Showing posts with label disney. Show all posts
Showing posts with label disney. Show all posts

Monday, November 13, 2023

Review Drama : Revenant

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Drama 12 episod di DH. Bukan genre pilihan saya tapi adik saya recommend. Drama misteri seram ni pada saya agak seram walaupun hantu dalam dalam drama ni bukan jenis yang tayang muka buruk, terbang sana sini sambil mengilai. Drama ni pasal saka yang menempel di badan Sanyeong.

Sinopsis

Sanyeong secara tak sengaja mendapat saka selepas dia menerima barang dari mendiang bapanya. Bila dia pegang je barang tu, dia mendengar bisikan "dia dah terima" . Sejak itu, ada hantu yang menempel di badannya. Hidupnya jadi huru hara bahkan dia disyaki membunuh orang gara-gara saka tersebut . Hantu yang menempel di badan nya akan membunuh orang yang dia benci tanpa dia sedari. Untuk menghapuskan hantu yang menempel di badan nya, Sanyeong meminta bantuan profesor Yeom Hae Sang. Pelbagai halangan yang mereka lalui untuk menghapuskan hantu tersebut. Hantu tersebut ada pelbagai helah untuk mengelirukan mereka berdua. Ada plot twist dalam drama ni. 


Pada pendapat saya, drama ni seronok sebab drama ni bukan sahaja menceritakan kisah seram tapi buatkan kita meneka siapa hantu itu sebenarnya.


Monday, September 4, 2023

Review Drama : Mask Girl


MASK GIRL - 7 Episod

Sinopsis

Tiga nama, Tiga Kehidupan & Tiga Pembunuhan. Drama ini episod bergenre thriller, dendam dan misteri. Menceritakan kisah seorang wanita yang mempunyai impian untuk menjadi penghibur yang terkenal dan disayangi oleh ramai orang tetapi terpaksa melupakan niatnya kerana wajahnya yang hodoh. Dia kemudian mejadi "mask girl" yang membuat hiburan untuk lelaki berhidung belang dan tanpa di sangka hiburan bertukar menjadi tragedi yang tragis, mengubah kehidupannya.

Kim Momi merupakan seorang pekerja syarikat yang biasa pada waktu siang, tetapi pada waktu malam dia ligat membuat siaran langsung di media sosial nya, dia menyanyi, menari dan membuat pelbagai perkara semasa siaran langsung dengan memakai topeng muka. Ini kerana walaupun Kim Momi mempunyai bakat menyanyi dan menari tetapi wajahnya yang hodoh menghalang dia untuk menjadi selebriti yang sentiasa menjadi perhatian dan buruan kamera dari wartawan dan netizen. Kebanyakkan peminat dia lelaki dan mereka sanggup memberikan "hadiah" semasa siaran langsung Kim Momi. 

Kim Momi ada perasaan pada boss dia, Encik Park tetapi patah hati bila mengetahui yang boss nya ada skandal dengan rakan sekerjanya. Akibat patah hati, dia mabuk dan melakukan siaran langsung tanpa seurat benang. Kim Momi sangka tiada siapa mengetahui yang dia adalah "Mask Girl" gadis penghibur di siaran langsung. Rupanya rakan sekerjanya mengetahui yang , Ju Oh Nam mengetahui yang Kim Momi adalah "Mask Girl". 

Suatu hari "Mask Girl" berjumpa dengan salah seorang peminatnya, tanpa dia sedar yang peminatnya berniat jahat terhadapnya. Peminat nya cedera dan Kim Momi meminta bantuan dari Ju Oh Nam untuk selesaikan hal tersebut. Kim Momi cuba melupakan kejadian tersebut dan menghilangkan diri buat seketika. Ju Oh Nam datang ke rumah Kim Momi setelah dia nampak Kim Momi membuat siaran langsung. Berlaku pertengkaran antara mereka berdua, Ju Oh Nam bertindak gila dan merogol Kim Momi. Berlaku pertengkaran dan Mo Mi membunuh Oh Ju Nam. 

Mak Oh Ju Nam mula risau apabila tiada khabar berita dari anaknya. Dia terkejut bila dapat tahu penemuan mayat Oh Ju Nam. Dia mula menyiasat dan memburu Mask Girl sampai ke lubang cacing. 

Drama ni tak sesuai ditonton seisi keluarga. Ada babak bunuh yang darah terpercik , babak ganas pukul memukul dan babak intim.

Banyak pengajaran dari drama ni, salah satunya "body shaming" . Dari kecil diejek hodoh, hilang keyakinan diri, bakat yang ada tak dihargai. Yang tak ada rupa, disisihkan yang cantik ramai nak mendekat. 

Tapi ending camtu je? Mati ke si Mak Ju Nam tu? Takkan dia tahu Momi tu sapa? Mimo mati ke tak? 

Friday, January 13, 2023

Review Drama : One Dollar Lawyer


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Drama yang saya tonton di Disney Hotstar.

Sinopsis - Kredit 

Seorang peguam daif yang mempunyai kadar bayaran sebanyak 1,000 won sahaja dan adalah yang terbaik, melawan peguam kaya dan mahal. Meskipun hanya meminta bayaran sebanyak 1000 won sahaja, namun Cheon Ji-hun  sentiasa melakukan terbaik untuk memastikan anak guamnya menang setiap kali perbicaraan. Bahkan kehebatan lelaki itu dapat dilihat apabila dia berjaya membuktikan Myung-ho bukanlah seorang pencuri seperti yang dituduh dan meyakinkan hakim dan juri bahawa anak guamnya tidak bersalah. Tidak mahu lagi mempunyai sebarang hubungan dengan Ji-hun, Baek Ma-ri (Kim Ji-eun) bagaimanapun terpaksa mengalah apabila datuknya menghantar dia ke firma guaman Baek dan terpaksa menghadap lelaki tersebut selama 2 bulan lamanya sebagai tempoh percubaan.

Bakal mewakili kes baru, seperti Ma-ri dan Ji-hun terpaksa mengenepikan ‘permusuhan’ mereka bagi memastikan keadilan buat anak guam mereka.

Ok la kisah ni. Santai. banyak lawak gak

Monday, December 26, 2022

Review Drama : She Hulk

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama dah habis tonton drama ni tapi terlepas pandang nak buat review. 

Sinopsis

Sepupu Bruce Banner iaitu Jennifer Walters yang mempunyai kerjaya sebagai seorang peguam berjaya. Beliau menjadi She-Hulk apabila kemalangan bersama Bruce dan darah Bruce mengalir ke darahnya. Dia menjadi peguam untuk mengendalikan kes-kes berkaitan dengan manusia luar biasa.

Setiap episod ada kisah berlainan tapi masih berkaitan di antaranya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...