Friday, November 3, 2017

Jalan-jalan Makan Angin - #AnSHoliday - Sky Mirror, Padi Box, Sekinchan - Day 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

22/10/2017 - Ahad

Sky Mirror - RM205
Padi Box - RM138

Bangun pagi ni Auni demam panas. Anas pun tak sihat. Kami check out 9 pagi. Pelan nak breakfast, cari cool fever dan terus pergi pot stop untuk ke sky mirror. Masa parking depan kedai makan, husband reverse nak bagi parking centre masuk box, tetiba 'bang'. Kereta belakang pun reverse. Sudah. Kereta kami kemik side driver, kereta dia kemik side tepi belakang. Entah la salah siapa. Rasa dua² salah. Dua² undur tak perasan ada kereta lain. Istighfar saya dalam hati. Moga selesai baik². Pak cik tu tak puas hati. Asyik salahkan suami. Suami saya mengaku salah tetapi dia tetap tak puas hati. Ajak pergi kedai kereta sebelah. Kedai tu tak leh buat apa. Dia nak pergi kedai lain. Husband saya tak nak. Minta buat report je. Dia tak nak. Nak duit. Husband cakap boleh bayar RM100 je. Dia minta RM150.


Bayar kat dia dan kami pergi makan. Anas nak duduk dalam kereta dan masa ni husband nampak dia dekat kereta bersama lelaki India tengah tangkap gambar. Husband biarkan je. Lepas habis makan, kami gerak ke meet point Sky Mirror. Vivian belum sampai, husband pergi beli Kool Fever untuk Anas Auni. Vivian sampai pass wristband dan gerak ke jeti. Sampai Jeti ke Sky Mirror 10.20 pagi. Entry details tentang Sky Mirror saya kongsi di post lain.


2.30 petang sampai semula di jeti. Semua lencun dengan air masin. Duduk dalam kereta lapik towel je. Terus drive ke Padi Box. Padi Box dah book online with full payment. Bawa resit je tunjuk. Check in 4 petang. Masuk bilik mandi dan makan nasi lemak yang Vivian bagi. Rest kejap.



5.30 petang keluar cari dobi. 7 petang gak la baru habis dobi. Anas Auni tidur. Masing² masih demam. Kami cadang beli makan malam siap-siap nanti makan dalam bilik je. Singgah kedai tepi jalan beli sate dan bakso. Makan di bilik sambil tengok Final AF Megastar.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...