Showing posts with label #ansvacation. Show all posts
Showing posts with label #ansvacation. Show all posts

Monday, April 23, 2018

Trip ke Ipoh - Gunung Lang - Day 2



15/4/2018 - Ahad



8.30 pagi turun pergi breakfast. Breakfast di kafe sementara. Meja penuh, kami duduk side yang jauh dari makanan. Ada nasi lemak, bubur, buah, salad, roti, ommelete, kopi, teh, air oren, air peach, kuew teow goreng, cereal dan bihun/mi sup. Saya ambil sandwich, salad dan cereal. Auni makan buah, Anas makan cereal. Lepas makan Anas Auni excited nak mandi kolam tapi kolam kanak² dah ditutup. Mungkin sebab kejadian semalam. Area kolam tak leh masuk. Naik bilik mandi dan siap untuk check out.


Lepas check out singgah kedai Eco beli makanan ringan dan mainan kat Anas. Dah janji dengan Anas semalam nak beli mainan. 12 tengah hari sampai Gunung Lang. Alhamdulillah cuaca elok. Tiket masuk RM3 dewasa dan RM1.50 untuk kanak² umur 4-11 tahun. Tunggu turn naik bot. Penjaga tiket bot bisu kot. Bagi arahan guna tangan je. Saya tak paham pun. Rupanya dia suruh pergi pondok pengawal untuk potong tiket. Bot cantik, selesa. 5 minit je sampai balik sana, Taman Rekreasi Gunung Lang. Ada perkhidmatan sewa basikal, taman permainan, sangkar burung, merak, kerbau, emu, ostrich dan lain-lain. Cuaca panas sangat. Nasib baik kami bawa air. Kat sini tiada makanan minuman di jual di sini.


Husband dan Anas tak nak jalan² sangat sebab panas. Saya la paksa bergambar. Lepas habis pusing kami pergi beratur untuk naik bot. Masa ni dah ramai orang. Lepas 2 bot baru sampai giliran kami. Sampai stesen balik sana kami bergambar lagi dan terus gerak ke Hotel Lost World. Hotel dah tempah 2 minggu sebelum. Entri berkenaan Lost World di entry lain.


Monday, November 13, 2017

Sky Mirror


Assalamualaikum dan salam.sejahtera.

Masa plan nak bercuti di Selangor, saya blogwalking mencari destinasi menarik sekitarnya yang unik dan jarang². Tak nak la pagi Sunway Lagoon ke Gambang ke shopping mall. Itu dah biasa sangat. Then masa survey nak stay kontena mana, terjumpa tentang sky mirror di website Padi Box. Tengok gambar cun. Terus saya contact person in charge tanya tentang itu. Tetapi si dia kurang mahir komunikasi english dan Malay. Lain saya tanya lain yang jawab. Banyak yang dia reply wording chinese ke mandarin tak tau. Saya pergi google translate pun lintang pukang maksudnya. Masa tu banyak persoalan di fikiran saya berkenaan sky mirror.


Di sebabkan tak nak salah paham, saya blogwalking. Tak ramai melayu yang pernah jejak kaki ke sini. Tapi dari beberapa orang yang dah pergi saya dah faham. Sky mirror cuma ada ketika air surut. Kena pergi tempat berkenaan sebelum air surut. Masa tu posing la camna pun. Pastu kena tunggu air pasang baru leh balik. Ada tarikh² tertentu sahaja untuk pergi ke sana. Ada beberapa agen yang kendalikan trip ke sana. Dan harga berbeza sikit.

Saya list harga yang saya dapat.

Agen A
adult rm80 (age 12 and above)
Kid rm70 (age 3-11)
*Kids below 3 free

Agen B
adult rm70 (age 12 and above)
Kid rm55 (age 3-11)
Rm10 (below 3)

Agen C
Mykad Holder - RM80.00
Mykid Holder - RM60.00


Nampak tak beza harga? Saya pilih agen B, Vivian namanya. Dia mahir berbahasa Inggeris dan melayu. Mudah nak komunikasi dan menjawab semua pertanyaan saya. Bincang dengan suami berkenaan plan kami ke sana. Pilih date yang sesuai dengan jadual perjalanan kami dan inform date. Dah confirm kena bayar booking. 3 hari sebelum Vivian message bagi location tempat berkumpul.


Hari berkenaan jumpa vivian di lokasi yang ditetapkan jam 10 pagi. Ramai kumpul di sini. Pergi lapor diri kat vivian dan vivian pas wristband yang kena pakai sepanjang tour. Wristband berfungsi sebagai ID yang kami ni team Vivian. Team Vivian pakai baju biru ada tulis Rainbow Sky Mirror. Kemudian drive ke jeti. Di Jeti park kereta ikut arahan orang di situ dan bayar RM5. Semua yang parking situ yang naik bot ngan vivian.


10.20 pagi bertolak dengan bot. Kami pakai selipar. Husband seluar pendek. Saya gigih pakai jeans. Mula tu dah sarung seluar lain tapi sedap jeans jugak. Mula-mula perjalanan bot ok. Lepas 10 minit bergelombang rasa isi perut dan kepala. Air merecik masuk jangan kata la, memang melimpah ruah. Tempat duduk saya memang basah. Bahagian kaki pun sama. Dalam bot ni kami sahaja melayu. Lain-lain chinese yang pakai short dan skirt pendek.


10.40 pagi sampai di lokasi. Ramai orang. Tak tentu arah kami nak buat apa. Anas Auni mula-mula menangis tak nak jalan. Kami shoot gambar satu keluarga. Nak gerak jauh takut hilang dengan grup kami. Salah seorang team agen panggil kami minta ikut dia ke lokasi. Katanya situ ambil gambar lagi elok dan mereka boleh ambilkan. Terus ikut dia sampai ke hujung. Memang tak de orang. Elok letak barang nak adjust anak², mula la ramai lalu situ. Bagusnya ejen kami semua berbaju biru lengan panjang dan ada tulis nama company mereka. Senang nak kenal. Sama macam kami kena pakai wristband untuk tahu datang dengan mereka.


Team Vivian ada la dalam 6 orang. Semua duk port masing² dengan posisi meniarap. Bwratur la kat tepi tu tunggu turn. Kami malas beratur. Shoot je ikut suka kami. Anas Auni demam memang tak bagi kerjasama. Auni masa awal je ok, lepas tu nak berdukung je. Anas, bila saya kata main la pasir dengan air tu, seronok la dia main. Panggil nak bergambar memang tak layan. Dah tak sihat, tak pe la. Ikutkan awal tu nak batalkan je tapi deposit memang tak dapat balik. Rugi la pulak kan.


Dekat sini tanah lapang berair. Air paras tapak kaki je. Berkaki ayam di sini. Asut semua kena tinggal dalam bot. Bawa air masak. Buang air siap² dekat jeti sebelum naik bot. Boleh bawa props sendiri. Saya tak sempat nak beli sebab suami demam seminggu sebelum trip. Vivian ada sedia sebakul props. Guna je. 12 lebih semua dah mula beredar. Naik bot diberi roti, nasi lemak, keropok dan air mineral. Bot menuju ke lokasi mana ntah. Ada yang turun. Ada toilet kot. Lama gak kat sini. Nak tanya pun tak de yang boleh komunikasi. Saya lak berat mulut dan kepala pening. Sudahnya pejam mata.

2.15 petang, bot gerak balik. 2.30 sampai jeti. Staf yang kerja dengsn Vivian bagus. Sentiasa membantu. Tolong pegang Auni masa saya nak turun naik bot. Vivian sambut depan bot. Bayar duit baki. Husband tukar seluar. Anas tidur, lapik dengan towel je. Baju seluar memang basah. Husband terus drive ke Padi Box. Di situ baru mandi, tukar baju.

Monday, October 30, 2017

Jalan-jalan Makan Angin - #AnSHoliday - Puchong, Kuala Selangor - Day 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah kami dah selamat sampai. Kali ni kami bercuti di Selangor. Cuti sempena ulang tahun kelahiran saya. Kami ke destinasi yang kami belum pernah jejak.

21/10/2017 - Sabtu

Minyak - RM86.80 (40liter)
Tol - RM54.40
Hotel - RM118

Bangun sebelum Subuh, masukkan beg dalam kereta. Baju dan kemas petang semalam. Lepas Solat, gerak ke Puchong, menghadiri majlis perkahwinan sahabat suami. 8 pagi singgah RnR Bukit Gantang, pergi tandas dan beli makanan alas perut. Anas dan Auni masih tidur. Trafik lancar. 10.30 pagi stop di Sg Buloh, isi minyak. Anak² dah bangun. Cari port mandikan diorang.


Sampai di rumah kawan 11.40pagi. 1 petang gerak ke lokasi yang kena berkumpul esok. Nak tengok kawasan dulu. Esok tak susah dah. Lepas jumpa kawasan berkenaan, pusing cari tempat untuk bermalam. Jumpa 2 hotel. Agak usang. Minta husband terus drive ke depen. Jumpa Sun Inns. Lokasi strategik. Depan food court. Deretan kedai makan banyak dan tesco pun dekat. Mudah sikit nanti. Tapi staf sangat biadap dan berlagak. Husband tak berkenan nak stay sini. Plan nak cari hotel lain. Jumpa di traveloka beberapa hotel.


On the way nak cari hotel, Anas nampak McD, request nak Mcd. Masa u turn, nampak Sea Lion Hotel belakang Mcd. Lepas beli Mcd, pergi tanya reception. Husband survey bilik dan dia setuju. Terus bayar dan check in masuk. Harga semalam RM118 + deposit RM50. Hotel queen bed, toileterries, air cond, tv astro channel dan ada wifi. Ada kolam renang kat bawah, kalau nak mandi kena bayar RM5. Water dispenser ada kat luar bilik.


Lepas Maghrib kami keluar makan. Kedai dekat² sini jr. Selera Dapo rasanya nama kedai. Dua² kami order tomyam. Sedap. Lepas makan balik bilii rest. Memang tak plan apa² aktiviti hari pertama ni. Esok baru ada plan.


Tuesday, December 13, 2016

Celebrate husband birthday - The Royale Bintang, Penang Amazing World Studio, Toys Museum


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kalau birthday saya tahun ni di sambut di Melaka, birthday husband di sambut di Penang. Biasanya birthday hubby memang celebrate sekitar utara je sebab birthday dia hujung tahun, masa cuti sekolah. Nak jalan jauh memang makan modal. Semua harga pun mencanak naik sebab musim cuti sekolah. Kali ni check in hotel idaman dia. Lama dah dia sebut² nak stay kat situ. Cuti awal sebulan lagi kami dah apply. Birthday dia jatuh pada jari Jumaat dan cuti kami ambil bermula dari khamis.

2 minggu sebelum bercuti saya survey tempat nak pergi dan hotel nak stay. Masa tu belum decide lagi nak stay hotel idaman Hubby. Beberapa kali tanya dia nak stay mana, pergi mana , tapi dia bagi jawapan nak tak nak je. Sudahnya saya yang list down sendiri list tempat nak pergi beserta detail dan share link hotel yang ada kat groupon. Lagi 10 hari nak cuti baru dia bersuara nak stay hotel itu. Saya pun survey harga. Lepas tu discus berdua dan confirm nak stay situ.


Ni harga kat website. Beza Superior dan Deluxe dari segi saiz bilik, katil king, double single dan view (pool / city). Inform pada hubby harga ni. Harga di atas tak termasuk breakfast. Yang mampu nak ambil Superior room je la RM252 nett.


Ini pula harga bila saya search di Trip Advisor. Lebih mahal dan belum campur tax. Kemudian saya call hotel. Dari perbualan kami, harga online booking untuk Superior Room RM252 nett. View bilik dan jenis katil depend on availability. Juga boleh book via phone dan walk in. Lebih awal book boleh la request nak jenis katil dan view bilik. Harga booking via phone / walk in RM253 net without breakfast.

Then, saya tanya tentang government rate. Harga yang sama RM253 tapi beserta breakfast. Staff ID kena ada semasa booking dan check in. Untuk booking via phone / website kena ada kad kredit. Saya ada kad debit saja. Dengan kad debit akan full deduct masa booking. In case cancel, tak dapat la refund.

2 Disember, saya ada hal di area sana dan terus ke hotel untuk tanya tentang bilik. 2 kali gak pusing cari parking. Masuk kali ke3, suruh hubby ikut je laluan tepi yang tunjuk arah ke lobi hotel. Rupanya ruang parking memang di sediakan di situ. Terus ke kaunter, inform date check in, check out dan tunjuk pas kerja. Harga sama macam perbualan di telefon. Saya request nak tengok bilik untuk beza superior dan deluxe. Katanya Deluxe ada balkoni.
Antara fasiliti yang dapat bila check in
Di Park Royale hotel
Kami di bawa oleh staf untuk tengok bilik dan bilik superior nampak lebih best. Hubby pilih nak superior room. Request untuk superior room, pool view dan king bed. Staf  fill up form dan tulis request saya. Beberapa details kena inform. Selepas itu, staff repeat details dan date check in check out. Lepas semua betul dan selesai. Tak perlu buat bayaran. Hari check in, tunjuk IC dan pas kerja je. Waktu check in 2 petang dan check out 12 tengah hari.

Hari check in kami sampai awal. Dalam 12 lebih camtu. Tau waktu check in 2 petang. Ingat nak settle check in lepas tu pergi mana2. Petang baru nak masuk bilik. Rupanya bilik dah ready. Itu lah bagusnya kalau booking awal. Masa di kaunter kena bagi IC dan bagi staff ID untuk photostat. Saya bawa pas kerja je. Saya kena sign surat yang ada tunjukkan saya punya bil iaitu RM253 kemudian diberi kad bilik 2 keping. Bayaran RM300 termasuk deposit. Resit di beri dan kena tunjuk resit semasa chec out untuk bayaran semula deposit. Semasa penyerahan kad bilik, staf ada inform arah lif bilik dan arah cafe untuk breakfast esok pagi. Juga di beritahu waktu sarapan dari jam 7 pagi hingga 10.30 pagi.

Decoration di lobi hotel
Parking disediakan percuma untuk penghuni hotel. Multi level car park. Masuk parking macam biasa. Ambil kad. Sebelum keluar parking, kena cop di kaunter receptionist. Baru tak di kenakan bayaran. Stop je di hadapan hotel dan staf nya akan datang ambil beg. Welcoming drink juga disediakan, ice lemon tea. Memang sedap minum masa panas terik. Kejadian dalam lif memang lawak. Bilik kami tingkat 3 tapi bila masuk lif, button nombor 3 tak menyala. Nombor 2 boleh. Kami naik tingkat 2 dan keluar, masuk semula ke lif yang berlainan. Masih sama. Nombor 3  tak leh tekan. Suruh hubby tanya orang tapi dia buat tak tau. Nasib la masa dekat tingkat 2 ada couple masuk nak ke lobi, check out. Dia la beritahu yang kena scan kad di button baru leh tekan ke level yang kita nak.


Bilik kami kedudukannya di hujung. Masuk bilik dan kami berpuas hati sepenuhnya dengan keadaan bilik. Katil king seperti kami pinta dengan pool view. Buka langsir nampak kolam. Memang teruja anak² tengok. Bantal 4 biji disediakan. Katil yang comfortable. Air cond sangat sejuk. Adjust temperature pun sejuk jugak. Bilik air, toilet dan sinki berasingan. Tak de masalah kalau seorang nak guna toilet masa seorang lagi mandi. Hair drier disediakan. Iron, iron board, torch light juga ada. Mini fridge, kettle dan kelengkapan minuman yang pelbagai. Mini bar juga ada. Kalau makan, bayar la ye. Wifi disediakan sepanjang ada kat hotel. Password di beri masa check in bersama kad bilik. Wifi laju gak dan coverage luas. Luar hotel pun ada lagi coverage. Tv flat screen dengan channel astro asas. Channel HBO dan cartoon pun ada.


Lepas solat kami jalan kaki ke Penang Amazing World Studio. Dekat je dari hotel. Dengan bayaran masuk seorang RM28 dan kanak² bawah 4 tahun percuma. Lengang dalam tu. Auni dah tidur masa ni. Sama ja konsep macam 3D muzium yang lain. Cuma disini lebih tinggi teknologinya. Gambarnya lebih tertumpu pada superheroes. Pergi sini pun sebab Anas yang sangat sukakan Superhero. Bergambar 3D, whirl video dan beberapa art berkenaan barang masa dulu contohnya kedai mamak, kedai gunting rambut, kedai runcit dan banyak lagi.



Keluar dari muzium dah 4 petang. Kami belum lunch. Hubby ajak jalan kaki je cari makan tapi saya dah penat jalan. Nak naik kereta je. Masuk bilik solat zohor dan husband seorang je keluar beli makan kat foodcourt area hotel. Sedap juga nasi goreng sotong situ. Lepas makan, solat asar pergi pool. Dah janji dengan Anas nak bawa dia mandi situ. Seronok dia berendam situ.



Lepas mandi, masuk bilik berehat. Lepas maghrib keluar cari makan. Pusing² cari kedai makan. Husband nak makan tomyam tapi keliling hotel tak de kedai camtu. Plan nak ke batu feringgi je tapi Anas dah cranky. Mengantuk la dia dah tak tidur siang. Siang lak berjalan merata + berendam kolam lagi. Singgah kedai area Hospital Pulau Pinang je. Dua² menu kami kurang sedap. Lepas makan balik bilik rehat.


 9/12/2016
Hari birthday husband hari ni. Pergi sarapan di cafe hotel. Sebut nombor bilik dan dibawa ke meja yang bersesuaian. Kami usung stroller masuk hotel. Lepas sarapan naik bilik tukar baju. Husband nak mandi dengan Anas. Saya dan Auni duduk tepi kolam je tengok. Ada gak la rendam Auni, nangis dia. Takut kot tengok air banyak. Lepas tu naik bilik mandi, kemas beg dan ready nak check out.



Hubby ambil kereta park depan lobi hotel dan staf hotel tolong masukkan dalam kereta. Saya berpuas hati dengan etika kerja staf di sini. Cuma masa check in staf di kaunter kurang mesra dan agak tegas. Lain² sangat ramah mesra. Saya sangat jarang tinggal di hotel ada bintang ni. Biasanya stay di hotel bajet je. Kurang la pengalaman layanan mesra staf macam di sini. Setahun sekali boleh la tinggal di hotel bintang². Okay, balik pada kisah kami. Saya uruskan check out. Bawa resit ke kaunter. Sign dan di beri wang deposit RM47. Sebelum tu staf ada tanya, samada ada ambil barang dari mini bar tak. Selesai check out, kami ke destinasi seterusnya, Toys Museum tapi husband solat Jumaat dulu di Masjid terapung batu Feringgi.


Plan nak ke sini sebab Anas. Dia suka sangat dengan superhero dan saya tengok gambar pengunjung yang dah ke sini dan saya pasti dia akan suka. Cuma bayaran masuk agak mahal. Kanak² seusia 2 tahun dah dikenakan bayaran. Dan bayaran dewasa juga mahal. Tempat tu panas. Besar dan banyak mainan di pamerkan. Jika di sediakan kerusi untuk duduk mungkin lebih baik. Kanak² memang teruja dalam tu. Mereka ambil masa yang lama melihat satu² koleksi dalam tu. Ibu bapa tentu letih. Kalau ada kerusi lebih baik kan? Laluan juga tidak terurus. Pintu sama yang masuk dan keluar. Banyak yang perlu di perbaiki. 

Tiket hanya tulis tangan. Kalau print mungkin lebih elok. Bayaran masuk RM26 dewasa dan RM19 kanak² 2 tahun. Masa kami di sini ada keluarga yang anak 4 orang berusia lebih 2 tahun. Bila di beritahu bayaran tiket Lebih RM120 dia tidak jadi masuk. Mungkin pelancong, kekangan wang dan semestinya mengecewakan anak². Jika dibuat pakej untuk tiket 2 dewasa, 2 kanak² lebih memudahkan pengunjung. Sekadar pendapat saya. Lepas ke Toys Museum terus ke rumah kawan husband nak pick up hadiah birthday husband. Minta kawan tolong bawa balik sebab hadiah sampai hari husband cuti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...