Showing posts with label Drama korea wajib tonton. Show all posts
Showing posts with label Drama korea wajib tonton. Show all posts

Wednesday, June 16, 2021

Review Drama Korea : Tale of the nine Tailed

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lepas tonton drama Viscenzo, kawan-kawan suggest tonton drama Mouse tapi cari di Netflix tak de. Viu ada. Dah tonton pun 3 episod tapi scroll down episod yang tayang di Viu tak penuh. Nak sampai ending kena langgan Viu. Dah langgan Netflix, tak kan nak langgan Viu lak. Pastu jalan cerita Mouse slow. Scroll drama kat Netflix, naik suggestion drama ni. Tonton episod 1. Best, jalan cerita tak la bosan dan pelakon mostly handsome. 😍

Banyak guna khidmat google masa tonton. Saya search Rubah tu apa. Dok rasa cam serigala tapi bukan. Pastu cari maksud Gumiho, Imoogi. 


Sinopsis


Lee Yeon, adalah Rubah / Gumiho / Dewa Gunung. Aeum adalah cinta pertama dia dan dia manusia tapi mati dibunuh oleh Lee Youn sebab diri Aeum ada Imoogi. Tapi dia janji akan setia dengan Aeum dan tunggu sehingga kelahiran semula Aeum. Yeon ada bagi Mutiara kat Aeum. Masa nak seberang sungai, so masa kelahiran semula tu Yeon tahu gadis tu Aeum. Selepas 600 tahun, zaman kini Yeon, di hukum. Jawatan dewa gunung di tarik balik dan dia kena ligan cari Rubah lain yang ada masalah. Masa tu Ji Ah, penerbit rancangan ternampak lelaki berpayung merah yang mencurigakan. Dia siasat dan Yeon banyak selamatkannya. Selepas satu kejadian, Yeon tahu yang Ji Ah adalah kelahiran semula Aeum. Muncul Lee Rang, adik tiri Youn yang nak balas dendam pada Yeon dengan bekerjasama dengan Imoogi. Sebahagian Imoogi ada dalam badan Ji Ah.

Sapa yang suka kisah fantasi, tak logik akal, boleh la tonton drama ni. Recommended 

Monday, October 12, 2020

Review Drama Korea : W

 


Rasa lama tak menonton drama Korea. Sejak bertukar tempat kerja, susah nak layan drama. Tapi curi-curi gak masa layan waktu malam dan hari cuti. Drama ni dipilih sebab di Viu ada dalam carta top 20. Permulaan dan pertengahan menarik. Penghujung banyak plot twist dan pening gak nak paham jalan cerita. Tapi, not bad. Walaupun banyak kisah cinta, main topic pasal dua dimensi lain.


Sinopsis


Oh Yun Joo, seorang doktor bedah dan juga anak penulis terkenal iaitu Oh Sung Moo. Oh Sung Moo mencipta webtoon yang berjudul W, yang sangat terkenal di Korea. Ketika Yun Joo ke rumah ayahnya tetapi ayahnya tidakndapat dikesan oleh pekerjanya. Saat itu Oh Yun Joo ditarik ke dalam komputer ayahnya dan masuk ke dalam dunia Webtoon. Di situ dia bertemu dengan Kang Chul yang berlumuran darah di seluruh badannya. Yun Joo menyelamatkan Kang Chul dan dia kembali semula ke dunia sebenar. Kehadiran Yun Joo di cetak di dalam komik W. Sejak dari itu Yun Joo akan di bawa masuk ke dunia webtoon jika Kang Chul diancam bahaya. Sehinggalah mereka saling menyintai. Malangnya, Kang Chul dicipta agar hidup malang dan setiap keluarganya akan dibunuh. Dapatkah mereka bahagia hingga ke akhirnya atau dunia Kang Chul hanya di webtoon bukan dunia sebenar.


Tidak rugi untuk mencuba menonton drama ini. 

Monday, July 13, 2020

Review Drama Korea : The K2


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
Jom baca review drama Korea terbaru yang saya dah habis tengok. Drama ini penuh aksi, lawan, kisah politik dan orang kenamaan. 

Sinopsis 

Kim Je Ha adalah seorang bekas askar upahan untuk PMC Blackstone. Ketika dia bertugas di Iraq, Je Ha telah dituduh membunuh kekasihnya, Rania. Disebabkan itu dia telah melarikan diri dan menjadi buruan. Je Ha kembali semula ke Korea Selatan dan mendapat tawaran bekerja sebagai pengawal peribadi oleh Choi Yoo Jin iaitu pemilik JSS security company dan merupakan isteri kepada calon presiden Jang Se Joon. Je Ha telah menerima tawaran tersebut untuk mencari peluang membalas dendam kepada seorang lagi calon presiden iaitu Park Kwan Soo yg telah mengarahkan untuk membunuh kekasihnya. Dalam pada masa yg sama, Je Ha ditugaskan menjaga Go Anna iaitu anak perempuan Jang Se Joon yg identitinya disembunyikan. 

Drama ini complicated dan penuh dengan aksi serta storyline yg sangat kuat. Tapi saya macam kecewa dengan endingnya. Cepat sangat semua manusia jahat tu mati. Then, mati camtu je? Heheheh.. Pendapat saya je la. Tapi saya suka drama ni. Mendebarkan nak tunggu endingnya. 

Friday, June 5, 2020

Review Drama Korea : My Absolute Boyfriend



Drama ni mula tonton bulan 4 rasanya. Akhir bulan Mei baru habis. Di Viu 40 episod. Dah masuk bulan Mei dah tak. Leh tonton di Viu sebab drama ni kategori Premium. Akaun Premium saya tamat bulan Mei. Nak habis kan beberapa episod kena cari di saluran lain. 

Sinopsis 

Da Da merupakan seorang special effect makeup artist yang putus cinta hingga berjanji tidak akan jatuh cinta lagi selepas hubungannya yang dibina selama 7 tahun tiba-tiba saja kandas tanpa alasan yang masuk akal. Suatu hari, Da Da mendapat seorang robot yang diprogram untuk menjadi seorang teman lelaki yang sangat sempurna. Robot bernama Young Goo tersebut membuatkan bekas teman lelaki Da Da yang juga seorang pelakon itu cemburu.
 
Di sisi lain, Young Goo memang menjadi teman lelaki yang sempurna. Lantaran setiap hari mendapat limpahan kasih sayang dari Young Goo, tentunya Da Da sedikit demi sedikit mulai goyah. Da Da mulai jatuh cinta dengan Young Gu. Bagaimana pun pelbagai halangan menanti mereka dan orang sekeliling. Apatah lagi bila mereka menetahui identiti Young Goo. Bagaimana pengakhirannya hubungan mereka apabila Young Goo mulai rosak?

Ok la drama ni. Saya suka bila ada magik. Tapi tak de la. Magik mana pun. Robot bukan ada superpower. Tapi dah mula tengok, habiskan je la. 

Thursday, April 23, 2020

Review drama korea : Partner for justice 2


Cerita ni kesinambungan dari part 1 tapi kalau belum tengok part 1, boleh je paham part 2 ni. Lagi best kalau dah tengok, baru la paham apa kaitan setiap watak. Saya suka gambar ni. Tak de pun kisah cintan cintun. Setiap pelakon ada kekuatannya sendiri. Tak de nak overshadow memasing. Nilai persahabatan mereka kuat. Pwndapat peribadi saya, part 2 lebih menarik dari part 1. Habis je episod, nak tengok tengok dan tengok lagi. Cuma ending je cam geram. Tergantung. Dah la belum ada part 3. Tak sabar nak tunggu kejatuhan VIP.

Sinopsis
Doktor forensik Baek Beom mempunyai keraguan tentang kematian Oh Man-Sang. Baek Beom cuba untuk mendedahkan kebenaran sama ada Oh Man-Sang benar-benar mati atau tidak. Eun Sol masih bekerjasama dengan Baek Beom. Do Ji-Han adalah pendakwaraya yang akan bekerjasama dengan Baek Beom dan Eun Sol. Season kali ni Eun Sol dan Do bekerja dibawah ketua baru. Setiap episod ada kes kematian yang berbeza tetapi selepas bedah siasat ada hubungkait antara semua. Beberapa episod terakhir dah nampak siapa mastermind. Malangnya yang jahat berjaya melepaskan diri selepas menganiaya orang lain.

Saya recommend gambar ni. Banyak ilmu dapat. Tak la bosan dengan drama cintan cintun. Pelakon pun biasa2 je. Tak la handsome sangat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...