Saturday, April 26, 2014

Monday, April 21, 2014

Review novel - Bukan Kerna Aku Tak Cinta

Novel yang terjebak beli sebab hubby peminat tegar drama ni kat Astro. Hubby tanya ada tak novel ni? Jawapan xde. Kemudian adik lelaki saya lak tanya. Banyak betul peminat kisah ni. Saya pun menonton gitu-gitu je kat tv. Dah hubby buka, kena la menonton sama. G popular, ada promotion, 3 novel RM50 eh.. Ke 2 novel RM50. Dah tak de pilihan novel lain nak ambil, maka ambil la novel ni. Bila dah baca, eh bes plak. Mulanya hubby baca dulu. Baru bab 2 dia dah bosan. Tak sanggup nak habiskan satu novel, maka saya yang habiskan dan story kat dia ending nya. Maka 10 malam Isnin hingga Rabu, saya bersama suami, sama-sama menanti nak tengok drama ni walau masing-masing dah tau endingnya. Cuma saya tak tengok dari episod 1, start tengok episod 30++ kot. Hubby lak gigih cari kat youtube episod 1 sampai la yang latest.

Bila dah tau jalan cerita novel dan mengikuti drama, mula la nak buat perbandingan. Tak banyak beza pun adengan dalam drama dan jalan cerita novel. Memang tak ganggu jalan cerita la. Drama best sebab Jebat. Sangat lawak dan Mastura sangat manja. Memang menjadi lakonan mereka berdua tapi kalau ikut novel part romantikanya lagi melampau. Novel ni memang recommended. Saya bagi 4.8 bintang dari 5. Saya admire cinta Jebat dan Mastura.

Sinopsis

Seorang gangster, Jebat yang ingin berubah dari kegelapan dan melakukan kerja-kerja kampung. Mastura, adik ipar kepada majikannya telah jatuh cinta panda pertama padanya tetapi Jebat sedar akan kekurangan dirinya. Mastura melakukan pelbagai cara sehingga mereka di nikahkan dan ini menjadikan Aryan, sepupu Mastura yang juga polis berdendam dengan Jebat kerana dia memang menyimpan perasaan pada Mastura. Perkahwinan mereka bahagia walaupun hidup susah kerana Jebat menolak pertolongan keluarga Mas. Kemudian satu persatu dugaan hadir, yang hebatnya kehadiran Airen, sepupu merangkap teman tapi mesra Jebat yang menggangu rumah tangga mereka kerana cemburu. Pelbagai cara di lakukan olehnya untuk mereka berpisah tapi jodoh mereka kuat. Cinta Mas kepada Jebat mengatasi kekurangan dan kisah lampau Jebat.


Banyak je masalah rumahtangga mereka hingga Jebat di benci Tok Ayah tapi saya malas taip. Hahahaha.. boleh camtu? Sapa yang tonton drama sure tau ending kan?

Saturday, April 19, 2014

Header baru

Walau blogku picisan (adagaktetamutakdiundangskodeng) tak seperti blog lain yang header meletop siap upah orang lain create lagi TETAPI nak gak up entry yang saya tukar header baru setelah 3 tahun setia dengan header lama. Presenting my new header


Ok bai.

Friday, April 18, 2014

Anas first hair cut

Lama dah hubby cakap nak potong rambut Anas. Mulanya nak botak terus. Saya tak bagi, Anas rambutnya halus dan jarang macam gegurl. Nanti lambat nak tumbuh semula. Hujung bulan lepas jumpa cousin Anas yang memang rambut cam Anas, lembut, halus, nipis, jarang dan bahagian belakang kerinting. Parent dia gunting rambut bahagian tepi je. Tengah biar je. Saya pun cakap ngan hubby potong je rambut Anas camtu. Khamis last week, balik dari ambil Anas, hubby suruh tanya kakak yang selalu gunting rambut saya pasal gunting rambut Anas. Katanya tak pernah gunting rambut budak lelaki, peralatan pun xde. Katanya, kalau nak potong pendek boleh la. Luckily, Anas behave. Takut jugak dia tak senyap, tergunting telinga ke (kejitulingatan). May be sebab tempat baru, ada orang nak agah dia main-main. Dalam 10-15 minit (takhingat) siap. Anas nampak lebih jantan. (Kahkahkah). Bayaran? FOC. Jom layan picca





Tak banyak beza sangat pun Anas before & after potong rambut. Cuma rambut kerinting bahagian belakang tak nampak dah dan rambut tepi yang tutup telinga sudah tiada.

Monday, April 7, 2014

Review novel : Hadirkan Cinta Buat Aku


Ini novel pertama yang saya beli hasil karya penulis ini. Dari FB katanya karya sebelum ni dari penulis ni best. Masa pre order saya beli direct dari publisher. Apa yang dapat saya share novel ni tak kena dengan jiwa saya. Banyak page masalah printing. Tulisan blkg terang, ganggu nak baca. Nampak tulisan double. Gaya penulisan meleret. Cerita day by day even benda sama je adegan je. Bagi saya tak perlu la adegan nak bersama, dalam bilik bermesra manja semua tulis terperinci dan kerap. Ending nampak rushing. Saya tak tau apa kesudahan duit dari Dato Syed (apantahtakingat) kepada Ziqri selepas pertunangan dengan anaknya putus. Takkan sedekah je? Anak Dato Ibrahim yang jahat tu apa cerita? Bebas camtu je? Penceritaan longgar di sana sini. Slow je pembacaan saya nak banding dengan 2 novel sebelum ni yang saya baca. Novel ni akan saya let go. Bukan untuk koleksi saya karyanya.

Sinopsis

Sara melarikan diri dari bapa saudaranya yang berniat jahat dan menumpang tidur di halaman rumah Sharifah Rodziah. Lalu beliau mengambil Sara bekerja dengannya sebagai pembantu rumah sekaligus menjaga cucunya, Emma yang telah kematian ibu. Sara di kahwinkan dengan Syed Ziqri atas permintaan ibunya tetapi cinta nya pada arwah isterinya masih menebal. Apabila mengetahui Sara mengandung, Ziqri meninggalkan Sara dan bekerja di London. Setelah 5 tahun dia kembali untuk meminta izin ibunya untuk melamar Sharifah Latisha tetapi dia mulai cemburu dengan kehadiran lelaki-lelaki yang ingin menyunting Sara. Ziqri mulai sedar yang dia cintakan Sara dan berusaha merebut kembali cinta Sara. Apabila memiliki Sara dan membuat keputusan untuk bekerja dengan ibunya dan menetap di Kuala Lumpur dugaan mula datang. Satu demi satu masalah yang di hadapinya dalam urusan perniagaan sehinggalah datang Syed (takingatnamapa) yang menawarkan bantuan bersama syarat iaitu mengahwini anaknya. Tiada pilihan lain, Ziqri dan ibunya terima dengan persetujuan Sara. Dapat ke Ziqri berlaku adil? Redha kah Sara? Bagaimana penerimaan anak-anak mereka?


Thursday, April 3, 2014

Cashout Nuffnang kali ke2

Orang lain dah berpuluh kali cashout tak kecoh pun. Hahahahahha.. Lantak la. Blog aku, sukati aku. First cashout masa penghujung 2012, dah 2014 baru leh cashout kali ke2. Teruknya progress. Masa 2012 saya tunggu RM100 baru cashout, kali ni tunggu RM150. Next RM200 ke RM1k? InsyaAllah murah rezeki ada la. Sekarang kalau BE tak banyak pun tau dah sebab pe, blog suram, bersawang. Lagi sebulan dapat la cek. Harapnya. Jangan la delay, masalah macam hari tu. Nak tengok berapa lama progress kali ni. Klik cashout 24/3/14 22:16


 *update
7/5/2014 - dah terima cek

Tuesday, April 1, 2014

1st April 2014

Anas Syauqi 13 bulan
Gigi dah 7 batang
Dah pandai merajuk, hempas barang
kalau tak dapat apa yang nak.
Pandai ejek / tiru perbuatan orang.
Dah boleh berjalan start ahad (30/3/14).
Mula jalan dengan pimpin sebelah
tangan, kemudian lepas tangan
jalan lebih dari 10 langkah.
Tau sebut 'fish' 'kak'

Perkahwinan kami berusia 
3 tahun 1 bulan.
InsyaAllah akan bercuti bertiga.
Banyak perubahan berlaku
Pada tahun ini dalam hubungan
Kami.

Happy birthday mak.
49 tahun dah usia mak.
Alhamdulillah sihat dari penyakit.
Sakit lutut je, lain2 yang bahaya
tak de.


Hadiah birthday mak tahun ni.
Mula ingat nak beli tudung Fareeda,
tapi bila fikir balik, mak sangat
banyak tudung dan harga
tak berbaloi langsung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...