Showing posts with label pypac. Show all posts
Showing posts with label pypac. Show all posts

Wednesday, September 25, 2019

Review Novel - Love Elsa


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Karya Acik Lana 2019. Saya order online dari AL. Novel ni ada 2 series, so saya tunggu dua2 novel dah ada baru saya baca. Kesimpulan selepas habis bacaan, saya suka. Kisah tentang manusia ada super power. Saya memang suka kisah camni. Walaupun ada super power, ia masih logik dan diterima akal. Clichenya semua watak AL haruslah perfect dari rupa paras. Yang itu saya kurang gemar. Apa pun saya bagi 4/5. Boleh dibaca berulang kali dan sayang nak let go.

Sinopsis
Ridza Kim, pulang ke Malaysia selepas aduan Madam Qistina berkenaam syarikat tinggalan arwah ayahnya. Dia menetap di TLC berjiran dengan Ammara. Ammara gadis OCD yang keseorangan selepas ibunya meninggal. Dia sentiasa memakai sarung tangan bagi melindungi dirinya. Beberapa insiden berlaku dan mereka mulai rapat. Ammara sedar kehadiran Ji Hyun pada Kim. Kim dibantu Ammara menyelesaikan masalah syarikatnya. Kim mulai sedar perasaannya pada Ammara bukan saja sebagai kawan tetapi lebih dari itu. Kehadiran Ji Hyun di kediaman Kim menyedarkan Ammara.

Setakat itu je saya kongsi. Boleh beli di FB Acik Lana atau tengok je Shopee ramai jual.

Monday, August 5, 2019

Review Novel : Sweet Dreams


Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Novel ni pinjam dari kawan bilik depan. Lama dah plan nak beli tapi tak beli² pun. Plan nak cari yg preloved tapi bukan rezeki. Hajat nak beli dan baca sebelum drama keluar tv. Sekali nampak kat bilik kawan, terus mintak pinjam dan habiskan bacaan dalam masa 24jam. Saya suka cerita Acik Lana yang ni. Watak lelaki ada superpower. Lebih best dari My Juna. Nak banding dengan kisah dalam novel AL yang lain yang ni saya paling suka. Watak utama pun tak dak extra handsome dan cun macam karya yg lain².

Sinopsis
Qash Adam adalah pelukis terkenal dengan nama pena Q Adam. Dia seorang yang misteri, tidak mahu dikenali umum, tinggal bersendirian dan tidak bersosial. Urusan kerja diiruskan oleh Fieza, PA nya dengan Mr Lee, agennya. Dia kerap bermimipi tentang seorang wanita misteri yang tidak dia kenali. Qash mempunyai kebolehan melihat bencana yang akan menimpa orang yang rapat dengannya tetapi wanita itu bukan kenalannya. Berturut² dia mengalami mimpi dan dia harus keluar menyelamatkan wanita itu berdasarkan klu pada mimpinya. Puteri, seorang gadis clumsy sedari kecil. Otaknya seperti tidak sama dengan pergerakannya. Tiang sebesar alam pun boleh dilanggarnya. Jawatannya sebagai PA Tuan Fadzil di sebuah syarikat majalah tergugat dengan perangai clumsy nya. Semasa Putri tergesa-gesa untuk ke mesyuarat, dia terpelecok di kaki tangga dan Qash datang menyelamatkannya. Tanpa sempat ucapkan terima kasih Qash hilang. Putri menerima tugasan berat bagi menyelamatkan kerjayanya. Dia harus memujuk Q Adam menjadi front cover majalahnya. Dia berusaha menjejak Q Adam tetapi usahanya sia² bila mengetahui Q Adam adalah Qash, lelaki yang telah menyelamatkannya 3kali. Bagaimana kerjaya Putri? Adakah Qash tampil di khalayak ramai? Apakah rahsia Qash sehingga menyendiri? Siapa Kamal? Viral kisah gambar Putri yang kurang sopan? 

Panjang kalau nak cerita semua. Rasa macam nak taip semua plot. Tapi tak best la pulak kan. Beli la novel ni. Nak beli yang baru cari kat Shopee. Leh guna coin dan Shopback. 😊

Saturday, June 29, 2019

Review novel : Perempuan Yang Paling Aku Cinta (PYPAC)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini adalah novel paling susah nak baca dan dapat sebab ianya LIMITED. Maksudnya hanya print beberapa naskhah saja. Yang prelive dijual memang tak masuk akal harganya. Saya pula terlewat jatuh cinta dengan karya Acik Lana. Bila dah baca beberapa novel dan jatuh cinta terus la cari yang lain untuk complete kan bacaan. Then baru tau kisah novel ni. Luckily AL buat Ebook. Terus grab walaupun tak de sen sangat masa tu. First time baca ebook dan tak de feel ok. Hahaha..


Sinopsis
Carl Hakimi, lelaki kasanova yang dah tentu kacak. Dia gunakan asetnya untuk menjerat wanita dan salah satu mangsanya adalah Bunga. Mereka berkenalan, bercinta dan memadu kasih semasa di kolej sehingga terlanjur. Malangnya selepas sekali terlanjur tu, Bunga di tinggalkan. Carl ke England mengikut keluarganya. Bunga kecewa, sedih dan lebih malang dia mengandung, dibuang kolej dan dibelasah ayahnya. Dia tiada tempat bergantung dan keseorangan. Selepas 7 tahun mereka di temukan semula malangnya Carl langsung tak ingat pada Bunga tetapi Bunga tidak pernah lupa pada satu-satunya lelaki yang telah mengecewakan dirinya. Syarikat mereka bekerjasama untuk satu projek dan Carl menggunakan kuasanya untuk mendekati Bunga. Bunga terpaksa mengendalikan program tersebut atas arahan Elman, ketuanya dan juga kekasihnya. Carl nanar bila mengetahu Elman berkasih dengan Bunga. Baginya Bunga miliknya tetapi Bunga melarikan diri dan dia bingung tanpa mengetahui sebabnya. Carl menyiasat berkenaan Bunga hinggalah dia tau penyebab Bunga benci pada dirinya. Carl tidak jemu dan bosan menawan hati Bunga. Bunga menafikan perasaanya pada Carl dan ingin mengahwini Elman. Adakah Elman menerima kisah gelap Bunga? Siapa Eusoff? Dapatkah Carl menyatukan Bunga dengan ibu bapanya? Bagaimana penerimaan ibu bapa Elman pada Bunga yang tidak lagi suci?

Bagi saya kisah novel ni biasa saja. Dah bileh agak ending dan jalan ceritanya. Tapi bila LE harusla nak baca dan bak tau apa yang bestnya sampai LE. Macam biasa kalau novel AL harus la watak hero dan heroin perfect nak mati. Handsome, cantik, berbudi bahasa, tak dak cacat cela langsung. 😉

Tuesday, June 25, 2019

Revie novel : Rindu yang terlarang


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya beli novel ini kerana penulisnya. Malangnya saya rasa kisahnya, jalan penceritaan agak kebudak-budakan. Saya rasa bisan nak meneruskan pembacaan. Lama saya berhenti. Lama juga masa diambil untuk meneruskan pembacaan.

Sinopsis
Faith dan Ainura berkahwin tanpa restu keluarga. Ibu bapa mereka bergaduh berkenaan isu tanah dan hubungan mereka tidak pernah nampak akan berbaik. Akibat mendapat tentangan keluarga mereka bernikah dengan diwalikan oleh tok wan. Bahagia mereka cuma sementara bila keluarga masing² mengetahui hubungan mereka. Ain di dera dan Faith dipaksa menceraikan isterinya. Selama 6 tahun masing² hidup merana. Bagi Ain, Faith telah mati. Dia sempurna drngan tok wan dan Fawwaz. Faith pula kemalangan dan koma. Baginya dia tidak ada keluarga. Pertemuan semula Faith dengan Ainura merubahkan kehidupan. Faith mula mengejar Ain. Ditambah pula dengan kehadiran Fawwaz, Faith lebih bersemangat. Ain pula tidak mahu hubungan baiknya dengan ibu bapa kembali rosak dengan berkahwin semula dengan Faith. Dia mula membuka hatinya pada Redza. Adakah Faith berjaya merebut hati Ain?

Saya bagi 2/5 untuk novel ni. Ini hanya pendapat saya. Boleh baca dan mungkin pendapat orang lain berbeza.

Monday, April 8, 2019

Review novel : Cemburu Seorang Aku


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hari ni saya nak review novel Lynn Dayana terbitan Poreng Kertas. Penulis favourite saya dan semestinya hasilnya tidak mengecewakan. Novelnya tebal dan tidak bosan membacanya. Bila dah start pegang memang susah nak stop.

Sinopsis
Sufi dan Tri berkawan baik sejak berumur 10 tahun. Keluarga mereka juga saling mengenali dan merestui hubungan mereka. Tri pernah melamar Sufi 5 tahun lepas tapi Sufi menolak dengan alasan belum bersedia. Hari ni, bila Tri bersedia ingin menamatkan zaman bujang dengan model, Hana dan Sufi rasa seperti dipukul. Dia kini sedar dia punya perasaan pada Tri tapi persediaan perkahwinan mereka sedang berlangsung. Sufi menyibukkan diri dan mengelak dari Tri tapi Tri walau apa jua keputusannya, dia mahu Sufi ada bersama. Ini menjadikan Hana rimas dan cemburu. Hana mengugut Sufi supaya tidak hadir pada majlis mereka dan Sufi akur. Malangnya Hana yang tidak datang saat mahu diijabkabulkan menjadikan Sufi sebagai penyebab. Tri berang dan tidak mahu Sufi wujud di dalam hidupnya. Sufi akur dan berpindah tempat kerja. Hana muncul semula dan mengumumkan tarikh pernikahan. Tri keliru. Lebih keliru bila Theya menceritakan hal sebenar. Bila Hana kemalangan dan Theya meninggal, Sufi sekali lagi jadi buruan wartawan dan polis. Perlukah Sufi berpindah ke planet lain supaya Hana puas atau biar dirinya mati saja?

Novel ini memang WAJIB dibaca bagi penggemar novel dan sediakan tisu banyak-banyak.

Wednesday, March 13, 2019

Review Novel Kerana Aku Untukmu


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya dah habiskan bacaan novel ni. Agak tebal macam Kamus Dewan. Cerita yang menarik dan olahan yang tidak membosankan. Berminggu gak masa untuk tamatkannya. Overall saya bagi 4/5 bintang.

Sinopsis
Zenia anak yatim piatu di bawah jagaan Nur. Bagi mebalas jasa Puan Norizan, dia bersetuju untuk berkahwin dengan anak lelaki Puan Norizan iaitu Fakhrul walaupun tanpa rasa cinta. Baginya cinta boleh di pupuk selepas perkahwinan. Malangnya selepas 2 tahun mereka tidak saling menyintai. Fakhrul dengan sifat buruknya, berjoli di kelab malam, berzina, dan minum arak. Fakhrul tidak pernah melayannya dengan baik. Darriz baru pulang dari luar negara atas permintaan ibunya. Masih bujang dan ibunya ingin menjodohkannya dengan anak kenalannya. Darriz menolak kerana dia tidak rasa mereka ikhlas ingin mendekatinya. Pada hari pertama Darriz bekerja di syarikat milik bapa saudaranya, dia jatuh cinta pandang pertama pada gadis yang ditemuinya di dalam lif. Gadis itu adalah Zenia. Adik Fakhrul di tunangkan dengan adik Darriz. Pada hari pertunangan adiknya, Darriz mengetahui yang Zenia isteri orang. Sejak dari itu dia mengelak dari Zenia walaupun di pejabat mereka harus berkomunikasi. Peranagi Fakhrul makin teruk bila Zenia mengetahui yang dia telah membuntingkan teman sepejabatnya. Dia berang bila Zenia menasihatinya dan minta di lepaskan. Fakhrul memukul Zenia. Zenia tiada pilihan lain, dia meminta bantuan Darriz. Selepas itu Darriz sentiasa ada bila diperlukan. Selepas campur tangan ibu Fakhrul dan pemberian wang dari Darriz, Fakhrul menceraikan Zenia. Darriz bernikah dengan Zenia walaupun mendapat tentangan ibu Darriz. Mereka mempercepatkan pernikahan kerana Aiman akan di ambil oleh keluarga lain untuk dijadikan anak angkat. Fakhrul memburu Zenia semula selepas sedar yang dia tidak boleh hidup tanpa Zenia sehingga melibatkan anggota polis. Apakah yang Fakhrul lakukan? Bagaimana nasib Zenia? Setiakah Darriz selepas mengetahui Zenia di rogol berkali-kali oleh bekas suaminya?

Saya recommend kan untuk membaca novel ni. Menarik, penuh plot.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...