Showing posts with label event di penang. Show all posts
Showing posts with label event di penang. Show all posts

Tuesday, October 9, 2018

Pink October Fun Run 2018


Tarikh :  6/10/2018
Tempat : IPPT, USM
Flag off : 7 pagi
Jarak : 5km
Bayaran : RM40

Event ini anjuran IPPT, USM dengan kerjasama Mekarsari Bertam. Boleh daftar online dan manual. Manual kena ke IPPT. Mulanya saya daftar online tapi tak berjaya. Daftar di website IPPT, USM. Banyak lak step yang berulangkali isi tapi bila tekan next hilang semuanya dan kena buat berulangkali. Sudahnya saya fed up nak isi dan malas nak join. Beberapa hari sebelum close registeration, staf IPPT ke tempat kerja husband. Husband register manual. Pengambilan baju di buat 3 hari dan husband minta tolong kawan dia ambilkan.



Hari larian, kami bertolak dari rumah selepas Subuh. Tinggalkan Anas Auni di rumah mak dan terus ke IPPT. Parking banyak di sediakan dan PERCUMA. Selepas ucapan perasmian dan semua peserta dilepaskan jam 7.40pagi. Husband lari dulu dihadapan dan tunggu saya di kilometer terakhir.


Sebelum ke finishing, kami bergambar di signage IPPT dan lepas ambil medal pergi tunjuk gambar untuk claim hadiah. Kami dapat keychain je. Seleoas Zumba, ucapan VIP dan pemberian sumbangan kepada penaja-penaja utama.


Kemudian diteruskan Acara Soliditari Walk antara pesakit kanser dan VIP. Belon dilepaskan selepas habis berjalan dan kesemua mereka bergerak ke dewan pameran. Beberapa booth di sediakan untuk saringan kesihatan, info dan maklumat berkenaan cancer. Derma darah juga ada. Husband ada pergi derma darah.


Acara terakhir dan ditunggu-tungu iaitu cabutan bertuah dan kami suami isteri tak bertuah langsung. Banyak hadiah ada. Antaranya motosikal, basikal, televisyen, hamper, blender, pressure cooker, power bank, OTG dan banyak lagi. Habis semuanya dan kami gerak balik.



Thursday, February 1, 2018

1/2/18


1/1/11 - 1/2/18 = 7 tahun 1 bulan
Tak banyak beza kehidupan kami.
Sama saja, pusing akticiti yang sama hari².
Sama² melihat pwmbwsaran anak².
Dia hantar saya ke tempat kerja hari²,
Merempit berdua macam bercinta dulu.
Target kami? Ermmm ..
Hanya kami saja yang tahu.


Lagi sebulan nak 5 tahun
Belum fully diapers free.
Free masa siang je.
Malam nak tidur dan nak poo poo nak pakai diapers.
Sekolah, masih sama macam last year.
Sejam waktu petang dengan aunty saya.
Susu, tak minum formula milk.
Curi² direct feeding masa saya nyenyak tidur 😰
Malam masih tidur lewat.
2-4 pagi tidur adalah normal.
Siang kadang tidur, kadang tak.

Monday, September 25, 2017

#AnakAnakMalaysia Walk Penang 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Saya dan suami sertai event #AnakAnakMalaysia walk anjuran EcoWorld di EcoHorizon. Registration online bulan Julai dengan bayaran RM10. 9-10 September kena pergi collect goodie bag. Kami silao tempat. Biasa pergi EcoWorld. Ingatkan acara berlangsung di situ gak tupanya di temoat lain. Mujurlah ada guard di situ inform tempat tapi still tak clear sebab mereka warga asing yang tak mahir bercakap bahasa melayu atau inggeris.

Tengok FB, pusing area yang di beritahu, akhirnya sampai. Waktu collect goodie bag 10 pagi hingga 6 petang. Masa kami sampai orang rak ramai. Dari parking ada khidmat buggee untuk bawa ke pintu masuk. Beratur dan kena tunjuk resit transaction di kaunter. Lepas scan, tunggu tepi dan dapat bag. Dalam bag ada baju (jersey material), wristband dan bendera Malaysia. Di beri information berkenaan parking dan apa yang perlu bawa masa hari tersebut untuk melayakkan dapat medal. Untuk bayaran RM10, sangat berbaloi. Boleh bawa anak bersama dan baju kanak-kanak percuma.


16 September 2017

Acara bermula 6.30 pagi. Bangun 5.30 pagi. Hantar anak-anak ke rumah mak elok masa azan Subuh. Lepas solat, terus gerak ke Eco Horizon. Parking kereta tepi jalan. Suggested parking di Stadium dan Design Village. Shuttle di sediakan. Tapi ramai je parking tepi ni. Nak jalan masuk pun tak jauh.

Register dan dapat ini

Terus ke khemah pendaftaran. Masih gelap masa tu. Ramai je yang kumpul, barisan pun tak nampak. Husband pergi toilet dan saya line up. Redah je pergi bahagian hujung. Tak ramai pun beratur. Baju di bahagian lengin kiri di cop sebagai bukti dah daftar. Nombor cabutan bertuah di beri bersama baju hujan dan tatu untuk dilekatkan di muka. Tatu tak wajib lekat.

Jumpa kawan husband sebelum flag off

Sebelum flag off, ada aerobik dan lepas ketibaan VIP semua peserta dilepaskan serentak dengan percikan mercun dan bunga api. Berjalan kami beramai-ramai bersama VIP tapi VIP kejap je then u turn naik kenderaan mereka. Kami la gigih berjalan 3km then patah balik. Gigih jalan sampai hujung takut ada kena cop ke dapat sticker. Sampai ke hujung hampeh, apa pun tak de. Ada 2 stesyen untuk minum air dan satu stesyen bagi makan pisang. Saya memang lapar dan pisang tu memang membuatkan saya kembali bertenaga. Bagus betul.

Ada stesyen keluar bubble 😀

Sampai je finishing terus berebut nak ambil pingat. Dapat pingat kena cop di bahagian lengan kiri. Pergi photobooth, snap photo kami. Gambar cuci kena bayar RM3. Kami buat 2 pose, RM6. Boleh minta ambilkan guna handphone kita juga.



Rehat kejap then husband ajak balik. Ramai je yang dah balik. Emcee announce untuk sesi lucky draw. Terus tak jadi balik. Lucky draw ada 2 sesi. Habis sesi pertama pergi makan. Beli kuew teow goreng dan ice blended. Kongsi dua. Saya je lapar, lepas 3,4 suap tak lalu dah. Husband kena habiskan.


Sambung sesi kedua, gigih tunggu tapi tak da rezeki kami berdua. Memang tak dak luck untuk lucky draw. Terus balik rumah mak pick up Anas Auni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...