Wednesday, March 14, 2012

Bawal Goreng

Salam.
Nak share tempat saya dan hubby selalu makan.
Lunch or dinner. Depend pada kemalasan saya memasak.
Ngeee.. Tapi dalam seminggu mesti datang makan sini.
Tak pun 2 minggu sekali.

Nama kedainya Wan Zai Bawal Goreng.
Before kahwin, hubby suka makan sini. Bila keluar dating dia ajak makan sini saya tak nak.

gambar dari foursquare
Sebab ingat ada jual ikan bawal je.
Saya ni bukan la suka ikan sangat. Ikan tertentu je saya makan.
Then lepas kahwin bila hubby ajak datang sini baru tau ikan favourite saya pun ada.
Ikan keli goreng *__*

Di Penang ni susah sikit kot nak jumpa kedai yang jual keli goreng.
Baru 2 tempat saya jumpa.
Berbalik pada topik. Kedai ni jual ikan goreng je (kot) + sup ayam kampung.
Biasanya datang sini hubby order bawal goreng. Saya pulak keli goreng.
dia jual by set actually.
Setnya - nasi putih, kuah kari @ gulai, ikan goreng, sambal belacan, ulam dan bawang kicap.
Satu set RM 6 (not sure kalau ikan lain harga lain, keli dan bawal ini harganya)

keli goreng 1 set, bawal goreng 1 set
Baru ni saya tukar menu ambil sup ayam kampung.
Memang sedap supnya. sangat pekat.
Tapi ayam tak best. Ayam kampung kan liat.
Ok, saya pertama kali makan ayam kampung T__T

2 set - ayam goreng, bawal goreng.

Servis kat sini ok je. Cuma kalau ramai pengunjung lambat la sikit.
Kadang-kadang pekerja tak cukup.
Mana-mana kedai makan pun standard la camtu kan.
Yang saya perasan sekarang ada pekerjanya muka cam Khairul Fahmi Che Mat version lebih rendah *_*
Hahhahaha.. Pergi makan ke pergi tengok orang..
Sementara tunggu makanan sampai tengok la keliling kan ^__^
 Lokasi kedai ni di Astaka Bandar Perda, Bukit Mertajam
Adios~ (lapar lak dok taip pasal makanan ni)

    2 pendapat:

    ! Shealai Diaries ! said...

    nampak sedah :D

    MizA said...

    memang sedap dear.. ketagih pon ada.. hehe :)

    Post a Comment

    Thanks :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...