Showing posts with label aku kan novelis. Show all posts
Showing posts with label aku kan novelis. Show all posts

Monday, August 10, 2020

Review novel : Jangan Ganggu Jodohku

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Saya beli novel ni preloved di group novel FB. Beli sebab penulisnya. Pernah baca hasil penulisannya. Rasanya kena dengan jiwa saya. Masa beli ni, seller pun cakap kisahnya best. Malangnya tak mengikut piawaian saya. Bagi saya gaya bahasanya agak kebudak-budakan. Story line tak dinafikan lain dari yang lain. Kisah heroin yang ada kebolehan melihat makhluk lain. 

Sinopsis

saya bagi 2/5 untuk novel ni. Boleh untuk dibaca tetapi bukan untuk disimpan buat koleksi 

Monday, April 2, 2012

Review novel : Aku Kan Novelis


 Novel ini ''not in my list'' tapi saya dah baca Valentina Nervosa dari penulis yang sama,
yang agak menarik jalan ceritanya bagi saya ''which is not klise''.
Maka, saya pun membeli novel ni dengan harapan ia se'best' VN.
Awal-awal beli dah down sebab takde penanda buku.
Saya tak suka novel yang takde penanda buku.

Di awal pembacaan kinda slow. Banyak yang boring atau ko tak fokus miza
Sebab banyak cerita hal sekeliling watak utama je.
Bila dah masuk 40% pembacaan quite interesting.
Then terus tak boleh letak.
Yang paling suka novel ni tak seperti novel lain yang wat saya allergic.
TIDAK menceritakan kecantikan heroin, hero.
Hero nya sangat la tak handsome dalam ni. >_<

SINOPSIS

Safiah seorang novelis yang mempunyai sahabat baik Iza dari zaman sekolah dan Helmi
dari zaman universiti. Dia selalu menjadi penyelesai masalah bestfriend nya.
Iza yang jatuh cinta dengan Hisham, officemate. Dari layanan Hisham dia merasakan mereka bercinta
tetapi Hisham tak pernah menyatakan.
Sehinggalah Hisham mengenalkan Eliz dan dari hubungan mesra mereka Iza kecewa.

Manakala Helmi yang jatuh cinta dengan Jia Huey, gadis Tiong Hua di ofis nya.
Dari layanan Jia Huey dia merasakan dia tidak bertepuk sebelah tangan.
Sehinggalah mengetahui yang Jia Huey menggunakannya untuk mendapat restu
hubungannya bersama Danny. Helmi bersetuju untuk membantu kawan karibnya itu.

Safiah menjadi tempat kedua rakannya menceritakan masalah sehinggalah dia mendapat idea untuk
Helmi membantu Iza supaya Hisham cemburu. Ternyata cara itu berkesan dan
akhirnya Iza dan Helmi bercinta. Sufiah asyik mengganggu hubungan mereka dan
mereka bercadang untuk mengenalkan Sufiah dengan Roul yang tak handsome.

Safiah marah akan tindakan sahabatnya tetapi antara dia dan Roul sering berlaku pertemuan.
Roul memang sudah lama sukakan Safiah kerana novel Safiah berjaya mengubah
adiknya.  Sehinggalah Safiah tidak melupakan Roul.
Safiah sanggup ke tempat larangan dalam hidupnya demi membantu Roul.
Tetapi dia membawa diri selepas itu kerana kecewa dan salah sangka terhadap Roul.
Then ada la beberapa kejadian sehingga membawa kepada Safiah dan Roul bercinta.
Happy  ending.
P/S - mula bekerja hari ini. Moga yang indah baik berlaku >_<

Thursday, March 29, 2012

Novel!!

Last week dapat gaji terus borong ini. Sekali isnin lepas dapat berita ****.
Padan muka aku. Kan dah habis duit.
Dah la banyak nak pakai duit.
Mau bersawang semua novel ni akibat takde masa nak membaca.
Sabar Miza.. Semua yang berlaku ada hikmahnya +_+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...