Showing posts with label sinopsis drama. Show all posts
Showing posts with label sinopsis drama. Show all posts

Friday, October 25, 2024

Review Drama : Doctor Slump



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Drama Korea 16 episod di Netflix. Agak slow drama0 ni. Not recommend. 

Sinopsis

Jong Wo dan Hae Nul sama sekolah tapi bermusuh sebab dua² bersaing nak menjadi pelajar terbaik. Tamat sekolah masing-masing belajar medic tapi Universiti berbeza. Jong Wo terkenal di social media sebagai Pakar Bedah Plastik dan Hae Nul masih berjuang nak jadi consultant. Insiden kemalangan perubtan menghancurkan kerjaya Jong Wo dan Hae Nul letak jawatan selepas pergaduhan dengan orang atasannya. Kemusnahan keejaya menemukan mereka semula bila Jong Wo menyewa di atas rumah Hae Nul. Mereka rapat dan jatuh cinta. 

Thursday, October 21, 2021

Review Novel : Terukir Cinta


Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Sambung pembacaan karya Anna Lee. Yang bestnya karya Anna Lee ni, bila dah pegang susah nak letak. Tapi dah kerja, 3 hari juga saya ambil masa untuk habiskan. Novel ni dah takde ulang cetak. Saya beli preloved di Shopee. Isi dalam masih boleh dibaca.

Sinopsis

Nadia Hussin, seorang kerani di syarikat biasa dengan gaji yang biasa. Dia bercinta dengan Imran, teman sekerjanya selama 5 tahun. Ibunya di kampung mendesak supaya Nadia cepat berkahwin tetapi Imran pula tak suka di desak dan dia masih belum capai targetnya untuk membeli rumah sebelum berkahwin. Kerana dicabar Imran, Nadia tarik tangan seorang lelaki di kedai mamak tu dan ajak bercinta. Mamat yang Nadia tarik tu dah la berjambang penuh. Rupa cam mat gian. Tertekan kerana sering didesak, Imran minta untuk berpisah. Mamat yang Nadia tarik tu lak, asyik mengekori Nadia. Siapakah mamat tu?

Bagi saya best kisah ni even cliche. 

Thursday, July 22, 2021

Review novel : Kebaya Biru Samping Ungu

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Karya penulis wajib. Tak perlu baca sinopsis memang akan terus beli masa pre order. Kali ni novel keluar bersama 2 lagi temannya. Lagi 2 belum baca. Ada 2 kisah dalam ni. Kisah 2 beradik, kisah yang berlainan tapi ada persamaan. Mencari redha Ilahi, Hidayah Allah. 


Sinopsis

Samping Ungu

Iliani yang menjadi pemandu ehailing selepas company nya potong 10% dari gaji. Hari pertama dia melakukan tugas part time, pelanggan ketiganya adalah Idriz. Lelaki dingin, garang yang kurang upaya. Ili memandunya ke pusat Fisio. Tiada wang kecil menyebabkan Ili memberikan nombor telefonnya supaya wang di dtransfer ke akaun. Selepas itu sekali lagi Idriz menjadi pelanggannya. Kebetulan atau jodoh? Idris masih dingin, garang tetapi Ili masih bersabar. Hinggalah satu kejadian berlaku menyebabkan Idriz berubah perwatakan. 


Kebaya Biru

Yusuf, menguph cleaner setiap hujung minggu untuk mengemas rumahnya. 1 hari cleaner tetapnya tidak boleh datang dan meminta kawan baiknya mengganti. Yusuf jatuh cinta pertama kali melihat Felicia, gadis kacukan melayu Filipina. Tetapi hajatnya ingin mendekatkan diri dengan Feli dilayan sepi. Feli ada niat lain ke Malaysia bukannya hendak mencari cinta. Aptah lagi ibunya melarang keras dia berkahwin dengan orang Malaysia. 


Ringkas je dua-dua kisah ni. Sesuai la bacaan santai. Saya suka teladan yang diberi. Apa pun terjadi, kita perlu balik kepada Allah. 


Monday, April 12, 2021

Review novel : Jika Aku



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Novel ni dah lama beli. Lepas jatuh cinta dengan hasil tulisan Anna Lee. Saya search di shopee. Nampak harga murah terus grab. Sekarang baru free nak habiskan. Menarik juga kisahnya. Bukan cliche. Tapi cam sama je kisah novel AL yang baca sebelum ni. Rupanya watak mereka wujud jugak dalam kisah ni.


Sinopsis


Kisah Teja yang boleh baca fikiran orang lain. Bagi orang lain, best kan? Tapi kalau dari kecil dia terpaksa dengar fikiran orang lain yang tak synchronised dengan rupa yg ditonjolkan mesti dia jadi serabut. Then dia tertarik dengan Maliq. Lelaki yang dia jumpa dalam tren. Dia cuba dekat diri dengan Maliq sampai pindah dekat dengan apartment Maliq. Dari situ mereka rapat hingga dia ceritakan kebolehan dirinya pada Maliq.


Novel ni ada 3 part. Jarang baca novel banyak part. Ke tak pernah? Hahaha..

Rasa cam join Teja sasau dekat part 2. Masuk Part 3 dah paham. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...