Showing posts with label sinopsis drama korea. Show all posts
Showing posts with label sinopsis drama korea. Show all posts

Thursday, November 4, 2021

Review Drama : Beyond Evil



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
2 minggu saya ambil untuk habiskan menonton drama ni di Netflix. 16 episod semuanya. Permulaan agak slow tapi pertengahan menarik dan ending bagi saya biasa je.
Lakonan 2 male leads Shin Ha Kyun dan Yeo Jin Goo sangat intense gila. Bila ada dua male leads mereka seolah compete untuk nak menang. So kat situ kita tengok cara lakonan yang sangat bersungguh-sungguh. Lakonan SHK sebagai Lee Dong Sik yang kehidupan nya penuh tragedi sehingga kita confuse watak dia ni waras ke gila, baik ke jahat? Punyalah real emosi lakonan dia sampai saya rasa nak masuk dalam drama tu nak pujuk Lee Dong Sik kesiannya kehidupan awak tersiksa bertahun bertahun dengan tragedi yang silih berganti dalam hidup.  

Sinopsis

Beyond Eveil mengisahkan sorang polis di sebuah kampung yang disalah faham dah pernah dituduh membunuh adiknya sendiri 20 tahun lepas. Kemudian dia dapat partner polis bandar yang ada agenda sendiri dan polis bandar ini selalu berperasangka buruk kepada partner baru dia. Walaupun mereka selalu bertekak, mereka tetap protect melindungi satu sama lain dan setiap episod mereke lebih saling mengenali . Sehingga suatu masa ..bila rahsia yang tersimpan lama terbongkar,  dah ketika itulah bertambah emosi dan intense.

Saya berjaya habiskan semua episod kerana nak tahu siapa pembunuh sebenar kes 20 tahun lalu. Mula-mula teka A then B then C. Lagipun best layan sebab takde cinta cintun.


Wednesday, October 27, 2021

Review Drama : Squid Game

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya dha habis menonton drama Squid Game sebnayak 9 episod dalam masa 2 hari. Setiap episod kejap je. So, tak la rasa lama sangat each drama. 

Sinopsis

457 peserta join game. Setiap dari mereka ada hutang dan terpilih untuk join game. Semua pergi dengan kerelaan sendiri. Mereka dipengsankan dan dibawa ke sebuah pulau. Masa smpai diorang tak kenal each other dan tak tahu hadiahnya. Mereka diberi 3 syarat dan sign sebagai setuju. Selepas game pertama, semua yang kalah ditembak mati. Majoriti tarik diri dna kembali ke kehidupan asal. Tapi mereka dijemput semula dan kembali bermain baki 5 game. SiaPa yang menang? Benarkah wang tersebut yang pemenang terima? Siapa dalang disebalik semuanya?

Banyak adengan ganas dan lucah. Tak sesuai ditonton bersama kanak-kanak. Ending cam slow je.

Thursday, April 23, 2020

Review drama korea : Partner for justice 2


Cerita ni kesinambungan dari part 1 tapi kalau belum tengok part 1, boleh je paham part 2 ni. Lagi best kalau dah tengok, baru la paham apa kaitan setiap watak. Saya suka gambar ni. Tak de pun kisah cintan cintun. Setiap pelakon ada kekuatannya sendiri. Tak de nak overshadow memasing. Nilai persahabatan mereka kuat. Pwndapat peribadi saya, part 2 lebih menarik dari part 1. Habis je episod, nak tengok tengok dan tengok lagi. Cuma ending je cam geram. Tergantung. Dah la belum ada part 3. Tak sabar nak tunggu kejatuhan VIP.

Sinopsis
Doktor forensik Baek Beom mempunyai keraguan tentang kematian Oh Man-Sang. Baek Beom cuba untuk mendedahkan kebenaran sama ada Oh Man-Sang benar-benar mati atau tidak. Eun Sol masih bekerjasama dengan Baek Beom. Do Ji-Han adalah pendakwaraya yang akan bekerjasama dengan Baek Beom dan Eun Sol. Season kali ni Eun Sol dan Do bekerja dibawah ketua baru. Setiap episod ada kes kematian yang berbeza tetapi selepas bedah siasat ada hubungkait antara semua. Beberapa episod terakhir dah nampak siapa mastermind. Malangnya yang jahat berjaya melepaskan diri selepas menganiaya orang lain.

Saya recommend gambar ni. Banyak ilmu dapat. Tak la bosan dengan drama cintan cintun. Pelakon pun biasa2 je. Tak la handsome sangat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...