Showing posts with label road trip. Show all posts
Showing posts with label road trip. Show all posts

Friday, February 9, 2018

Pengalaman menginap di Tok Aman Bali Beach Resort



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Masa bercuti ke Pantai Timur baru-baru ni kami berkesempatan bermalam di Tok Aman Bali Beach Resort. Pengalaman yang jarang sekali kami dapat rasa. Resort ini bertaraf 4 bintang dan harganya agak mahal bagi saya. Tambahan pula kami bercuti lebih kurang 5 hari. Kalau boleh jimat untuk hotel, saya akan jimat. Tapi lain pula suami. Dia mahukan tempat tidur yang selesa.

                                    

Berbalik pada cerita asal, hari terakhir kami di Perhentian, suami tanya destinasi seterusnya. Saya cakap Kelantan. Dia nak book hotel guna Traveloka. Katanya dia ada kupon diskaun. Rugi kalau tak guna. Masa di Terengganu lagu dia nak guna tapi tak jadi. Saya terus sebut Tok Aman Bali Beach Resort. Check harga lepas tolak diskaun dia dapat. Sebelum ni memang saya ada baca, resoort ni selesa, mewah, cantik dan sangat sesuai untuk percutian keluarga. Husband cakap harga di website Traveloka RM 163.48. Murah je la. Saya punya budget untuk penginapan masa percutian RM150 je. Husband kan ada kupon. Mesti lepas budget ni. Husband confirm balik, betul ke nak, dia nak terus proceed payment online. Saya cakap ok. Rupanya harga lepas tu cuma RM 106.27. Wah, berbaloi betul guna Traveloka.

                                          

Kami sampai di Jeti Kuala Besut 1 petang. Terus drive ke Resort. 10 minit saja perjalanan. Belum masa check in lagi. Husband nak pergi confirm bilik dulu. Takut gak tak de, pertama kali guna Traveloka. Pergi kaunter inform booking guna Traveloka. Beri nombor booking dan bilik dah ready, dah boleh masuk. Kami dekat blok C. Nun jauh di hujung sana. Nak sampai lalu dulu garden, pool. Semua bangunan 2 tingkat je. Saiz bilik nampak sama je. Beza bilangan katil kat dalam je rasanya.

                                                        

Masuk bilik tengok sekeliling. Anas paling teruja dan seronok bila bilik luas. Ada balkoni menghadap tasik dengan meja dan kerusi. Katil King. Meja kerja pun ada. Coffee set, toiletteries (sabun, syampu, lotion, berus gigi, shower cap dan cotton bud). Iron board dan iron pun ada. Paling penting ada sejadah. Selama ni bercuti hotel tak sedia sejadah dalam bilik. Kena turun pergi minta.

                                   

Wardrobe ada ukiran kayu di pintu. Mini fridge pun ada. Bilik mandi pun luas. Ada bath tub. Anas dan Auni tak sabar nak berendam. Shower di asingkan, bercermin. Bath tub di tutup dengan roller blind. Kalau anak-anak mandi, parents boleh monitor dari cermin. Bagus untuk keselamatan. Penginapan kami juga disertakan bersama sarapan pagi untuk dua orang.
       
                                            

Malam tu kami dinner di resort. Kebetulan masa petang tengok staf tengah prepare table. Husband suruh pergi tanya harga. Ada Mongolian Buffet dengan harga RM28 seorang. Pergi tengok menu dan proceed. Masa nak turun pergi dinner. Hujan sangat lebat. Nasib la kami tak keluar makan. Tak banyak pilihan makanan. Dessert ada kek, puding. Puding yang suka sempat makan satu je then habis. Tak de ganti dah pun.

                                     

Buah ada tembikai dan oren. Lain-lain nasi goreng, sate. Sate pantang letak je mesti habis. Last-last tu staf tak sempat letak. Ramai yang queue kat tempat bakar. Ada satu tempat tu semua bahan basah. Pilih nak apa bagi kat chef, sebut nombor meja dan bila siap masak dia hantar. Saya ambil kuew teow, daging, udang, fishball dan crabstik. Sedap. Air cuma ada oren je. Overall kami suami isteri puas hati dengan bayaran dan menu yang di hidangkan.

                                          
Malam tu kami tidur dalam kesejukan. Air cond ada, kipas pun ada. Yang buka air cond je. Tv tak buka pun. Channel basic macam hotel-hotel lain.

                                                     
                         
Esok pagi lepas Subuh, kemas barang dan mandi kami turun breakfast. Lokasi yang sama dinner semalam. Menu biasa² je. Tak best sangat pun. Roti, sosej, baked beans, telur, nasi lemak, buah, air oren dan kopi. Makanan biasa² yang ada masa breakfast.


                                             
                                                   

Balik hotel, ada surat khabar sangkut di pintu. Jarang² dok hotel ada bagi surat khabar ni. Saya kemas barang dan anak² mandi bath tub. 11 pagi check out.
                 
                                                  

Monday, October 30, 2017

Jalan-jalan Makan Angin - #AnSHoliday - Puchong, Kuala Selangor - Day 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah kami dah selamat sampai. Kali ni kami bercuti di Selangor. Cuti sempena ulang tahun kelahiran saya. Kami ke destinasi yang kami belum pernah jejak.

21/10/2017 - Sabtu

Minyak - RM86.80 (40liter)
Tol - RM54.40
Hotel - RM118

Bangun sebelum Subuh, masukkan beg dalam kereta. Baju dan kemas petang semalam. Lepas Solat, gerak ke Puchong, menghadiri majlis perkahwinan sahabat suami. 8 pagi singgah RnR Bukit Gantang, pergi tandas dan beli makanan alas perut. Anas dan Auni masih tidur. Trafik lancar. 10.30 pagi stop di Sg Buloh, isi minyak. Anak² dah bangun. Cari port mandikan diorang.


Sampai di rumah kawan 11.40pagi. 1 petang gerak ke lokasi yang kena berkumpul esok. Nak tengok kawasan dulu. Esok tak susah dah. Lepas jumpa kawasan berkenaan, pusing cari tempat untuk bermalam. Jumpa 2 hotel. Agak usang. Minta husband terus drive ke depen. Jumpa Sun Inns. Lokasi strategik. Depan food court. Deretan kedai makan banyak dan tesco pun dekat. Mudah sikit nanti. Tapi staf sangat biadap dan berlagak. Husband tak berkenan nak stay sini. Plan nak cari hotel lain. Jumpa di traveloka beberapa hotel.


On the way nak cari hotel, Anas nampak McD, request nak Mcd. Masa u turn, nampak Sea Lion Hotel belakang Mcd. Lepas beli Mcd, pergi tanya reception. Husband survey bilik dan dia setuju. Terus bayar dan check in masuk. Harga semalam RM118 + deposit RM50. Hotel queen bed, toileterries, air cond, tv astro channel dan ada wifi. Ada kolam renang kat bawah, kalau nak mandi kena bayar RM5. Water dispenser ada kat luar bilik.


Lepas Maghrib kami keluar makan. Kedai dekat² sini jr. Selera Dapo rasanya nama kedai. Dua² kami order tomyam. Sedap. Lepas makan balik bilii rest. Memang tak plan apa² aktiviti hari pertama ni. Esok baru ada plan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...