menjadi lebih teruk. Princess ingin membalas dendam kerana cintanya pada Abid tidak berbalas. Tujuannya hanya ingin Wangi rosak dan merana. Wangi diperkenalkan pada Edika oleh Princess dan hidup Wangi makin kelam bersama Edika. Edika menjadikan Wangi pelacur. Selepas 15 tahun Abid datang tetapi Wangi minta melupakannya. Abid mengahwini Princess tetapi bila Abid tahu mengenai Wangi melalui Princess dia nekad membawa Wangi keluar dari jalan hitam.

Not bad jalan cerita novel ni. Cuma untuk di jadikan koleksi mungkin tidak. Tidak kena dengan jiwa saya.

Thursday, February 15, 2018

Review Novel : Mungkinkah Dia


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Penulis yang tak perlu di perkenalkan lagi. Karya ke 13 beliau. Gaya penceritaan novel ini mengenai heroin. Dia kerap bermonolog. Kalau tak fokus baca memang boleh keliru. Saya suka penulis membawa saya ke tempat percutian. Pertama kslai saya tahu tentang El Nido. Terus google nak tengok. Juga beberapa tempat lain yang memberi pengalaman baru buat saya. Bagus penceritaanya sehingga membuatkan saya rasa berada di tempat mereka.

Sinopsis
Nisa, tinggal selama 4 tahun di Tokya semasa belasan tahun menjadikan Ryo menaruh minat padanya. Tetapi Nisa lebih senang menjadikan Qashi teman istimewanya. Tetapi Qashfi tidak memberi sebarang tanda dan lebih dahulukan teman rapatnya Delia dan Arief. Semasa perjalanan ke Tokyo dia bertemu Naufal, lelaki yang pernah di temuinya di money changer. Perbualan ringkas dan bertukar nombor telefon semasa di airpot. Naufal berkongsi pengalamannya di Filipina dan Nisa berkongsi memori di Jepun. Mereka tidak lagi bertukar cerita setibanya di Malaysia. Nisa meluangkan masa bersama Qasyfi dan restoran barunya. Hinggalah berita Qasyfi di tangkap khalwat bersama Delia.  Isa nekad memutuskan hubungan mereka dan untuk mengelakkan dari menghadiri majlis perkahwinan Qasyfi dengan mengikuti Naufal ke El Nido. Di El Nido, Nisa rasa dia jatuh cinta pada Naufal. Tetapi perbualan Naufal bersama Kak Laili tentang anak-anak Naufal mengecewakan Nisa.

Saya cerita sampai sini. Banyak lagi plot dan watak. Banyak watak sampingan yang tak de ending.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...