Monday, November 18, 2013

AnS Holiday - Birthday Celebration - Cameron Trip - Part 2

bersambung dari ENTRI INI

26 Oktober, Sabtu

8am -  Turun breakfast, menu tak banyak sangat banding dengan hotel-hotel lain yang kami pernah stay. Ada nasi goreng, bihun goreng, cereal, bubur, teh, kopi dan jus oren.
Saya makan ceral, kopi, nasi goreng. Untuk Anas saya suap bubur dari hotel tu. Dah tanya pekerja cafe, bubur tu plain, tak de garam. Tapi kalau dah bubur kosong
macam tu haruslan tak sedap kan. Anas makan tak sampai 10 suap. Anas masih cranky, tapi dah tak de diarea. Habis makan naik bilik mandikan Anas, kemas barang check out.

10am - Singgah Galeria Time Tunnel, RM5/seorang. Muzium barang-barang lama.

10.45am - Ke S'corners, saja survey harga barang sebelum shopping di Kea Farm. Ada cafe, Scones ada jual kat sini, RM4, Tak beli ape pun, orang pun tak de.

11.20am - Singgah Cameron Lavender, bayaran RM5/orang. Tempat cantik, tak sesuai untuk saya yang masalah lutut sebab jalan menjunam, naik turun bukit. Ramai orang, bila nak snap photo memang ada la gambar orang lain kat belakang. Ada 2 warga asing, pekerja situ akan menawarkan diri nak snap photo dengan alasan 'free, percuma'. Kami biar je dia ambil gambar kami dan minta bantuan mereka ambil gambar guna kamera kami. Sudahnya di laluan keluar mereka jual gambar yang di ambil di awal tadi. Harga lingkungan RM20 (saya dah lupa) atau gambar di cetak pada kalendar dengan harga RM40 (lupa juga). Saya berjaya makan scones di sini. Lavender scones dengan harga RM8 + hot chocolate strawberi RM5 (tak ingat dah exactly harga berapa)



1pm - ke Kea Farm, membeli belah barang yang di pesan, keluarga dan diri sendiri. Saya letak harga barang yang saya beli, mana yang masih ingat harga le ye. Teh Cameron Valley RM8 sekotak (25uncang), yang jenama biasa-biasa RM9 2 kotak. Ubi madu sebeg RM2, selonggok jagung RM8-10. Strawberi coklat 3 in 1 RM15 (10pek), BOH ice peach RM14, Bunga sejambak RM5 + free sejambak ros boleh pilih colour. Habis borong gerak ke KL ke rumah saudara hubby dan ke Mom & baby expo di SACC. Story di entri ini


Entry ni saya buat setelah hampir 2 minggu pulang dari CH, memang banyak yang dah tak ingat. InsyaAllah lepas ni holiday sempena birthday hubby lak, tapi dekat je destinasinya.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...