Friday, October 29, 2010

persediaan bakal pengantin perempuan


msg yg di forwardkn oleh my bestie kat miza... tQ PAAH


Wahai anak-anak gadis ku...

Ini tidak ada dalam kitab, jadi tidak perlu ummi sertakan nas dan dalil.

Ini hanya tips untuk bakal pengantin perempuan.

Apa yang dibuat dengan wang hantaran yang diberikan oleh bakal suami.

a) sebulan sebelum bernikah, mula membelek diri, belek muka, buat facial dan rawatan wajah.


b) 2 minggu sebelum bernikah, mula pakai lulur, mandi sauna.Tujuan nak buang kerak dan daki yang ada.

c) 1 minggu sebelum bernikah, buat mandi susu untuk lembutkan kulit.


d) 3 hari sebelum bernikah, buat urutan badan...


e) Beli sedikit keperluan bersolek, beli minyak wangi.


f) Beli cadar pengantin yang cantik dan lembut, jadikan kamar pengantin seperti syurga.

g) Ada wangian terapi atau aromaterapi.

Perkara ini tidak memerlukan kos yang tinggi jika anak-anak bijak buat sendiri.

Pakaian semasa majlis pernikahan, jangan beli yang mahal berlace, kalau hanya untuk pakai sekali.

Kalau ada baju saudara, atau sepupu atau teman, pinjam sahaja untuk waktu bernikah.

Yang tidak boleh pinjam ialah baju tidur malam. Tu kena beli sendiri.

Kenapa kena buat semua ni? Untuk bakal suami.

Sebab tu jangan minta duit ibu bapa untuk keperluan diri bagi mempersembahkan pada suami

( jika tidak bekerja) gunakan wang hantaran yang diberikan.


gbr dr GOOGLE

Wednesday, October 27, 2010

lucky visitor


tq to mama sbb kasi adiah tuk miza...
miza adlh plwt bertuah mama ms bw ke blog mama..
visitor ke 4444..
so mama nk kasi adiah..
nnt da smpai adiah, miza wat n3 len lak...

Sunday, October 24, 2010

iT's My BiRtHdAy



happy birthday to me.. ngeee..

sungguh best.. even xde party besar2an dan balloon di sana sini...

hanya wish dr kwn2, mak ayah dan adik berserta tunang tersayang sudah cukup membahagiakan..

bonus pabila mendapat adiah dr mereka...

dan tidak dilupakan buat sahabat baikku adeiq yg membuat 1 entry khas sempena birthday ku..

ilebiu la adeiq.. sungguh terharu aku..

deiq.. aku x jumpa pon gbr kita berdua dlm lappy aku..

pasan x kita xnah tgkp pic berdua xcept kat KFC mlm tu..

after dis kita snap byk2 k...

thanks to all..

my dad, my mom.. my bro..my sis.. my fiance..my bestie.. n all the friends~

Saturday, October 23, 2010

update

currently preparation wedding yg ciput

kad kawen da order kata nya 2/52 lg br siap.. free bunting.. ingt nk tmbh 1 g bunting

pre wedd shoot- da ada theme, tempat.. date mid @ end nov

brg kawen - incik tunang da submit. tgu dia nye approve - mgu depan katanya. dan brg sy bkl di submit juga.. soalan interview x belek lg.

bj kawen br p survey.. :nanges:

bj nikah - sok siap

MUA - sok br nk p book..

hantaran - da siap beli semua

smua nk wat sok... kenapa????

sok encik tunang amik cuti sebab my besday

poyo nyr.. huahua...

so kesempatan dua2 cuti br leh nk smbg wat preparation

Sunday, October 17, 2010

PROSEDUR PERKAHWINAN

n3 ni miza nk cerita pasal prsedur perkahwinan di penang n perak.
last week miza n tunang da p amik borang kat pejabat agama daerah masing2..
miza amik kat butterworth, png n encik tunang amik di daerah kerian, perak.

ms nk amik borang ni miza kna isi dlm buku nama miza n ic no pastu bayar rm1..
then akak kat kaunter tu akn gtau bahagian mn yg kena isi dan dokumen2 diperlukan sms nk submit brg n interview.
snarai soalan tuk interview juga di sertakan.
mcm encik tunang lak diorg juz bg brg. so dia mcm terkebik2 xtau mn 1 kna isi n tak..
pastu xde snarai benda2 yg nk kna bw ms submit n snarai soalan temuduga..

dia pon pas isi trus p jumpa penolong daftar nikah kwsn dia tuk sign tp kna reject sbb x lengkap.
then pen pendaftar nikah xplainkn yg dia kna bw

  • surat akuan bujang
  • sijil kursus kahwin (asal dan salinan)
  • ic bakal pengantin perempuan dan laki
then dia kna g amik sign penolong pendaftar nikah kwsn sana
n bw bersama HIV test yg da lengkap dan submit ke pej. agama daerah tuk di approve.
da approve n interview br diberi kepada pihak perempuan.

mcm miza lak (bhgn pulau pinang)

pg tu miza g wat HIV test dulu. (byr rm1)
patutnye staff kesihatan xyah byr tp rm1 je pon.. malas nk gtau yg staff..

da setel HIV test br p amik brg..
dlm brg miza kna isi particular bakal pengantin laki dan pompuan n wali.
pastu kna amik sign dr ahli qariah masjid & imam masjid yg nk akad nikah.
pastu submit bersama - sama senarai brg yg diperlukan iaitu -

  • salinan ic laki, perempuan dan wali
  • hiv test
  • sijil kursus kahwin asal dan salinan
  • brg kahwin phak laki yg da lgkp dan disahkan
ni lak yg miza copy paste dari Jabatan agama Islam Pulau Pinang..
mgkn ni lebih mudah phm dr pe yg miza taip..

PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN (LELAKI)

  1. Dapatkan Borang 1 ( Permohonan Kebenaran Berkahwin untuk Lelaki) dengan harga RM1.00 di Pejabat Agama Daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen-dokumen berikut :-

  • Salinan kad pengenalan pemohon, bakal suami dan wali atau pasport (Jika pemohon warganegara asing).
  • Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan.
  • Borang Ujian Saringan HIV.
  • Surat Perakuan Perceraian( jika pemohon janda).
  • Salinan kenyataan Islam ( jika pemohon memeluk Islam).
  • Kelulusan daripada KAGAT/PDRM ( jika anggota Tentera/Polis).
  • Borang wakalah wali ( jika perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah)
  • Salinan Sijil Kematian (jika suami atau bapa meninggal dunia).
  • Surat Pengesahan Pemastautinan Pemohon.
  • Surat kelulusan berkahwin daripada Kedutaan dan Jabatan Imigresen(bagi bukan warganegara).
  • Kebenaran Berkahwin Lelaki.
  1. Pastikan borang permohonan disahkan oleh 2 orang Ahli Jawatankuasa Qaryah atau Pegawai Masjid berserta cop rasmi qaryah untuk pengesahan butiran pemohon kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
  2. Pastikan borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang dilampirkan dibawa pemohon kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Pejabat Agama Daerah untuk temuduga dan ditandatangani. Sila pastikan borang tersebut turut dicop oleh Penolong Pendaftar berkenaan.
  3. Kemukakan borang permohonan ke Pejabat Agama Daerah berkenaan dengan bayaran RM5.00 untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin. Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon.

PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN (PEREMPUAN)

  1. Dapatkan Borang 2 ( Permohonan Kebenaran Berkahwin untuk Perempuan) dengan harga RM1.00 di Pejabat Agama Daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
  2. Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen-dokumen berikut :
  • Salinan kad pengenalan pemohon, bakal suami dan wali atau pasport (Jika pemohon warganegara asing).
  • Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan.
  • Borang Ujian Saringan HIV.
  • Surat Perakuan Perceraian( jika pemohon janda).
  • Salinan kenyataan Islam ( jika pemohon memeluk Islam).
  • Kelulusan daripada KAGAT/PDRM ( jika anggota Tentera/Polis).
  • Borang wakalah wali ( jika perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah)
  • Salinan Sijil Kematian (jika suami atau bapa meninggal dunia).
  • Surat Pengesahan Pemastautinan Pemohon.
  • Surat kelulusan berkahwin daripada Kedutaan dan Jabatan Imigresen(bagi bukan warganegara).
  • Kebenaran Berkahwin Lelaki.
  1. Pastikan borang permohonan disahkan oleh 2 orang Ahli Jawatankuasa Qaryah atau Pegawai Masjid berserta cop rasmi qaryah untuk pengesahan butiran pemohon kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
  2. Pastikan borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang dilampirkan dibawa pemohon kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Pejabat Agama Daerah untuk temuduga dan ditandatangani. Sila pastikan borang tersebut turut dicop oleh Penolong Pendaftar berkenaan.
  3. Kemukakan borang permohonan ke Pejabat Agama Daerah berkenaan dengan bayaran RM5.00 untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin. Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon.


ni lak yg miza copy pate dr Jabatan Agama Islam Perak


Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin (negeri perak)

2.1. Pengesahan Permohonan Berkahwin

i) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan pemohon yang membuat permohonan kebenaran berkahwin adalah tinggal atau bermastautin di kawasan kariahnya.

ii) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan permohonan untuk berkahwin menggunakan borang yang ditetapkan.

iii) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan di isi dengan lengkap oleh pemohon

iv) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan kebenaran berkahwin dilampirkan bersama dokumen-dokumen berkaitan seperti berikut:

  • - Salinan Sijil Kelahiran.
  • - Salinan Kad Pengenalan.
  • - Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI
  • - Surat akuan teruna yang dikeluarkan oleh majikannnya atau surat akuan sumpah teruna sekiranya beliau tidak mempunyai majikan jika pemohon seorang lelaki.
  • - Surat perakuan cerai jika pemohon bercerai hidup.
  • - Surat perakuan mati jika pemohon bercerai mati.
  • - Surat akuan memeluk agama Islam jika saudara baru.
  • - Surat kebenaran daripada Jabatan polis jika pemohon anggota polis.
  • - Surat kebenaran dari angkatan Tentera jika pemohon anggota tentera.


V) Setelah berpuashati Penolong Pendaftar hendaklah mengesahkan status pemohon di dalam ruang yang disediakan dalam borang permohonan perkahwinan berkenaan.


2.2. Kebenaran Permohonan Berkahwin

i) Pendaftar hendaklah menerima permohonan yang telah disahkan oleh penolong pendaftar kecuali bagi sub peraturan ( iii )

ii) Pendaftar hendaklah memastikan borang perkahwinan diterima selewatnya tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dicadangkan.

iii) Pendaftar boleh menerima borang permohonan perkahwinan bagi kes-kes tertentu.

iv) Setelah berpuashati Pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran berkahwin melalui catatan dalam borang permohonan bagi perkahwinan dalam negeri. Manakala bagi permohonan perkahwinan luar negeri dan tempat lain dikeluarkan melalui surat kebenaran.



sedikit info ttg HIV test

  • boleh dijalankan di klinik kesihatan kerajaan sahaja
  • bg daerah butterworth - hari isnin, rabu & jumaat di KK butterworth, selasa dan khamis di KK kepala batas @ KK seberang jaya

sekian~

Friday, October 15, 2010


sy sgt letih.. xtra letih n penat
walaupun idea byk nk update blog.. keje sgt bz dan teruk makin hari.
sy bkn lah seorg pekerja yg mampu ngadap pc @ lappy sms keje..
sy hya buka lappy apabila berada di rumah.
itupon kalo sy mampu..
biasanya balik keje trus terkulai.
sy bknlah bekerja yg bekerja dlm ofis berhawa dingin dan duduk di kerusi yg selesa..
sy hanya lah pekerja yg terpaksa berdiri lebih dr 7jam dan adakalanya melakukan kerja smbil berkejar ke sana sini sehinggakan x sempat mkn dan ke tandas..
st slalu bekerja lebih masa tp x dpt nk claim OT..

sy berhutang n3 tentang prosedur perkahwinan di penang dan perak
juga persiapan perkahwinan saya setakat ni..
persiapan perkahwinan sy juga terganggu akibat dr keletihan dan kesibukkan sy ini.
moga sy diberikan kekuatan untuk meneruskan semuanya... amin

* bajet 2011 - bonus staff gov xde.. imbuhn rm500 je bg bln disember (adiah kawen)

Wednesday, October 13, 2010

2nd award from kina~


hoyeaahhh..
dpt award.. ni award ke 2 yg miza dpt..
from kina.. ni add link nye..
http://our-wedding-journal.blogspot.com/

thanks Kina...

Syarat-syarat award ni

1) Thanks the person who give you this award-done
2) Link that person at your blogroll-done
3) Spread to 15 blogger which you think awesome - byknye.. x smpai 15 leh x?

http://iniblogdyaaien.blogspot.com/ - cik kak ni xde shoutbox lak nk gtau..
http://chentawanna.blogspot.com/ - cik kak ni pon x nmpk shoutbox gk
http://nana-nanako.blogspot.com/

cukup le.. huhu

4) Tell 7 things about yourself

  • suka sgt bc novel mlayu cinta~
  • melayari internet mlampau
  • skodeng blog org
  • suka tido
  • susah senyum
  • 1st impression org akn kata sgt sombong n garang -cmne le leh jd misi~
  • love holiday @ beach

Monday, October 11, 2010

10.10.10

aktiviti ari ni...


majlis akad nikah cousin aku

p umh ain tunang kat taiping tp masa p majlis da tamat...
so pas makan2 trus p meronggeng kat taman tasik taiping..
sgt cantik.. :kagum:

Saturday, October 9, 2010

wedding of the year





kali ni nye n3 xde kaitan dgn aku..
tp mode berangan..
hehehe..
biar la da ada org lain wat pon tp aku nk wat gk sbb aku suka tgok gbr2 nye..
meh tgok dr sheik muzaffar shukor @ SMS nye majlis. dr tunang, kad kawen pre wedding dll..
org popular byk yg ditaja..
so tuk org2 mcm aku ni mmg berangan le kalo tgok majlis nye..





majlis tunang










kad kawen mereka






pre wedding mereka
lokasi : bukit broga semenyeh selangor

sgt suka pic ini

ni pon cantek








lakaran pelamin mereka

gambar2 ini di kopi pes dr GOOGLE dan juga di page yg watermark kat pic
www.khairulhazwan.com

tahniah wat dr SMS dan dr Halina










Wednesday, October 6, 2010

bz

sy bz skang (alasan) haha..
mmg bz..
keje ptg then pg mmg xde masa nk bw n tulis entry baru..
tambah lak saya suda mendaftar tuk amik lesen keta.
umo 24 br nk amik lesen.. hehe.. sila jgn kutuk..
xde duit nk amik dulu2..
mampu mik lesen moto je..
so da bes teori n ari ni 1st time pgg stereng..
mcm x caya keta tu mampu gerak di tgn ku.. haha.. poyo jek.
pastu bz gak sbb my luvly kezen.. sgt close ngan dia akn menamatkn zmn bujangnya
ahad ni -10.10.10
jeles i tgok tarikh tu..
u kawen dulu dr i ye.. xpe.. i x kisah..
so sy juga bz (mcm aku lak yg nk kawen kn)
bz membantu dia prepare..
tau kna wat pe?
cr daun inai tuk digiling..tolong letak inai dijarinya (mlm akad nikah)
tolong cr tikar sila..tolong pe g ek..
x ingt dah.. x kisah pon menolong sbb ms dia tunang i xde dicc..
hohoho.. masih di kelantan ms itu..
ms i tunang di ade je dcc i.. so i nk bls jasanya smula..
n dia yg plg rapat ngan i..
(pe ni jap 'i' jap 'saya') ~ngantuk ni..
mesti kami da x ley mcm dulu..
tido sama2 smbil cerita x henti2 sampai ke subuh..
huhu..
pastu bz ngan keje.. ari2 keje.. cuti hanya bl syif mlm..
sy tgh save annual leave tuk persediaan ari wedding...

ok.. till then...


ni le my luvly kezen yg da nk kawen.. huhu (on my e-day)

Friday, October 1, 2010

guest book a.k.a buku tetamu

da lm nk wat n3 ni..
guestbook..
kat penang benda ni aku xnah jumpa g..
actually aku mmg xnah jumpa lgsg kat mn2 wedd yg aku g..
bl bc blog b2b br tau kewujudan mende alah ni..
haha..
bagus pe guest book ni.. ade kenangan n coretan kwn2 yg kekal..
setakat pesanan mulut je ms ari kenduri tu mesti x ingat..
n pengantin mesti bz that time n x ingt pon sapa yg dtg..
mgkn ade tetamu yg x sempat jumpa..

tp kalo ada guest book, at least ada sumthing from our frens..
mmg plan nk wat guest book ni..
tp kna ada org jaga buku ni..
kalo x, x mustahil buku ni leh ada merata2 n kosong smpai majlis abis..
pastu buku ni mmg ada dijual..
ingat kna DIY..
leh gak kalo nk DIY if ada masa..

so jom tgok gbr guestbook ihsan GOOGLE



ini sgt cute

ini sgt simple n sweet

ni meja for guest book yg sgt simple tuk DIY

ni lg senang nk wat

pakai pinggan pon bleh.. hehe

orait.. sok pg keje.. ade masa sok, smbg gugel

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...