Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Monday, March 16, 2020

Review novel : Lelaki exit 217


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel dari penulis favourite saya. Order directly dari penulis dan dihadiahkan rempah kari ikan sekali. Saya suka baca novel, boleh dikatakan saya masih belum stop baca. Stok novel yang belum dibaca masih banyak di rumah. Biasanya oaling cepat seminggu ke sebulan untuk habiskan sebuah novel kerana saya hanya membaca ketika masa lapang waktu bekerja. Tetapi novel Kak Lynn ni saya mampu habiskan kurang dari 24jam. Sebelum mulakan pembacaan Lelaki exist 217,saya khatam semula pembacaan kisah Sakura Samseng Jalanan kerana wataknya hero kesinambungan dari sini. Saya puas hati selepas tamatkan bacaan. Puas hati dengan endingnya, jalan ceritanya, cover novel, penanda buku dan lain2 lagi. Selepas habis bacaan saya tertanya-tanya tentang hasil ujian dari baju Riya yang penuh berdarah adalah dari darah siapa. Owh, novel ni ada kisah misteri, mistik dan percintaan. Cintanya tak banyak tapi just nice untuk penambah perasa.

Sinopsis
Riya, penulis novel, koma 6 bulan selepas ditembak oleh seorang pegawai polis kerana dijadikan tebusan. Sedar dari koma, dia hilang ibunya dan tempat tinggal. Yam, teman baiknya membantu mencari rumah sewa dan tinggal bersama Mai. Riya berjumpa Ferhad secara tidak sengaja ketika mengisi minyak dan Ferhad membantunya ketika itu. Dan beberapa kali lagi pertemuan antara mereka. Ketika mereka bertemu, pasti Riya hilang beberapa hari tetapi bagi Riya dia cuma tiada beberapa jam. Dia menceritakan tentang Ferhad, tapi bagi Yam, Ferhad itu tidak wujud. Shafik, pegawai polis yang bercuti tanpa gaji selepas selesaikan kes Sakura. Kini dia berkebun dan gembira dengan cinta barunya. Fauzi dan Iqbal, temannya meminta bantuan Shafik untuk tengokkan Riya. Riya meminta bantuan Iqbal apabila berjumpa Ferhad didalam mimpi dan Ferhad berlumuran darah. Secara tidak sengaja Shafik membantu Riya menyelesaikan misteri Ferhad. Bagi Shafik Ferhad hanya kawan khayalan Riya tetapi dia percaya kewujudan Ferhad selepas mendengar suara Ferhad. Siapakah Ferhad? Bantuan bagaimanakah yang mahu Riya hulurkan?

Saya bagi 5 bintang untuk karya ini. Saya suka setiap ayatnya, lawaknya, penceritaannya, dramanya dan banyak lagi. Tak rugi membeli 😘

Monday, February 17, 2020

Mermaid Run 2020


Event : Mermaid Run
Date : 16/2/2020
Time : 7.30 am
Venue : De Garden Hotel
Fee : RM37
Distance : 5.3km

Tahun ni berazam join run yg harga bawah RM30 dan area Seberang Perai je tapi aura Mermaid Run ni kuat. Walaupun overbajet pejam mata daftar jugak. Sebab comel sangat baju, medal. Tak tahan. Favourite Auni lak. Dapat foil balloon mesti dia lagi suka.


Collect race kit awal sehari di De Garden hotel dari 11pagi ke 5 petang. Kul 1 jugak baru kami pergi. 4 kaunter. Manusia pun ada 4 kat every kaunter. 3 kaunter yg collect bulk race kit. Saya yg hujung ni nasib la 2 pieces je. Di kaunter dapat baju dan race bib. Then pergi kaunter luar untuk ambil foil balloon dan baucar. Hotel provide baucar check in dan baucar makan.


Hari run flag off 7.30 pagi. Kami kat kereta ambil barang tengok dah lepas semua. Laju2 lari. Sudahnya jadi yang last kat belakang. Laju2 lari tak nak jadi yang terakhir. Kat pertengahan saya dah penat. Buar je husband bawa Anas Auni dulu. Lepas collect medal baru cari diorang.


Ada lucky draw tapi tak tunggu pun. Hadiah tak best 😂 lepas bergambar terus balik.

Wednesday, June 20, 2018

Review Novel : Ti Amo, SweetHeart 100 hari!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya baru berjinak-jinak membaca hasil karya Suri Ryana selepas Red Velvet. Not bad, tapi masih perlu di perbaiki. Ada part yang meleret-leret. Adengan romantis suami isteri banyak yang too details. Tak yah details sampai part mana suami cium pun tak pe kot. Just my two cent.

Sinopsis
Lisa ke Itali berjumpa suaminya, Iskandar untuk meminta penjelasan kenapa dia ditinggalkan tanpa alasan selama 2 tahun tetapi dia di layan bagai sampah. Cuma Dina menjadi penyebab mereka berjumpa. Hinggalah Lisa terjumpa surat dan gambar yang menjadi sebab Iskandar tinggalkannya. Kemudian pekerjA Iskandar datang dan berterus terang bahawa dia punca mereka berpisah. Iskandar mula memburu Lisa, meminta maaf dan meminta peluang kedua. Bila mereka berbaik semula, dugaan lain pula datang. Bilamana emak Iskandar diduga dengan barah paru-paru dan hajat terkahirnya ingin melihat Iskandar bernikah dengan Rania. 

Novel ni dah di drama kan. Masa baca saya tak tahu pun. Dekat nak habis baru nampak iklan dramanya. Pelakon pun tak tahu tapi untuk hero dah agak macam Zul Ariffin sesuai. Dari novel setebal kamus dewan dapat dipendekkan jadi drama 5 hari dengan durasi sejam sehari. Nampak tak betapa meleretnya kisa

Monday, May 21, 2018

Review novel : Cinta Sampai Mati


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya nak buat ulasan berkenaan novel di atas. Kali pertama baca hasil karya dan penulisan ini. Saya mengenalinya dari FB. Belian novel secara online dari penulis sendiri. Saya bertangguh membaca sebab dahulukan novel lain dari penulis yang saya dah biasa. Selepas membaca, kisahnya menarik, bukan jalan cerita cliche tapi bagi saya kategori 18SX. Hanya untuk bacaan wanita dah matang atau berkahwin. Penulis banyak mengulang bab yang sama. Mungkin nak ingatkan pembaca berkenaan jalan ceritanya. Dia juga melompat tahun ke tahun. Ada kisah sekarang dan ada flashback. Kalau baca dengan teliti tak akan keliru. Lagipun penulis ada nyatakan tahun.

Wangi Nur Jannah menjalinkan hubungan cinta denga Abid Ubaidillah sejak umur 13 tahun. Dengan Abid dia menjadi insan yang lebih baik. Belajar solat, patuh pada hukum agama dan cemerlang dalam pelajaran. Selepas PMR, Abid terpaksa berpindah ke Madinah dan meninggalkan Wangi dengan janji akan berjumpa semula selepas 15 tahun. Selepas 2 tahun Abis pergi, Wangi mulai sunyi. Pelarannya merosot. Bila dia berbaik dengan Princess dia menjadi lebih teruk. Princess ingin membalas dendam kerana cintanya pada Abid tidak berbalas. Tujuannya hanya ingin Wangi rosak dan merana. Wangi diperkenalkan pada Edika oleh Princess dan hidup Wangi makin kelam bersama Edika. Edika menjadikan Wangi pelacur. Selepas 15 tahun Abid datang tetapi Wangi minta melupakannya. Abid mengahwini Princess tetapi bila Abid tahu mengenai Wangi melalui Princess dia nekad membawa Wangi keluar dari jalan hitam.

Not bad jalan cerita novel ni. Cuma untuk di jadikan koleksi mungkin tidak. Tidak kena dengan jiwa saya.

Friday, March 9, 2018

Februari 2018 - Sampel, Goodies, Hadiah Contest dan Giveaway

Assalamualaikum,
Bulan ke dua di tahun baru. Januari yang agak so so. 😅

1. Oppo Online Store



Like, Share dan tag di entry post. Contest selama sebulan, iaitu sepanjang Januari. 1 Februari baru umumkan pemenang. Saya memang aim nak menang powerbank. Alhamdulillah rezeki.



2. Sampel Biore


Request di link FB Biore.

3. Bagan Specialist Centre


Jawab soalan dan  50 yang bertuah terima ang pow.



4. Fly Me 360


Dapat langganan majalah pelancongan percuma untuk satu keluaran


5. Astro Circle
Antara yang bertuah dalam menjawab soalan. Hadiahnya tiket legoland. Tapi konsepnya first come first serve. Sapa yang reply PM cepat, dia la yang dapat. Tunggu dan lihat saja la. Kalau sampai tiket kat rumah, bertuah la. Kalau 2,3 bulan tak dak apa sampai, nan hado la.

6. Motherhood Goodie bag


Register di link yang di beri di FB Motherhood.

7. Sampel Kotex


 Register di link FB Kotex.

8. Angpow Raya

Dari pesakit² dan ketua. Banyak lagi dapat tapi tak sempat snap photo



9. Walkathon


Bayar RM 10 dan dapat semua ini. Baju kualiti cuma jarang je.


10. Spin The Wheel - Line


Guna apps LINE. Spin the Wheel dan fapat kod diskaun

11. Giveaway - CIKANIS



Like page, post giveaway, tag kawan dan share. Nama saya naik dalam cabutan bertuah. Hadiahnya jumpsuit.



Sunday, October 29, 2017

Hobi baru



InsyaAllah akan saya panjangnya cerita di entri lain.

Thursday, August 26, 2010

mari membaca...

smangat tul bc tajuk...
hahah... sy suka membaca..
tp bc novek mlayu sj..
dl rajin p popular beli novel.
skang beli on9 lak..
ade yg beli dr porum

www.eforum3.com.my - cr bahagian buku & kesusasteraan

porummer smua sgt membantu kalo kita nk mecari buku..
dan yg plg pntg xde penipuan yg berlaku spnjg membeli..

meh nk promot blog akak ni.. miza sllau beli buku kat dia.
mmg x pnah de masalah.. n dia sgt memahami n tidak berkira..
thank akak.. tiap2 bulan mesti ade je buku yg miza beli...

ni belog nye.. sila lah melawat... akak fazilah namanya

http://jomlayanbuku.blogspot.com/



ni antara buku yg penah beli kat akak fazilah..
byk g sebenarnya. tp yg ni je yg tgkap gbr.. huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...