Showing posts with label bawal goreng. Show all posts
Showing posts with label bawal goreng. Show all posts

Wednesday, March 14, 2012

Bawal Goreng

Salam.
Nak share tempat saya dan hubby selalu makan.
Lunch or dinner. Depend pada kemalasan saya memasak.
Ngeee.. Tapi dalam seminggu mesti datang makan sini.
Tak pun 2 minggu sekali.

Nama kedainya Wan Zai Bawal Goreng.
Before kahwin, hubby suka makan sini. Bila keluar dating dia ajak makan sini saya tak nak.

gambar dari foursquare
Sebab ingat ada jual ikan bawal je.
Saya ni bukan la suka ikan sangat. Ikan tertentu je saya makan.
Then lepas kahwin bila hubby ajak datang sini baru tau ikan favourite saya pun ada.
Ikan keli goreng *__*

Di Penang ni susah sikit kot nak jumpa kedai yang jual keli goreng.
Baru 2 tempat saya jumpa.
Berbalik pada topik. Kedai ni jual ikan goreng je (kot) + sup ayam kampung.
Biasanya datang sini hubby order bawal goreng. Saya pulak keli goreng.
dia jual by set actually.
Setnya - nasi putih, kuah kari @ gulai, ikan goreng, sambal belacan, ulam dan bawang kicap.
Satu set RM 6 (not sure kalau ikan lain harga lain, keli dan bawal ini harganya)

keli goreng 1 set, bawal goreng 1 set
Baru ni saya tukar menu ambil sup ayam kampung.
Memang sedap supnya. sangat pekat.
Tapi ayam tak best. Ayam kampung kan liat.
Ok, saya pertama kali makan ayam kampung T__T

2 set - ayam goreng, bawal goreng.

Servis kat sini ok je. Cuma kalau ramai pengunjung lambat la sikit.
Kadang-kadang pekerja tak cukup.
Mana-mana kedai makan pun standard la camtu kan.
Yang saya perasan sekarang ada pekerjanya muka cam Khairul Fahmi Che Mat version lebih rendah *_*
Hahhahaha.. Pergi makan ke pergi tengok orang..
Sementara tunggu makanan sampai tengok la keliling kan ^__^
 Lokasi kedai ni di Astaka Bandar Perda, Bukit Mertajam
Adios~ (lapar lak dok taip pasal makanan ni)

    Sunday, January 15, 2012

    Saya masih tak tahu masak T_T

    Salam semua..
    Masih ingat dengan entry ini?
    Entry yang menceritakan saya tak pernah memasak
    dan masakan pertama saya pada En. Hubby.
    Sudah setahun berkahwin, saya masih belum pandai masak. ngeee
    Tapi cubaan makin banyak la.
    Walau cuba masak benda yg sama je.
    Dan hubby pon cakap ada peningkatan.
    Alhamdulillah.

    Ni dah MC lama.. 6 bulan ++ dah dan 
    sejak berpindah semula ke rumah kami saya bertukar menjadi surirumah tangga (SRT)
    Hubby memang tak paksa saya buat kerja rumah.
    Dia langsung tak bagi saya buat pon.
    Tapi wifenya ni degil ^_^
    Mana yang mampu saya buat la.
    Takkan nak biar semua hubby buat tapi saya just duduk tgok tv, main internet dan baca novel.

    Setakat ni saya buat mana mampu dan larat je.
    Itu pun sudah diceritakan dalam entry ini
    Entry ni nak cerita menu yang saya dah try masak.
    Semuanya yg simple saja.
    Kari belum pernah masak sebab hubby tak suka makan curry.
    Menu wajib setiap minggu mesti sup sebab kami berdua suka Sup.


    Hakikatnya hubby lagi pandai masak dr saya.
    Kuew teow grg basah hubby sedap.
    Selalu saya masak 1 atau 2 lauk je.
    Kalau hubby rasa nak makan menu lain dia masak sendiri je.
    Sup dan Tomyam hubby masak pon best.
    Ini antara menu yang kami masak.
    Ada yang tak snap pic. Lapar sangat, makan je terus. heheheh

     daging black pepper saya masak


     Paprik ayam saya masak
    Sup ayam hubby masak


     Mashed potato 1st try


     Sup lagi? Saya mmg suka sup.
    Kali ni versi letak daun limau purut


    Keli dan bawal grg bukan saya dan hubby masak
    ^_^ 
    makan di kedai



    Dan ini menu paling sedap..



    Domino Pizza =_=

    Simple sungguh menu saya masak dan kategori tak mencabar langsung.
    ngeheheh..
    Asal kenyang sudah la...
    Wasalam..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...