SinopsisClint selamatkan Kate bishop yang tanpa sengaja menggunakan pakaian Ronin dimana musuh masih mencari Ronin untuk membalas dendam kerana akitiviti yang dilakukan nya sewaktu Blip.Tanpa sengaja mereka berdua terlibat dalam selesaikan masalah yang saling berkait.
Saturday, August 27, 2022
Review Series : Hawkeye
Sunday, August 7, 2022
Review Drama / Series : Loki
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selepas selsai menonton Falcon, saya teruskan dengan Series Loki. Loki lebih menarik berbanding Falcon.
Sinopsis
Loki ditangkap oleh TVA (Time Variance Authority) apabila dia membuat garis masa baru setelah melarikan diri dari Pertempuran di New York bersama dengan Tesseract pada tahun 2012. TVA perlu menetapkan semula garis masa dan "varian" Loki ini dibawa kehadapan Hakim Ravonna Renslayer atas jenayahnya pada "Sacred Timeline". Namun Loki menyalahkan Avengers. Loki cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Loki bersetuju untuk membantu Mobius mencari Variant Loki yang diburu olem TVA.
Monday, June 13, 2022
Review Drama / series : Falcon and The Winter Soldier
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Masih meneruskan marathon Series Disney HotStar sebelum menonton filem Dr Strange. pendapat saya series ni agak slow dan straighforward.
Sinopsis
Captain America telah menyerahkan perisainya kepada Falcon. Tetapi Falcon merasakan dia tidak layak menggunakan perisai tersebut lalu menyerahkan kepada kerajaan amerika. Kerajaan America pula merasakan america memerlukan CA yang baru lalu melantik captain america baru. Falcon kembali semula ke kampung halamannya. Dalam masa yang sama, Falcon kena berhadapan dengan Flag-Smasher. Falcon dibantu Winter Soldier. Tetapi campur tangan CA baru menyukarkan mereka.
Banyak yang saya tak paham masa menonton series ni. Kena la google nak tahu ni sapa dan sapa. Mungkin sebab tu saya rasa bosan menonton. watak mereka tak familiar dengan saya.
Saturday, June 11, 2022
Review Drama : What If
Episod 1Kisah tentang Captain America tapi versi Perempuan yang namanya Captain carter.
Episod 2Kisah tentang Black Panther tapi cam gabung dengan Guardian of The Galaxy
Episod 3Kisah tentang Avengers. Iron Man, Black Widow, Hawkeye, Hulk mati dalam episod ni.
Episod 4Kisah tentang Dr Strange
Episod 5Kisah Avengers dan Zombie.
Episod 6Kisah tentang Iron Man, pastu ada selit kisah black Panther dan kerajaan Wakanda. Balck Panther dibunuh oleh cousin dia sendiri, Killmonger
Episod 7Kisah Thor datang bumi dan jadikan bumi tunggang langgang.
Episod 8Ultron yang dicipta oleh Iron Man berevolusi dan bunuh semua orang. Dah hbais manusia kat bumi dia bunuh, dia p cari planet lain lak sampai dia jumpa Watcher. Watcher pun dia nak bunuh. Tu yang Watcher terpaksa minta bantuan Dr Strange.
Episod 9Last episod. Watcher minta bantuan Dr strange then diorang tubuhkan kumpulan untuk lawan Ultron. Kumpulan ni terdiri dari Capten Carter dari Episod 1. Black Panther dari episod 2. Thor dari episod . Killmonger sepupu Black Panther dari episod 6. Gamora dari episod mana ntah. Black Widow dari episod 8.
Thursday, January 27, 2022
Review filem : Eternals
Tak perasan pun filem ni dah keluar. Biasanya saya ni follow la jugak filem Marvels. Tak de la die hard fan. Rasanya semua filem Marvel saya follow. Tapi sejak Disney Hotstar dah tak ikut. Cam laju sangat. Loki dan Black Widow pastu tajuk apa ntah yang not familiar. Eternals ni pun ternampak di group Telegram. Hujung minggu tengah lipat baju, boleh la layan. Tengok preview je dulu. Watak semua tak familiar. So baca ulasan, sinopsis di Facebook. Dah nampak rentak baru layan movie. Baru la faham kisahnya.
Sinopsis
Mengisahkan tentang sekumpulan pahlawan dari luar angkasa yang telah melindungi Bumi untuk menentang Deviants sejak awal peradaban manusia. Selepas Deviants lenyap, mereka berpisah dan meneruskan hidup masing-masing. Selepas 7000 tahun, Devians muncul dan Eternals harus bersatu kembali untuk menyelamatkan manusia dan bumi.
Filem ni 2 jam. Kalau nak tonton di panggung dengan anak-anak dan husband tak kot. Mereka pasti bosan. Kat rumah ni pun banyak pause. Sidai baju la, angkat baju, lipat baju, solat, makan, layan anak dan banyak lagi aktiviti yang kena buat. Even banyak kali pause, paham je jalan cerita.
Untuk pengenalan, movie drag kenalkan watak-watak. Tapi biasa la. Kalau tak, tak paham. Cuma part gay tak perlu la masukkan.


