Friday, October 20, 2017
Matta Fair Penang
13 hingga 15 oktober ada Matta Fair di SQCC. Pertama kali berkunjung ke Matta Fair. Tak de idea nak beli apa. Saja jalan², perhati macam mana fair ni berlangsung. Kesimpulannya, datang sini kena ada idea dalam kepala berapa harga biasa yang perlu spent nak bercuti. Memang blank otak tengok sana sini agensi berlawan harga ke destinasi lebih kurang. Banyak yang luar negara. Yang tempatan jumpa Hotel Seri Malaysia, Sunway Lagoon, Melaka, tiket masuk ke Ghost Museum dan The Top, Komtar. Sebelum beli tanya betul². Ada yang boleh guna setahun, 3 bulan, hingga Disember dan ada yang sebulan saja.
Saya beli tiket The Top Komtar. Dewasa RM60, Kanak² RM38 untuk tinggi lebih 90cm. Dengan tiket tersebut boleh guna whole day dari 10 pagi - 10 malam. Masuk ke semua tempat kecuali The Dome. Nanti dah masuk saya buat entry. Valid hingga 31/12/2017. Tak kisah pergi weekday or weekend or public holiday.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks :)