Showing posts with label romance novel. Show all posts
Showing posts with label romance novel. Show all posts

Monday, January 29, 2024

Review Novel : Dear Dahlia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel yang dibeli masa PBAKL 2023 atas suggestion penulis novel lain. Rupanya Calla Lily adalah Farah Husin. Not bad kisahnya. Masih ada cliche tapi acceptable dan bahasanya tak cringe.
Novel boleh juga dibeli di sini https://shope.ee/A9sR8Jw1n5

Sinopsis

Dahlia yang bwkerja sebagai tour guide di Langkawi dimint untuk jadi personal TA untuk Darren. Bekerja bersama Darren, dia perlu mematuhi beberapa syarat. Tujuan Darren ke Langkawi adalah untuk menjejaki ayah kandungnya. Perkenalan singkat tu buatkan mereka jatuh hati tapi masing-masing merahsiakan perasaan mereka. Hinggalah kedatangan ibu Darren menyebabkan hubungan mereka putus. Darren membenci dan berdendam dengan Dahlia tetapi Dahlia tidak membuka hatinya kepada mana-mana lelaki. Selepas 5 tahun, Dahlia membantu DD di stesen komuter dan kerana terhutang budi, DD ingin menjadikan Dahlia sahabatnya. Malang buat dahlia bila mengetahui tunnag Dahlia adalah Darren. 

Apakah kesudahan hubungan Darren, DD dan Dahlia?

Monday, October 31, 2011

review novel : 7 lautan kucari cinta




Salam..
How ur days? My day biasa - biasa saja. ^__^
Last weekend pulang ke rumah in law.. Dari jumaat sampai ahad.
Rasanya ni lah tempoh yang paling lama pulang ke sana selain dari tempoh bersanding T__T
Teruk kan? T__T
After wedding I & Hubby gigih bekerja ^__^ Hubby nak cover balik apa yang dah habis masa wedding
Saya lak nak cover balik cuti yang terabis.
So dengan lembabnya broadband celcom coverage di kampung maka saya gigih membaca novel di atas sampai habis. ngeeeee

So.. back to topic ok Miza. pada penggemar novel dan tulisan Nass Alina Noah mesti tau gaya bahasanya
Saya memang suka baca tulisan beliau. sangat sempoi dan tidak skema.
Novel ini dalam list recommended :)
4 bintang saya bagi dr 5 (4/5). Boleh jadi edisi susah letak
Saya senang letak sebab banyak godaan.. ngeeee

SINOPSIS

Cici, anak jutawan dari isteri kedua telah putus cinta dengan Charlie yang playgirl & kaki kikis.
Akibat frust, Cici nak bunuh diri terjun longkang (lawak betul). Armando selamatkan dia. Cici ajak Armando kahwin dengan ganjaran 1 juta & diorang kahwin hari itu jugak.

Cici tak tahu langsung Armando nye background. actually Armando educated, anak jutawan & bakal bertunang. Setelah berkahwin Armando jalankan tanggungjawabnya sebagai suami tetapi Cici masih angau dgn ex-bf. Malangnya Cici dapat tahu yang ayahnya terlibat dengan BPR dan semua harta ayahnya disita.
Ayah Cici lak terlantar di hospital.

Armando berusaha untuk gembirakan Cici dengan pelbagai cara. Cici terus memburu Charlie. Charlie ak ambil kesempatan minta wang dengan Cici dan bla bla bla (banyak lagi benda bodoh yg Charlie mintak)

Sampai Armando dan Cici jatuh cinta tapi masing2 tak sedar. Armando lak kecewa bila dapat satu berita pasal Cici dan tinggalkan Cici. Cici lak baru buka mata pasal Charlie dan sedar dia cintakan Armando tapi dah terlambat~

Sekian, ^__^ tak bestla crita sampai ending,
Sangat berbaloi beli ok!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...