Showing posts with label riadah. Show all posts
Showing posts with label riadah. Show all posts

Thursday, July 26, 2018

Province Wellesley Run 2018


22/7/18 - 6.30am
Padang Pemuda Merdeka
Rm40++ (masa register ada cas GST)
Fun Run 5km



Masa register ada 3 pilihan untuk collect baju. Saya pilih yang paling dekat dengan rumah. Ambil dalam kilang myco2. Hari collect baju baru leoas hujan lebat. Banjir kawasan kilang tapi boleh la masuk sebab husband tau jalan short cut. Ambil baju terus diberi taklimat semasa hari larian. Bagus betul. Selalu saya yang tanya tentatif program.


Hari acara perlu daftar untuk collect wristband pertama. Kena kumpul 2 wristband baru layak dapat medal. Kami join yang fun run 5 km saja. Lepas solat Subuh gerak keluar dari rumah. Hujan lebat pagi tu. Tinggalkan Anas Auni kat ruma keluarga saya. Ingat nak pergi naik motosikal je tapi dah hujan kena naik kereta gak. Walaupun hujan, orang masih ramai. Ada yang pakai rain coat, ada yang bawa payung. Kami bawa payung. Pergi register, dapat wristband. Lepas zumba, ucapan dari VIP dan pelepasan peserta 12km. 7.15 pagi baru fun run 5km di lepaskan.


Husband lari dulu bawa payung. Saya lari² anak sambal jalan. Banyak berjalan je. Lopak air banyak. Kasut basah dan larian makin lambat. Lepas sejam baru tamat larian 5km. Husband sampai dulu. Kemudian kena beratur ambil goodie bag dan medal. Barisan sangat panjang. Lebih 30 minit beratur baru tiba giliran. Husband siap pergi engrave nama kat medal lagi dan datang bagi air kat saya. Sudahnya saya minta suami je sambung beratur bagi pihak saya. Saya pergi rest. Lepas tu pergi engrave nama saya kat medal. Itu pun lama menunggu. Siap semua 11 pagi gak la. Sempat la tunggu lucky draw announce.




Monday, January 15, 2018

City Walk 1.1.18



Baju diserahkan 2 hari sebelum acara di Mydin Mall, Bukit Mertajam. Nasib saya pergi lambat sikit, orang tak da pun. Kawan pergi ambil masa awal, ramai dan kena beratur ikut saiz baju. Dapat sehelai baju, kupon air, roti, keychain dan paspot yang ada nombor cabutan bertuah.


1.1.18, 7 pagi di Esplanade. Kami gerak lepas Subuh dan sampai 15 minit sebelum flag off. 2 round pusing cari parking, lastly park belakang stage. Ramai yang join, katanya 5100. Anas Auni masih tidur. Masukkan dalam stroller je. Masa sampai tu Auni dah bangun. Dirasmikan oleh Lim Guan Eng. Datuk Bandar pun ada. Masukkan nombor lucky draw dalam box.


Selepas perasmian, peserta di lepaskan. Wisel dibahagikan kepada semua peserta. Ada pancaragam di laluan 'Start'. Berjalan 5km dan ada beberapa stesyen untuk cop paspot. Setiap check point ada persembahan. Tak rasa jauh sangat pun. Mungkin sebab dah biasa. Jalan pun santai je. Ramai orang, tak rasa ketinggalan. Ada water station juga.


Dekat bahagian penamat nampak ramai orang tengah beratur. Panjang sangat barisan. Saya ke depan dulu nak tengok dan suami beratur. Beratur untuk ambil air, roti, keychain dan makanan sponsor dari McD. Patut la ramai. Lama gak la kami beratur dengan 2 stroller anak. Sudahnya kami keluar barisan. Husband tunggu kat belakang dengan anak². Saya je pergi ambil semua benda. Air dan roti tiada masalah. Mcd susah sungguh. Misscommunication antara staf organiser. Dekat depan dah minta paspot dan kupon. Bila nak ambil Mcd, staf minta paspot. McD bagi nugget 6 pcs, apple pie dan air oren. Sedap air oren. Saya berjaya ambil McD.

Cari² gak kaunter untuk keychain. Bila dah jumpa tinggal 2 je. Saya bawa 3 kupon hari tu. Tapi ok la dari tak dapat apa. Pengurusan perlu buat sesuatu untuk majlis akan datang. Katanya dah 6 tahun buat city walk. Tak kan masalah tak leh selesaikan? Paspot kena cop tapi di penghujung takde siapa pun cek paspot tu cukup ke tak. Ambil roti, air dan keychain tak minta kupon. Lastly key chain tak cukup. Sampai ada peserta yang mengamuk pada staf bila tak dapat. Nasib saya dapat semua dan bagi saya itu berbaloi dengan bayaran RM10. Mungkin masa akan datang perlu diperbaiki. Di finishing pack air, roti, gift / medal Mcd dalam plastik dan beri pada peserta selepas tunjuk kupon yang full di cop. Kupon ambil semula atau cop tanda dah claim makanan dan gift. Banyakkan stesyen untuk pemberian barang semasa finishing.

Serik? Tak, best 😉

Friday, December 15, 2017

PDRM Fun Run 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
9/12/2017 kami suami isteri join Event seperti di atas. Anjuran PDRM. Lama dah ada iklan berkenaan event ni tapi bila tengok harga, tak jadi nak join. Harga seorang RM70 dan cuma dapat baju, medal, goodie bag dan lucky draw. Seminggu sebelum event, kawan tanya nak join tak under company dengan bayaran RM20. Terus register kami suami isteri. Kawan tolong ambilkan baju dan sehari sebelum husband pick up baju.

Barang dalam goodie bag

Event pada tarikh birthday husband. Kebetulan memang kami di sana. Hujan dari petang bawa ke malam. Larian malam. Pertama kali join masa malam. Kereta parking depan Queensbay Mall. Jalan di tutup dan kami jalan kaki ke kawasan berkumpul. Masa kami sampai semua tengah warm up. Saya pergi collect wristband dan LED belon. Dekat wristband ada nombor cabutan bertuah.

Tak banyak gambar yang elok waktu malam

Sebelum pelepasan peserta ada pertunjukan bunga api. Auni takut, Anas seronok. Cuaca malam tu hujan renyai-renyai dan larian 7km, saya tak lari. Saya jaga Anas Auni bawah khemah dan husband saja yang lari. Larian dalam masa 2 jam. Husband berjaya tamatkan larian kurang dari 1 jam. Masa tu hujan dah reda. Saya bawa anak-anak tunggu di bahagian penamat. Ramai dah sampai. Yang tak lari pun ramai. Di finishing line staf tunggu untuk pemberian medal dan sijil. Air mineral juga di beri. Pada yang dah dapat medal akan di tanda bahagian wristband.

Saya tak lari tapi dapat medal? 

Selepas itu acara cabutan bertuah. Kami tak berapa dengar sangat announcement. Orang ramai dan bising. Terus gerak ke kereta nak balik. Nak bayar parking tunggu lebih 30 minit. Mesin autopay 2 je. Peserta fun run bergabung dengan pekerja Queensbay Mall balik kerja.

Ada extra lagi medal, Anas kata dia punya

Monday, October 9, 2017

Penang Fun Walk 2017, I ❤ Penang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
7 Oktober 2017, hari Sabtu saya dan suami ke Kompleks Sukan dan Rekreasi MPSP, Bukit Mertajam untuk sertai SPT Fun Walk 2017. Baju dah di ambil 3 hari lepas. Bayaran RM10. Kali ni kami bawa Anas dan Auni. Jarak untuk berjalan hari ini 3.7km.

6.45 pagi sampai di kompleks. Ramai dah berkumpul. Yang bukan peserta pun ramai tengah bersenam. Tapi urusetia macam tak de apa-apa kecuali sound system berbunyi. Booth yang katanya banyak pun tak nampak rupa lagi. 7 lebih baru ada emcee bercakap. Rupanya 8 pagi baru nak start berjalan.


Dimulakan acara dengan persembahan free style guna bola. Tak nampak pun persembahan. Tak skrin besa dan orang yang buat persembahan tu berdiri sama paras peserta. Lepas tu Zumba. Patut stop 8 pagi tapi 8.10 pagi belum stop. Mak cik yang buat zumba tu syok sendiri kat depan. Masa ni saya bawa Anas Auni ke luar kompleks. Dah ada floating balloon dan beberapa khemah yang tengah susun barang. Yang menjual patung, permainan kanak-kanak pun ada. Anas dan Auni seronok la tengok belon pastu patung.


Dah habis Zumba semua keluar ke starting line. Kena dengar taklimat lak. Taklimat keselamatan dan perkara-perkara yang perlu di buat semasa dan selepas acara. Laluan 3.7km bermula dari pintu Kompleks dan laluan jalanraya. Memang agak bahaya. Ada Rela, trafik dan staf yang jaga di sepanjang laluan. Ambulan juga ada. Di kilometer terakhir ada staf yang beri kupon. Kupon yang perlu ditunjuk untuk dapatkan roti, air, kupon sunquick, sijil dan pingat.


Anas duduk dalam stroller. Auni saya dan suami gilir-gilir dukung. Auni tertidur semasa acara sampai la ke penamat. Husband cari port duduk jaga Auni dan Anas. Saya bawa kupon ke meja urusetia. Tunjuk kupon dan dapat pingat, sijil, roti dan mineral. Pas semua kat husband dan ke khemah sunquick dan redbull. Redbull ambil je. Sunquick ke tunjuk kupon baru dapat air. Banyak acara yang sedang berlangsung di dalam kompleeks. Ada sukaneka, booth pameran dari Pos Malaysia, SPRM. Badut pun belum sampai. Tujuan utama bawa Anas sebab nak bagi tengok badut la. Cabutan bertuah pun tak start lagi. Kami gerak balik terus lepas ambil semua barang dan air. Dekat parking jumpa badut. Sempat tangkap gambar dengan badut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...