Showing posts with label adileah. Show all posts
Showing posts with label adileah. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

Review novel : Jula Juli Bintang Tujuh


Salam..
Saya membeli novel ni atas review pembaca tegar novel di forum.
Malangnya permulaannya agak perlahan. Agak lama masa saya ambil untuk habiskan separuh buku. Hampir 2 minggu. Tiba di pertengahan penceritaan semakin menarik. Apa yang dapat saya rumuskan pembacaan saya agak perlahan kerana novel ini berkisarkan kehidupan di istana. Rasa jauh sangat. Ye la, saya hanyalah rakyat jelata ^_~

Apabila masuk hubungan hero heroin semakin rapat baru lah rancak sikit. Sudah kurang sikit dari penceritaan hal ehwal istana. Mula-mula terfikir jugak apa la kaitan tajuk novel ni dengan jalan cerita? Dah masuk tengah buku baru tau sebabnya.

Sinopsis

Suria, bekerja sebagai dayang di Istana asyik bertembung dengan Ilham, PA Tengku Aris. Malangnya pertemuan mereka selalunya atas hal yang kurang baik. Suria juga dikenali sebagai Yaya juga gagap kalau berada dalam keadaan gugup. Ilham yang di kenali sebagai seorang yang tegas, garang selalu saja tidak berjaya memarahi Yaya. Ilham merasakan satu keistimewaan pada Yaya sehingga menyebabkan dia tertarik kepada gadis itu dan semakin dapat melupakan Orked, teman wanitanya yang terkorban  dalam nahas jalan raya.

Suria kehilangan ibu bapanya dalam kebakaran rumah mereka di Cameron Highland angkara dengki. Sejak dari itu suria sentiasa di buru dan Ilham bertindak sebagai pelindungnya sehinggalah masing-masing meluahkan perasaan. Siapakah yang memburu Suria? Bagaimana akhirnya hubungan Ilham dan Suria setelah setahun tempoh yang Suria minta telah berlalu?

p/s - Ayah saya admit di IJN hari ini untuk oeration bypass on 14th. Moga dipermudahkan segalanya.

Thursday, March 29, 2012

Novel!!

Last week dapat gaji terus borong ini. Sekali isnin lepas dapat berita ****.
Padan muka aku. Kan dah habis duit.
Dah la banyak nak pakai duit.
Mau bersawang semua novel ni akibat takde masa nak membaca.
Sabar Miza.. Semua yang berlaku ada hikmahnya +_+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...