Showing posts with label patah peha. Show all posts
Showing posts with label patah peha. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

jumpa doktor orthopedic (tulang)



salam dear  readers..
baru sampai rumah mak...
pg tadi ada appointment dengan klinik orthopedic(tulang)
pertama kali jumpa dotor tulang sejak discharge from ward.
last week jumpa doktor neurosurgery di PGH.
appointment kul 8 pagi. hubby lak kul 10 pg.
tp biasala kalau dah libat byk org ni mana nak sampai tepat waktunya..
ayah sy 8 lebih br nak kuar umah. nak siap sy lagi..
sampai sebelum 9pg tapi sebab lewat, sy hanya leh jumpa doktor selepas 10pg.

hubby gak yg jumpa doktor dulu.
alhamdulillah hubby getting better. da leh start keje..
yg wife ni  problem.
kaki yg operate tu still bengkak.
lutut xleh bengkok.
kaki pon xleh tergantung macam tu je.
kena diampu.. tapi jahitan di tempat operation dah bukak td.
tak la sakit sangat. kena jumpa doktor balik lagi 2 minggu.
semua pon yang jumpa hari ni asyik dok suruh exercise.

exercise saya adalah melompat dengan kaki kiri dan kaki kanan xleh menyentuh lantai. menggunakan crutches.
bayang la berat badan sepenuhnya bergantung pada kaki kiri.
pastu bila melompat mesti kaki kanan yang operate ni sakit.
seseorang kena berdiri pimpin saya sebab takut saya jatuh ke belakang.
saya mudah pening sekarang. mungkin disebabkan bengkak dan pendarahan pada otak.

MC saya yang dulu habis ari ni. td diorg sambung MC sampai next TCA lak.

jom layan gambar tulang femur(peha) yang sebelum dan selepas operate.
sumber GOOGLE.. femur saya sendiri xde snap pic lak.


ni pic google bukan pic saya. abaikan apa yang tak patut.
ni sebelum operation. peha patah 2 tempat.
di tengah (seperti gambar) dan di atas.


ini pic selepas operate. yg terang tu besi yang dimasukkan dalam tulang peha (femur)
after STO. abaikan pemandangan buruk.. view @ femur. lokasi tulang peha patah 2


sangat susahkan saya nak bergerak?
dengan kaki yang dimasukkan besi perlu berehat sekurang - kurang 3 bulan.
tak boleh bengkok kan lutut.

sekarang hari - hari saya terfikir apa nak jadi nanti..
camna ngan kerja saya, masa depan saya.
sian sangat kat hubby. semua dia kena wat sendiri.
dekat saya pon dia yang watkan. bagi mandi, hidang makan, pakaikan kain, seluar.
semalam dia dok tanya baju raya nak pakai colour ape.
saya langsung tak terfikir pasal raya dan puasa.
saya fikirkan masa depan saya dan apa yang dah lalui.

Saturday, July 23, 2011

kisah 3 julai 2011

salam.. thanks for reading..
disini saja nak mencoretkan apa yang terjadi pd hari kejedian sy accident.
sebagai kenangan pada saya bila baca balik blog ni nanti.. :)

3julai 2011, ahad
sy dan suami keje pagi.. kebetulan dua - dua terjaga lambat.
setelah siap sy turun dulu (umah kami tgkat 3)
sy g keje naik keta. hubby naik moto.
masuk keta start enjin.. try berkali2 tp xleh start gak..
call hubby suruh turun cepat meh tgok keta jap..
try2 still xleh start.. ujan da start turun renyai2..
hubby wat keputusan, dia antarkan g keje..
nanti balik keje mntak kawan2 hantarkan..
sampai depan UITM.. ada traffic light..
lampu hijau hubby jalan.. Avanza nk membelok ke arah uitm jalan gak.
kesimpulannya kami dua2 x sedarkan diri.

sampai kecemasan hospital sy keje..
kawan2 dr wad sy turun dtg bg treatment mana yg leh kat sy ngan hubby.
diorg da pelik sy dtg keje lmbt. slalu 6.30pg sy da smpai. ni kul 7 diorg trima call kata saya kat kecemasan.
kepala saya berdarah. tengkorak kepala retak sebahagian kecil kanan belakang.
tulang peha kanan patah 2 tempat.
mid shaft of femur & head of femur.
tulang peha saya mmg xleh pakai langsung.
kaki bengkak teruk.

saya memang x sedar langsung dr 3hb smpai 10 hb..
sapa yg dtg melawat sy, sy mmg x ingt.
kebetulan mak cakap ramai kawan2 dan sedara datang masa tu.
prosedur apa yg diorg buat kat wad mmg sy x ingt.
nasib baik sy x ingt sbb kalau x mesti sakit gila..
7hb sy masuk operation. patutnya awal lg tp tekanan darah sy rendah.
masuk darah lg.. mcm2 jadi..

hubby lak ibu jari kaki dia retak..
dia lebih ok banding ngan sy. kuar wad seminggu awal dr sy..
sy tinggal di wad 12 hari..
bayangkan dengan pakai pampersnya..
mandi kena org watkan.. malu saya..

kaki kanan sy yg di masukkan besi tu atas arahan doktor xleh nak di letakkan atas lantai.
sy hanya belajar berdiri dengan kaki kiri melompat.
itu saja yg sy leh wat.
masa nak kuar wad tu br je blajar melompat pakai kaki kiri.
malam tu jugak dr da suruh balik. dengan alasan. diorg nak pakai katil.. marah jugak ayah sy.
tp nak wat camne..
dah mmg prosedur diorg cmtu..

baru ni jumpa neurosurgeri PGH.
br sy tau. ada tulang tengkorak kepala masuk bawah kulit..
mmg benjol la kalau pegang..
Dr. cakap tgok lg 2 bulan.. kot2 ada efek pa pe ke..
pastu sy juga xde deria bau lepas accident ni.. bau wangi @ busuk mmg x dpt di kenal pasti..
mgkn sbb efek kecederaan kepala @ ada masalah hidung.
8hb ni br jumpa doktor.
nasib la deria bau.. mata leh melihat, lidah dpt merasa..
so, sekarang ni sy berehat di rumah mak saya bersama suami.
MC sampai jumpa doktor..

ramai sedara jumpa saya dan komen "nasib baik miza tak mengandung kan"
then baru saya sedar. ye kan. kalau tak, tak dapat nak bayang.
even saya ngan hubby mmg nak sangat baby.
mungkin ada hikmah atas semua yang terjadi..
sekian...

ni masa x sedar pe jd.. operate pon belom. muka tembam tak hingat. bengkak dr kepala

masuk operation room

baru sedar apa yg jadi. masa dh 10 hari di wad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...