Showing posts with label dekatnya cinta. Show all posts
Showing posts with label dekatnya cinta. Show all posts

Thursday, February 1, 2018

1/2/18


1/1/11 - 1/2/18 = 7 tahun 1 bulan
Tak banyak beza kehidupan kami.
Sama saja, pusing akticiti yang sama hari².
Sama² melihat pwmbwsaran anak².
Dia hantar saya ke tempat kerja hari²,
Merempit berdua macam bercinta dulu.
Target kami? Ermmm ..
Hanya kami saja yang tahu.


Lagi sebulan nak 5 tahun
Belum fully diapers free.
Free masa siang je.
Malam nak tidur dan nak poo poo nak pakai diapers.
Sekolah, masih sama macam last year.
Sejam waktu petang dengan aunty saya.
Susu, tak minum formula milk.
Curi² direct feeding masa saya nyenyak tidur 😰
Malam masih tidur lewat.
2-4 pagi tidur adalah normal.
Siang kadang tidur, kadang tak.

Monday, March 3, 2014

Review Novel : Dekatnya Cinta

Novel ini datang dalam 2 versi. Hardcover dan soft cover. Saya pilih yang soft cover je sebab yang penting isi nya kan bukan kulit :) Novel Aisya Sofea biasanya tidak pernah mengecewakan. Tambahan pula kali ni kisah sambungan Adam Hawa. Saya memang dah baca novel Adam Hawa dan menonton versi drama bersiri di Astro. Mesti nak tahu apa yang jadi pada mereka. Selepas membaca saya rasa teruja untuk mengetahui penamatnya.

Sinopsis

Ain Hawani menyambung pelajarannya dengan keizinan suaminya Adam Mukhriz dengan syarat tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu. Malangnya Ain tidak dapat mengatur hidupnya sebagai pensyarah, isteri, ibu dan juga pelajar sehingga urusan rumahtangga tergugat. Tambahan pula, setiausaha Adam di pejabat sentiasa menjaga makan minum Adam dan Arissa ketika Ain ke kelas. Ain terus leka dengan dunia kuliahnya. Ke kelas gantian, projek, thesis, perbincangan kumpulan dan menyebabkan mereka kerap bertengkar. Hinggalah Adam melafazkan cerai berikutan salah paham apabila ternampak pensyarahnya 'memberi' bunga kepada Ain. Bermulalah kehidupan mereka selepas penceraian dengan Arissa sebagai penghubung.

Rating saya bagi 4.5/5. Memang berbaloi menyimpan dan membaca. Peminat novel tegar harus membacanya, tambahan pula penulisnya memang dah ada 'nama'.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...