Thursday, April 23, 2020

Review drama korea : Partner for justice 2


Cerita ni kesinambungan dari part 1 tapi kalau belum tengok part 1, boleh je paham part 2 ni. Lagi best kalau dah tengok, baru la paham apa kaitan setiap watak. Saya suka gambar ni. Tak de pun kisah cintan cintun. Setiap pelakon ada kekuatannya sendiri. Tak de nak overshadow memasing. Nilai persahabatan mereka kuat. Pwndapat peribadi saya, part 2 lebih menarik dari part 1. Habis je episod, nak tengok tengok dan tengok lagi. Cuma ending je cam geram. Tergantung. Dah la belum ada part 3. Tak sabar nak tunggu kejatuhan VIP.

Sinopsis
Doktor forensik Baek Beom mempunyai keraguan tentang kematian Oh Man-Sang. Baek Beom cuba untuk mendedahkan kebenaran sama ada Oh Man-Sang benar-benar mati atau tidak. Eun Sol masih bekerjasama dengan Baek Beom. Do Ji-Han adalah pendakwaraya yang akan bekerjasama dengan Baek Beom dan Eun Sol. Season kali ni Eun Sol dan Do bekerja dibawah ketua baru. Setiap episod ada kes kematian yang berbeza tetapi selepas bedah siasat ada hubungkait antara semua. Beberapa episod terakhir dah nampak siapa mastermind. Malangnya yang jahat berjaya melepaskan diri selepas menganiaya orang lain.

Saya recommend gambar ni. Banyak ilmu dapat. Tak la bosan dengan drama cintan cintun. Pelakon pun biasa2 je. Tak la handsome sangat.

2 comments:

  1. macam menarik.. jarang tengok genre macam ni
    memang selalu yang komedi or cintan cintun hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miza malas tengok dah genre cintan cintun ni. Tua dah kot 😂😂😂
      Memang cari yang bukan cintan cintun. Partner for justice ni more to forensic,lawyer dan polis. Tgok yg part 1 dulu sebab ada kaitan dua2.

      Delete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...