Showing posts with label free sampel malaysia. Show all posts
Showing posts with label free sampel malaysia. Show all posts

Thursday, February 1, 2018

1/2/18


1/1/11 - 1/2/18 = 7 tahun 1 bulan
Tak banyak beza kehidupan kami.
Sama saja, pusing akticiti yang sama hari².
Sama² melihat pwmbwsaran anak².
Dia hantar saya ke tempat kerja hari²,
Merempit berdua macam bercinta dulu.
Target kami? Ermmm ..
Hanya kami saja yang tahu.


Lagi sebulan nak 5 tahun
Belum fully diapers free.
Free masa siang je.
Malam nak tidur dan nak poo poo nak pakai diapers.
Sekolah, masih sama macam last year.
Sejam waktu petang dengan aunty saya.
Susu, tak minum formula milk.
Curi² direct feeding masa saya nyenyak tidur 😰
Malam masih tidur lewat.
2-4 pagi tidur adalah normal.
Siang kadang tidur, kadang tak.

Friday, January 12, 2018

Disember 2017 - hadiah contest, giveaway, freebies, goodies dan free sample

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sekarang kurang ghairah join contest. Kerja makin sibuk, bila tak sibuk masalah internet. Connection sangat teruk di lokasi saya. Bila balik rumah internet laju tapi banyak pula kerja rumah nak di uruskan. Ada je yang tak sempat check menang ke kalah. Saya percaya pada rezeki.

1. GSCinemas - Paddington Bear 2


FB GSC yang tak jemu anjurkan contest setiap minggu. Kali kedua saya menang. Kali ni merchandise Paddington Bear 2.



2. Stage Activity Today Baby Expo


Saya join aktiviti pentas di baby fair dan menang diapers.

3. Today Baby Expo - goodie Bag


Lepas shopping barang pergi kaunter dan daftar bersama resit. Kali ni goodie bag penuh cerelac. Nasib la dapat biskut, Auni boleh kunyah - kunyah.

4. Sampel liquid talc Ezerra

request di Link Fb

5. PDRM Fun Run 2017


Bayar RM20 dan dapat semua di atas. Harga asal RM70, minggu terakhir kawan tanya nak join ke tak dengan harga RM20.



6. Home Tester Club - Free Sampel



Lama dah tak dapat. Selalu terlepas pandang email yang di terima. Kali ni dapat sampel percubaan Sumber Ayu Whitening Pearly White.

7. Jesin Group - Week 1


Giveaway mingguan Jesin Group. Saya join guna 3 akaun FB dan tiga-tiga menang. Kena cari perbezaan gambar. Susah juga nak jumpa, minta tolong adik carikan sekali. Masa ni mak suruh join guna FB dia juga. Hadiah kena collect di ofis mereka. Saya ambil bagi pihak mak.

Saya, suami dan mak

Isi dalam beg. Kalendar meja, key chain, sticker kereta


8. TLM Food & Beverage Expo


Like, share post contest dan saya antara pemenang saguhati. Hadiahnya goodie bag. Gambar barang dapat dah delete.

9. Elite Predict & win



Teka sapa menang game bola. Kalau ada luck, tersenarai la sebagai pemenang.



10. 12 Days of Christmas Giveaway - Day 7 Winner


Giveaway di FB Photobook, hari² ada dan hari² saya join. Hari ke 7 saya menang. Terima email untuk code. Expired bulan 1. Saya menang kalendar dengn wood stand. Tak rasa macam nak buat pun.

11. Acson MWA Contest week 2


Undi Acson di link yang di beri dan 10 pemenang dipilih setiap minggu. Saya dan suami menang minggu ke2. Hadiahnya Car boot organizer.




12. Gempak Star - Teka dan menang


Contest di aplikasi Line. Jawab soalan dan menang. Setiap minggu ada contest ni. Nasib je la menang ke tak. Ini kali kedua saya menang.



13. Michelin


Saya menang saguhati

14. Sampel Madu


Klik link yang lalu lalang kat wall FB, isi details dan dapat sampel.

15. PenDrive - Answer, Share, tag


Nama husband yang menang tapi saya la yang buat semua 😉. Jawab soalan, tag kawan dan share. Just our luck. Hadiahnya pendrive dan kalendar.



16. Hiku


Tag 5 kawan di post giveaway dan share. Saya aim hadiah beg sekolah untuk satu lagi post tapi dapat yang ni. Boleh la dari tak de kan?



17. Command


Susun gambar dalam post giveaway dan nama husband bertuah.



18. Mighty White Ombahwa contest



Ada soalan di entry giveaway setiap minggu. Jawapan ada pada video. Post jawapan di entri contest. Hadiahnya tiket Lost Worls Of Tambun.

19. City Walk


Dengan bayaran rm10 dapat baju, key chain, mineral, roti, apple pai dan nugget McD

Alhamdulillah. Menutup tirai 2017. 2017 penuh kegembiraan, dunia yang lain dalam contest. Ada kalah dan menang. Adat bertanding. Saya terima rezeki yang tertulis buat kami. Jumpa lagi 2018.

Wednesday, October 4, 2017

September 2017 - hadiah contest, giveaway, freebies, goodies dan free sample

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Sunway Carnival - Merdeka Day


Kongsi gambar sambutan Hari Merdeka dan 10 yang bertuah menang baucar KFC RM10. Baucar kena collect sendiri di Sunway dalam masa 7 hari.



2. NGK Spark Plug - G-Power Digital Survey


Jawab questionnaire dan 100 yang terpilih menang t-shirt. Nama husband sangkut tapi baju yang dapat bukan saiz dia. Announcement pemenamg nama penuh husband tapi nombor IC lain. Ingat bukan dia tapi lepas 2 hari hadiah sampai.


3. Osram Goodie Bag Giveaway


Jawab soalan di post FB mereka dan 5 yang bertuah dipilih secara random untuk menang. Menang goodie barang Osram. Postage dari Singapore.



4. Printcious Gifts


Jawab soalan yang di beri dan 100 yang pertama jawab dengan tepat dapat cash rebate RM50


5. Sampel Kotex


Request di link FB Kotex.

6. Karihome


Tak ingat camna join 😁


7. Jesin group


Jawab soalan pada post giveaway dan saya antara yang bertuah pada minggu ke 3. Hadiah kena collect sendiri di pejabat mereka.



Hadiahnya merchandise company mereka. Ada mouse pad, fridge magnet, note book, dan key chain.

8. Sunway Carnival 


Cari perbezaan antara 2 gambar. Husband menang. Hadiah kena collect sendiri di sunway carnival. Hadiahnya kuih bulan.


9. Vitagen - Guess the movie



Tekan nama filem berdasarkan klu yang diberikan mengikut huruf. Saya antara yang menang.

10. MMCineplex


Kali ke3 menang. Husband yang menang tapi tak perasan notification. Lepas sebulan baru nampak. TnC pick up hadiah dalam masa 30 hari. Pergi juga tempat pick up tapi tak boleh. Tak de rezeki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...