Showing posts with label accident motorbike. Show all posts
Showing posts with label accident motorbike. Show all posts
Wednesday, September 5, 2018
Butterworth Run 3
Tarikh : 2/9/18
Lokasi : Aroma Hotel, Raja Uda
Flag off : 7 pagi
Jarak : 6.5km dalam masa 2 jam
Bayaran : RM31.91
Masa daftar event ni masih kena cas GST. Bayaran dari RM30 jadi RM31.91. Saya suka daftar awal, dapat harga early bird. (tak semua event ada early bird price). Cepat je daftar kalau event area seberang ni. Pengambilan baju sehari sebelum event di Aroma Hotel. Bagusnya, boleh pergi ambil baju dari 9 pagi sampai 5 petang. Masa ambil baju, dah di paparkan tentatif program dan surat-surat kelulusan.
Hari event, terbangun lambat. 6.20pagi baru sedar. Mandi, solat, hantar Anas Auni ke rumah mak saya. Di rumah mak, naik motorsikal. Masa sampai di pintu masuk, peserta dah dilepaskan. On time sangat. Parking motor dan join mereka lari. Tak sempat nak berswafoto sebelum acara. Kami suami isteri lari asing-asing. Husband sampai 15 minit awal dari saya. Saya berjaya tamatkan larian dalam masa 1 jam 15 minit. Sampai di garisan penamat, wrist band di potong dan terus diberi beg. Dalam beg ada medal, air mineral, roti, cereal dan coklat berangin.
Penyampaian hadiah untuk peserta 10 km dan lucky draw bermula 9.30 pagi sekali dengan ucapan dan perasmian VIP. Kami gerak balik 8.30 pagi sebab ada urusan lain. Lagipun Anas Auni tak dak tak seronok. Ada beberapa booth sekitar situ jual minuman, peralatan sukan dan lain-lain.
Tuesday, July 26, 2011
jumpa doktor orthopedic (tulang)
salam dear readers..
baru sampai rumah mak...
pg tadi ada appointment dengan klinik orthopedic(tulang)
pertama kali jumpa dotor tulang sejak discharge from ward.
last week jumpa doktor neurosurgery di PGH.
appointment kul 8 pagi. hubby lak kul 10 pg.
tp biasala kalau dah libat byk org ni mana nak sampai tepat waktunya..
ayah sy 8 lebih br nak kuar umah. nak siap sy lagi..
sampai sebelum 9pg tapi sebab lewat, sy hanya leh jumpa doktor selepas 10pg.
hubby gak yg jumpa doktor dulu.
alhamdulillah hubby getting better. da leh start keje..
yg wife ni problem.
kaki yg operate tu still bengkak.
lutut xleh bengkok.
kaki pon xleh tergantung macam tu je.
kena diampu.. tapi jahitan di tempat operation dah bukak td.
tak la sakit sangat. kena jumpa doktor balik lagi 2 minggu.
semua pon yang jumpa hari ni asyik dok suruh exercise.
exercise saya adalah melompat dengan kaki kiri dan kaki kanan xleh menyentuh lantai. menggunakan crutches.
bayang la berat badan sepenuhnya bergantung pada kaki kiri.
pastu bila melompat mesti kaki kanan yang operate ni sakit.
seseorang kena berdiri pimpin saya sebab takut saya jatuh ke belakang.
saya mudah pening sekarang. mungkin disebabkan bengkak dan pendarahan pada otak.
MC saya yang dulu habis ari ni. td diorg sambung MC sampai next TCA lak.
jom layan gambar tulang femur(peha) yang sebelum dan selepas operate.
sumber GOOGLE.. femur saya sendiri xde snap pic lak.
ni pic google bukan pic saya. abaikan apa yang tak patut.
ni sebelum operation. peha patah 2 tempat.
di tengah (seperti gambar) dan di atas.
![]() | |
| ini pic selepas operate. yg terang tu besi yang dimasukkan dalam tulang peha (femur) |
![]() |
| after STO. abaikan pemandangan buruk.. view @ femur. lokasi tulang peha patah 2 |
sangat susahkan saya nak bergerak?
dengan kaki yang dimasukkan besi perlu berehat sekurang - kurang 3 bulan.
tak boleh bengkok kan lutut.
sekarang hari - hari saya terfikir apa nak jadi nanti..
camna ngan kerja saya, masa depan saya.
sian sangat kat hubby. semua dia kena wat sendiri.
dekat saya pon dia yang watkan. bagi mandi, hidang makan, pakaikan kain, seluar.
semalam dia dok tanya baju raya nak pakai colour ape.
saya langsung tak terfikir pasal raya dan puasa.
saya fikirkan masa depan saya dan apa yang dah lalui.
Subscribe to:
Posts (Atom)








